Assalamualaikum!~
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN DAJJAL
(Fitnahnya untuk mempengaruhi manusia)
1- Membawa syurga dan neraka
Huzaifah berkata Rasulullah saw bersabda "Ada bersamanya (dajjal) syurga dan neraka. Sesungguhnya nerakanya adalah syurga, dan syurganya adalah neraka"
[HR Muslim dalam kitab Al-Fitan. no 2937]
Maksudnya: Dajjal akan memberi kenikmatan dan kemewahan kepada orang yang mahu mengikutnya, namun pengikutnya itulah akan diazab di neraka pada hari kiamat nanti. Dan orang yang tak mahu mengikutnya pula diseksa dan diperlaku kejam, namun di akhirat akan mendapat syurga. InsyaAllah.
2- Membawa api dan air
Huzaifah berkata Rasulullah saw bersabda "Ada bersamanya api dan air. Sesungguhnya apinya adalah air yang dingin dan airnya adalah api"
[HR Bukhari dalam bab Dajjal dan Muslim dalam kitab Al-Fitan. no 2937 dengan tambahan "..maka jangan sampai kalian dihancurkan"]
Huraian hadis sama seperti huraian hadis No.1
3- Membawa dua sungai yang mengalir
Huzaifah berkata Rasulullah saw bersabda "Ada bersamanya dua sungai yang mengalir. Satu daripadanya dilihat oleh mata seperti air putih dan satu lagi dilihat seperti api menyala-nyala. Jika seseorang menjumpainya, hendaklah dia pergi ke sungai yang kelihatan seperti api. Dia hendaklah menutup matanya kemudian menundukkan kepalanya kemudian minum airnya kerana sesungguhnya ia adalah air yang sangat sejuk"
[HR Muslim dalam sahih Muslim, no 2934]
4- Perjalanannya yang cepat
Sebagaimana penerangan pada Bahagian 2 sebelum ini, Dajjal akan berada di muka bumi lebih kurang 1 tahun 3 bulan lebih sahaja. Namun dia akan berjaya mengelilingi dunia dan masuk ke setiap bandar dan kampung untuk mempengaruhi manusia.
Anas bin Malik berkata Rasulullah saw bersabda "Semua negara akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah"
[HR Bukhari dan Muslim dalam Sahih Jami'u as Saghir, no 2309]
5- Memiliki tiga teriakan yang dapat didengar oleh penduduk bumi di sebelah barat dan timur
Ibnu Umar berkata Rasulullah saw bersabda "Dia (dajjal) memiliki tiga teriakan yang boleh didengari oleh penduduk bumi di timur dan barat dan ia akan menangkap burung dari angkasa dan memanggangnya di matahari sehingga menjadi daging panggang."
[HR Al-Hakim dan Ibnu Asakir]
Nantikan sambungannya (kalau berminat)..
Kitab "Kiamat Sudah Dekat; Tanda-tanda Kiamat Besar" oleh Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi.
sumber
Artikel berkaitan:
input berguna,nice sharing
ReplyDeletealhamdulillah..semoga info ini membantu (^_^)
DeleteSemua negara akan didatangi dajal? masyaAllah.. semoga kita dilindungi hendaknya daripada fitnah dajal.
ReplyDeleteAndai nafas kita masih ada pada hari Dajjal dibangkitkan, itu merupakan hari kegelapan bagi kita. Semoga kita terhindar dari fitnah dajjal :)
DeleteSya berminat..(sambil angkat tangan ke atas..) ♥ :p
ReplyDeleteGud sharing..
hehehe sharing is loving :D
Delete
ReplyDeletesemoga kita dilindungi hendaknya daripada fitnah dajal.
My recent post : Lukisan 3D yang Menakjubkan
aamiinnnn....
Deletenice sharing
ReplyDeletemengingatkan diri yumida pdNya
moga kita dilindungi dprd fitnah dajal
kenit pun berpeluang tambah ilmu dari perkongsian info ni. InsyaAllah...
Deletebaru jer borak dengan housemate pasal dajjal... nice sharing...
ReplyDeletealhamdulillah...:)
Deletesebagaimana sabda baginda Rasulullah SAW, apabila dajjal bermaharajalela maka kembalilah kamu kepada Kahfi.
ReplyDeleteApkah kita juga disarankan utk mengamalkan seperti pemuda yg ditidurkan Allah seperti 7 pemuda kahfi?
Apakah persiapan kita serta anak2 cucu kita nanti dalam menghadapi dajjal ini?
???
Mohon share ...
ReplyDelete