Breaking

Friday, July 12, 2013

Tips Menggalakkan Anak Berpuasa.

Assalamualaikum!~

Jika kita kata 'TIDAK BOLEH/TAK PAYAH' bunyi macam tak encouraging pulak! Kalau kita kata 'WAJIB/KENA JUGAK PUASA' tu dah macam bunyi memaksa which is not good! Macam mana kita nak tukar dari FORCING to ENCOURAGING anak-anak kita dalam bab ini?


"bu...bu nak puase! nak puaseeeeee...."
Ibu ayah pulak tak sampai hati 'kesian plak ke dia, takut lembik plak kang'. Lalu, dikata pada anak tadi, 


"adik takyah puase la..adik kecik lagi. Nanti dah besar sikit 
baru adik puase ye"

"alaaa...alaaa adik nak puaseeeeeee"

Mungkin ada yang pernah mengalami situasi begini dengan anak-anak seawal umur 5-6 tahun kan. Atau mungkin yang sewaktu dengannya......

Apa nak buat jika anak anda berkeras nak puasa jugak? Biasa budak-budak ni bersemangat nak puasa bila dia tengok kawan-kawan kat tadika pun puasa. Dia sanggup tak makan tak minum sebab nak berpuasa ngan kawan-kawan.



Kenit sangat sangat sangattttt setuju dengan pendapat Ustaz Hasan Din. Kanak-kanak pada usia seawal ini tidak patut dipaksa berpuasa walhal bab solat belum khatam lagi. Ini sekadar pemahaman bagi ibubapa yang sebelum ni mungkin sedikit 'keras' dengan anak-anak dalam bab puasa ni.

Aperpun, bila anak-anak kecil anda pulak yang 'berkeras' nak puasa...apa yang kita boleh lakukan sebagai parents? Tipsnya E.N.C.O.U.R.A.G.E (^^,)

EElakkan memaksa 
  • jangan sesekali paksa anak kecil untuk berpuasa. Pengenalan mereka terhadap ibadah suci ini akan 'tercemar' dek kerana dia merasakan beban disebabkan berpuasa. Bila dah kena paksa tiada lagi keikhlasan dalam hati nak menunaikan ibadah puasa dan matlamat asal berpuasa itu sendiri tak dapat dicapai oleh anak kecil tadi.

N Nasihat
  • jika ada masa tak kirala dalam kete ke, tengah jenjalan shopping ke, tengah lipat baju ke selit-selitkanla sedikit tazkirah mudah buat anak-anak. Contohnya bab puasa. Masa bila kita puasa, kenapa kita puasa dan sebagainya. Mudah2an anak tadi dapat sematkan nasihat kita dalam hatinya dan proses menerima ibadah puasa akan menjadi lebih mudah..insyaAllah.

C Contoh yang baik
  • ibubapa perlulah jadi contoh yang baik. Bagi yang rajin buat puasa sunat atau puasa ganti, anak-anak anda pasti akan bertanya itu dan ini. Inilah masanya anda tunjukkan contoh yang baik pada anak kecil.

O - Olah waktu
  • Jika anak anda ingin berpuasa, mungkin kita boleh olah sedikit waktu untuk mereka menetapkan sampai bila mereka boleh bertahan pada hari itu. Misalnya, boleh puasa sehingga tengahari kemudian boleh berbuka dan makan. Atau, jika boleh bertahan sehingga petang kemudian boleh berbuka dan makan. Berikan mereka ruang untuk mengadaptasi ibadah puasa kedalam kehidupan mereka sedikit demi sedikit.


U Usrah
  • jika ada masa sedikit pas ngaji ngan anak-anak luangkan masa dengan mereka untuk menjawab segala persoalan tentang apa saja ibadah seperti solat, puasa dan zakat. Simple answer will do, takyah komplikated sangat sampai budak tak paham hehe. Berusrah ngan anak sebab anak-anak menganggap ilmu kita lebih tinggi dan mereka sangat memerlukan ilmu dari orang yang paling dekat dengan mereka iaitu ibubapa.

R - Rewards
  • haaaa bab ni anak-anak paling suka. Walaupun ada yang kata jangan biasakan bagi anak-anak hadiah nanti rabak poket haha tapi sebagai permulaan untuk mendekatkan diri mereka dengan perkara baik, tak salah kalau kita beri mereka sedikit penghargaan atas perkara baik yang mereka lakukan seperti berpuasa (walaupun puasa sekerat hari). Bayangkan mata anak anda bersinar-sinar bila dipuji kerana berjaya puasa sekerat hari. Apatah lagi jika dia berjaya puasa penuh suatu hari nanti? Masa tu kita boleh katakan bahawa reward yang paling baik adalah dari Allah s.w.t. Ingat, mendidik anak perlu dilakukan secara berperingkat.

A Ambil hati
  • Luahkan kegembiraan anda padanya kerana dia berjaya puasa pada hari itu. Tak kisahlah dia puasa sejam ke, 5 jam ke it doesnt matter. Berikan puji-pujian seperti "Alhamdulillah, bagusnya anak ibu puasa arini". Atau apa saja kata-kata perangsang yang anda terfikir nak kata pada anak anda. Hatta sedikit kata pujian dari anda, pasti dia akan merasa lebih bersemangat dan tahu dirinya sedang belajar mendekati Allah.

G - Ganjaran/Pahala
  • Dalam mendidik anak-anak melakukan sesuatu ibadah seperti solat, kita perlu menerangkan pada mereka mengapa kita melakukannya. Sama juga dalam ibadah puasa, anak-anak pasti akan bertanya mengapa kita perlu berpuasa dan sebagainya. Dalam hal ini, anda boleh memberikan penerangan ringkas dan mudah difahami anak seperti, "orang yang berpuasa ni, Allah sayang padanya. Allah nak beri pahala banyak-banyak kat dia""puasa bukan saja ajar kita supaya insaf, tapi ada pahala untuk orang yang berpuasa" atau yang sewaktu dengannya.

E - Eratkan hubungan
  • Tahukah anda bila anda dan anak-anak anda bercakap, berusrah tentang sesuatu yang baik ianya dapat merapatkan hubungan anda dengan anak-anak? Mereka akan rasa lebih rapat dengan anda. Mahu bangun sahur bersama, berbuka puasa bersama, mengemas rumah bersama. Ternyata ibadah puasa bukan sahaja memberi impak positif secara individu tetapi menambahkan perasaan kasih sayang dalam keluarga. 

Semoga tips di atas dapat membantu Kenit dan anda semua yang ingin tahu bagaimana nak E.N.C.O.U.R.A.G.E anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Ingat ye, antara solat dan puasa WAJIB kita mengajarkan anak-anak tentang solat dahulu.

Namun, jika mereka berminat untuk belajar puasa jangan dihalang sebaliknya berikan galakan sedikit demi sedikit dan kelonggaran agar mereka dapat menerima ibadah puasa dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Wallahualam~

P/S: Segala kekurangan mohon diampuni.

11 comments:

  1. perkongsian yang baik...harap boleh diamalkan oleh ibu bapa di luar sana

    ReplyDelete
  2. betul tu...tapi kadang2 anak akak mcm ngelat je...akak tgk dia kuat boleh tahan, tp merengek2 nk berbuka. biasa kul 6 lebih la drma tu bermula hehehe...sayang plak nk bg dia bukak.. so pujuk2 ok dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha budak kadang-kadang dalam berpuasa pun nak manja ngan kita. Kalau boleh kita alih perhatian dia dengan bermain sekejap ke, bertanya tentang sekolah dia ke atau apa saja yang boleh ilangkan pemikiran dia terhadap lapar dan haus ok je ^^

      Delete
  3. mak ayah puasa sebab malas nk masak kot? hehehe

    ReplyDelete
  4. nice sharing la kak..:)btw, alyn follow sini..#468

    ReplyDelete
  5. wah..perkongsian yg amat bermakna arini
    jadi rujukan bila yumida bergelar ibu nanti
    ramai anak2 dh blaja puasa since kecik..perkembangan yg bagus..diterapkan dgn tips encourage dari sis ni sememangnya terbaek

    done klik iklan nuff sis sini
    thanks jugak sudi klik video u mobile yumida :)
    salam ramadhan

    ReplyDelete
  6. Salam dear.. Jalan2 sini sambil baca entry.. Jemput singgah blog sy www.sayeshukepink.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.