Assalamualaikum!~
GengTi Pecah Masuk Rumah Tumpas.
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri telah berjaya menumpaskan geng pecah rumah yang dikenali dengan gelaran GengTi di rumah mereka pada waktu subuh tadi. GengTi tersebut yang telah 'mengganas' sejak 2 minggu yang lalu dipercayai masuk dari celah kipas sedut angin di dapur rumah pasangan berkenaan.
Minggu lalu, pasangan tersebut berjaya 'menumbangkan' seekor tikuih remaja melalui Ops 'Lu Langsi Lu Mati!' yang sering membuat onar dan memakan makanan yang terdapat di dapur. Pasangan suami isteri tersebut berkata, mereka sudah bosan dengan perangai tikuih tersebut yang seolah-olah ingin mencabar kredibiliti dan kesabaran pasangan itu.
Dengan hanya berbekalkan 2 tin gam tikuih yang baru dibeli malam tadi, si suami mula meletakkan 'perangkap' di tempat strategik yang sering dilalui oleh GengTi tersebut. Kali ini, sapuan adalah lebih tebal dari biasa.
Pada dua malam sebelumnya. seekor tikuih berjaya ditangkap di dapur dan bila pasangan tersebut bangun pagi, tikuih itu didapati 'terlekat' separuh badannya di atas kepingan kadbod, manakala separuh lagi di atas batu.
Kelihatan seekor dari ahli GengTi cuba 'melarikan' diri dari terus melekat pada gam tersebut. |
Walaupun ia cuba untuk 'meloloskan' diri, namun cubaan tersebut gagal. Ini adalah kerana gam tersebut sangat kuat melekat apabila ia tersentuh dengan bulu ahli geng itu.
Sepandai-pandai tikuih berlari, akhirnya melekat jua pada gam. |
Jika dilihat pada saiznya, tikuih ini adalah antara yang terkecil dalam gengnya. Pasangan tersebut membuat telahan mungkin ia mahu menyelamatkan ahli yang sekor lagi.
Ops 'Lu Langi Lu Mati' diteruskan lagi dengan kejayaan pasangan tersebut 'menyerbu' bilik tidur kecil mereka dengan tertangkapnya seekor tikuih besaq 'giant' yang dipercayai telah berhari2 'menginap' dan membuat sampah di situ. Kemungkinan ini adalah 'taiko' yang ingin diselamatkan tikuih di dapur tadi.
Seekor lagi ahli GengTi 'tumpas' dalam operasi ini. Kelihatan dibelakangnya sampah dan habuk kayu yang sempat ditinggalkan sebelum terkena gam. |
Ini merupakan tikuih terbesaq yang setakat ini dijumpai. Lihat saja pada ekornya... |
Berikutan kejayaan besar pasangan tersebut menumpaskan GengTi, mereka telah ditawarkan oleh DBKL untuk menjadi penangkap tikuih profesional dan sepenuh masa dengan upah yang lumayan. Seperti yang diketahui umum, DBKL menawarkan RM1 bagi seekor tikuih yang berjaya mereka tangkap.
Namun, penawaran itu masih dalam peringkat perbincangan kerana pasangan tersebut masih sayangkan kerjaya mereka yang sedia ada. Lagipun, mereka tidak mahu mengambil risiko tinggi digigit atau dijangkiti Leptospirosis atau kencing tikus.
Sehubungan dengan itu, bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat pasangan ini, bolehlah terus menghubungi mereka. Anda pasti akan puas hati dengan hasilnya.
Sekian yang melaporkan...
Saya Kenit Cinonet dari tempat kejadian.
P/S: muahahahahahaha :D
haha!! good job! dh mcm kempen ops! tikus yang dilancarkan baru2 ni kt sluruh negeri
ReplyDeletelebih kurang gitula..menyahut seruan kerajaan muahaha :D
Deletemuke puas hati dgn menumpaskan gengTi... hahaha...
ReplyDeletemaunye tak...2 minggu operasi memburu GengTi ni tau. Tensi jugak woooo haha :D
Deletehahaha, kelakar baca entri..bahaya tu tikus, nasib baik tak de papa atau terkena jangkitan.
ReplyDeletetu pasal la yang nak handle kena pro hehe :D
Deleteuit...dasyat nie..kalah james bond...ngeri kakak...hehehe
ReplyDeletekenit lagi ngeri sis...geli nak pegang! hehe :)
Deletebagus betul ya berita ni.. hehe..kesian geng cik Ti kena gam..
ReplyDeletepemberita bidan terjun..bahasa pun lintang pukang hehe :D
Deletehehe...blh jd wartawan nih
ReplyDeletekempen besar-besaran
wartawan kartun bolehla la sis haha.
Deletehahah... ingatkan mafia mane tah tadi...
ReplyDeleteMy post : Widget Percuma : Logo Merdeka Kali ke-56
mafia berkaki empat haha :D
DeleteBtl2 bagus la gam tikus nie kenit..good job!
ReplyDeletememang bagus sis, puas hati ngan hasilnya hehe :D
Deletehahaha baca banyak kali pun tak jemu....kelakar betul tau entri ni.
ReplyDeletehehe :)
Deleteha3..siap ada perkhidmatan lg ye =) boleh la contact neh kalau ada cik T dtg
ReplyDelete