Breaking

Sunday, August 04, 2013

'Mercun' Style Baru?

Assalamualaikum!~

Meriah bila dengar budak2 kat sini main bunga api dan pop-pop. Tapi, tahun ni lain sikit pesen 'mercun'. Nak kata mercun bola bukan....nak kata mercun padi tak serupa pun...nak kata mercun roket bunyi je sama kot...tapi bukan jugak. 

Biasa time bulan puasa, kita dengar kes budak ilang jari kerana mercun. Itu memang berita buruk. Tapi, tahun ni orang dewasa pun main mercun...mercun pistol.






SHAH ALAM - Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh, manakala isterinya, 49, cedera apabila ditembak di kawasan parkir di kuil Cina Ceylon Kuan Yin Temple, Kuala Lumpur, semalam. - Artikel penuh di SINI



KUALA LUMPUR - Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini. - Artikel penuh di SINI





KOTA BHARU - Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak semalam melibatkan  pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam. Artikel penuh di SINI





KULIM 18 Julai - Tidak sampai dua minggu selepas seorang guru penolong kanan mati ditembak di Bachok, Kelantan, seorang lagi guru menerima nasib sama selepas ditembak dua lelaki di Simpang Empat Keladi di sini hari ini. 




KLUANG - Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, di sini, petang kelmarin.



TEMERLOH - Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, kira-kira jam 3.30 petang, kelmarin. 





SELINSING - Misteri penemuan sebuah kereta mencurigakan di bahu jalan oleh sepasukan polis akhirnya terjawab apabila seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol, di sini awal pagi semalam. 





IPOH: Seorang lelaki maut dan dua parah selepas ditembak ketika sedang minum di hadapan sebuah restoran di Lebuh 5, Kampung Simee, di sini, malam tadi.  




PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar. 



Bahau: Seorang pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memantau kes jenayah, cedera parah ditembak di satu persimpangan jalan sebuah taman perumahan di sini, petang semalam. 


YANG TERBARU: 



KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam semalam. 


P/S: Kadang-kadang Kenit rasa macam duduk dalam pekan koboi. 

10 comments:

  1. tu lah kan..takut sungguh rasa macam duk negara mafia je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, gerun nak duk kat luar dah..

      Delete
  2. memang x lama lagi seme rakyat malaysia kena pakai baju kalis peluru...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju kalis peluru pun mahal lorrrrr haha

      Delete
  3. dahsyat kan sekarang?, main tembak2x plak...Malaysia yang aman~..

    ReplyDelete
  4. mn la diorg ni ambil pistol ye..murah betol harga nyawa manusia ni..main tembak2 mcm 2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila manusia bertuhankan wang, nyawa sudah tidak berharga lagi.

      Delete
  5. banyak pembunuh upahan sekarang...

    ReplyDelete
  6. mmg byk tul kes tembak menembak skrg... ni agaknya kesan game counter strike dulu... hhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.