Assalamualaikum!~
Selama seminggu beraya ni, banyak tabiat buruk yang Kenit perhatikan berlaku di kalangan orang2 kita. Terutama bila tetamu datang ke rumah. Biasa kita dengar tetamu buat perangai, ini kali tuan rumah pulak buat perangai. Sangatlaaaaa tak bagus!
Antara tabiat buruk yang perlu dijauhi....
1) Tak bagi tetamu masuk
- Korang tak percaya yek? Memang ada orang jenis macam ni! Ade ke patut budak2 datang bagi salam "Assalamualaikummmm!", tuan rumah membisu dalam umah. Kenit paling tak suka orang macam ni! Even korang pun tak suka kan? Janganlah macam tu...budak2 datang bersemangat nak beraya, tetiba tuan rumah tak bukak pintu bagi masuk. Sedih tauuuuu!
2) Hulur duit raya kat pintu
- yang ni lagi tak leh pakai! Dah la tak bagi masuk umah, hulur duit raya pun ikut celah pintu je. Macam la budak2 lapor kedarah sangat nak hadap biskut raya tu! Mentang2la yang datang tu budak-budak, layan sambil lewa je kan. Kecik hati budak, tuan rumah tak tau! Janganla kita berperangai sebegini. Penat kot mana pun, layanlah tetamu hatta budak2 dengan baik. Raya setahun sekali je, bukan ari2 diaorg nak datang umah.
3) Pilih 'bulu'
- maksudnya, kalau ada tetamu dewasa dan budak2 datang beraya sekali janganla hanya melayan orang dewasa je. Yang budak-budak terkontang kanting duduk sendiri makan biskut. Diaorg pun tetamu juga. Bukanlah suruh ajak berborak, tapi at least tunjukkan kemesraan di hadapan mereka.
4) Perli tetamu
- Part paling Kenit rasa meluat ialah bila tuan rumah tanya, "ha ni korang datang ni bukan nak makan sangat pun, nak duit raye je kan?". Inikah budi bahasa yang kita nak tunjukkan pada generasi muda? Perangai sendiri pun macam longkang! Sebagai tuan rumah dan hari raya pulak tu..takleh ke layan orang dengan ikhlas?? Pada tuan rumah, jangan tanya soklan bodoh ni kerana ia akan menyerlahkan lagi kebodohan dan kesombongan anda!
5) Cepat menghalau
- Kenit tak tau la apa pesen orang camni! Dah la layan orang tak ikhlas boleh pulak dia kuar dialog, "dikk kang kawan acik nak datang..cepat sikit makan ye dik". Mau je Kenit sumpah dia jadi mangkuk jamban! Kesian tetamu tu, baru nak duduk panaskan punggung, baru gigit 2 kali biskut ghayer dah kene halau. Tersedak2 dia menghabiskan air tu.
Itulah antara perangai tak senonoh orang kita bila menyambut tetamu yang datang ke rumah. Lebih menyedihkan ia berlaku di kampung! So, harap2 sahabat2 Kenit takda yang berperangai macam ni ye. Buruk nau!
x dinafikan keadaan ni memang ada berlaku, tapi Alhamdulillah belum pernah encounter such situation lagi...
ReplyDeleteye sis, alangkah spoilnye mood bebudak yang datang beraya tapi perangai tuan ghumah sangat menjelikkan! Patutnya kita suke bebudak datang umah beraya ni tidak.... :(
Deletemmg buruk beno perangai tuan rumah kalau gitu kan, tetamu dtg ni diorang bawak rezeki tau.
ReplyDeletememang buruk pun baby...tak senonoh pesen gini. Apalah salahnya layan bebudak yang beraya setahun sekali.
Deletesalam hari raya sis!!!
ReplyDeleteowh memang ada ke yang macam tu?tapi so far sepanjang kat kampung,pintu diorang sentiasa terbuka ^^
camat aghi ghayer dear sis :)
Deleteada sis..itula yang sedihnya :(.
tetamu tu rezeki tak kira tua atau muda..tambah-tambah kalau yg datang tu anak yatim ..ya Allah lagi beruntung tuan rumah.. :D
ReplyDeletebegitulah sepatutnya konsep pemahaman kita. Tapi, ada juga pesen tak faham2...tula yang susahnya.
DeleteXde lh pnh wat gini.. Klu xde mmg knci pintu je trus... Klu de budak2 pun bg je msuk mkn..
ReplyDeletetak susah kan nak layan bebudak kan kak :)
Deleteapa lah tak bagi budak budak masuk. Budak budak la senang nak layan.
ReplyDelete