Breaking

Sunday, August 04, 2013

Tips Sebelum Balik Kampung.

Assalamualaikum!~

Wahhhh! ready dah nak balik kampung? ready doh nok kelik kapom? atau dah ada kat kapom? hehe. Wahhh seronokla korang ye. Kenit jugak yang dok stuck kat KL ni. Sok kena keje sehari lagi...mood bukan kelaut lagi dah kelombong terus!muahahaha.

Bagi yang baru nak kelik kapom sumo barang bereh dah ko? Tadop tinggal? Anda pasti? Jom kita check (^_^)

Sebelum balik kampung....


1) Tutup punca kuasa elektrik 

foto : google


  • Perkara paling penting sebelum anda keluar rumah. Tolong periksa semua plug dan pastikan anda tutup dan cabut plug dari soketnya. Kalau wayar 'short', satu sen tak guna! Kalau anda balik kampung untuk seminggu dan anda water heater/boiler kat umah, offkan dulu boiler tu. Takut nanti air didalamnya kering dan 'meletup' plak kang. Abg sulung Kenit dah kena dah, mujur meletup boiler je bukan umah huhu.

2) Tutup kepala tong gas memasak.

foto : google
  • Bagi yang memasak guna gas silinder, ini merupakan langkah pencegahan kebakaran yang perlu dilakukan. Tutup kepala tong gas silinder anda. JANGAN dibiarkan injap gas terbuka kerana risiko berlaku kebocoran gas adalah tinggi. Malang tidak berbau, sat gi balik dari kampung tengok rumah tinggal rangka je huhu.

3) Kosongkan air kolah

foto : google
  • Kalau anda ada kolah kecik dalam bilik air, sebolehnya kosongkan dulu. Kalau ada penutup kolah, itu lagi bagus. Pastikan segala tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dikeringkan. Jangan jadikan diri anda penternak nyamuk aedes tak bertauliah hehe.

4) Simpan segala barangan berharga di tempat yang selamat

foto : google

  • Ni dekat nak raya ni, penyamun perompak pakat 'kenduri' la. Tentu anda taknak rumah anda jadi tempat 'kenduri' pencuri kan. Jadi, simpan barangan berharga anda di tempat yang selamat. JANGAN dibiarkan di ruang tamu kerana kecuaian sebegini akan memudahkan 'projek' pencuri tersebut. 

5) Kunci semua pintu dan gril

foto : google
  • Yang ni opkos kebanyakan kita tak miss buat kan. Tapi, pintu bilik kunci tak? Memang lecehla kan nak kunci semua pintu bilik, tapi demi keselamatan takkan takleh buat kot? atau korang nak bag chance kat perompak tu lain la citer kan huhu. Mencegah lebih baik dari mengubati guys!

6) Buka lampu dalam rumah

foto : google
  • Bunyi cam membazir letrik, tapi kaedah ini sangat membantu! Tambah kalau anda ada pasang automatik light tu kan, setkan time pukul berapa nak on dan offkan lampu. Pastu, time dekat nak maghrib tu lampu tu automatik akan on dengan sendirinya. Dan, subuh esoknya ia akan padam kembali. Kalau berhari2 kita outstation pun ati tak risau maaaa hehehe. 

7) Buang sampah


foto : google


  • Boleh berlaku! Pernah sekali Kenit balik raya di Perak, terlupa sampah kat dapur tak amik! Dah masuk hiway Behrang baru teringat muehehe. Tu la dia tak ingat apa dah, tau nak balik kampung je hehe. Dalam paler mikir habislah rumah aku jadi sarang ulat sampah bila balik sok! Tapi, mujur seminggu pas tu balik umah tak bau ape-ape sebab sampah kertas dan kotak dan sedikit makanan. So, guys jangan lupakan sampah anda ye.

8) Bawak bersama gajet anda


foto : google

  • haaaaa ni ramai yang claim  sebagai 'nyawa' kedua, betoi ka? Kenit tinggal handphone kat umah duk opis 8 jam ade je nyawa lagi hehe. Tapi, kalut jugak kan kalau tertinggal berhari2, orang lain syok amik gambo, anda jiwa kacau tangan menggeletar tak dapat pegang handphone hahaha. So, jangan lupa la bawak handphone. Charger pun penting jugak. Lagi bagus kalau ada powerbank, time travel ni memang powerbank sangat berguna! Kat kampung nanti takyah berebut soket ngan anak buah sedara mara.

9) Servis kereta


foto : google

  • Pastikan kereta anda dalam keadaan tip top. Servis kereta untuk memudahkan perjalanan anda. Jangan sampai tersadai di tepi jalan kerana kehabisan air bateri, temperature naik, minyak itam kering dan sebagainya. Tensi tau kalau kereta buat hal kat jalan! Tak pasal2 kena kuar duit nak towing ke bengkel huhu.

Last, but not least.....








10) Baju raya oiiiii...!

foto : google
  • Haaaaaa ni parah kalau terlupa haha. Masuk awal2 baju raya anda dalam beg. Baju raya mak, pak, anak. Kasut raya, songkok raya dan segala macam jenis anda nak pakai di pagi raya. Boleh jadi meroyan tau kalau terlupa, mau patah balik hiway tu nanti hehehe. 

So, sumer dah ader? baru syiokkkk balik kampung. Selamat balik kampung pada sahabat yang balik arini, berhati2 memandu di jalan raya k.

Utamakan keselamatan,
Pandu cermat,
Jiwa selamat,
AES pun tak dapat hehehe.

13 comments:

  1. Selamat hari raya kak..time kcih kongsi2 tip ni..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya zahara :). My pleasure dear :)

      Delete
  2. nice tips dri kenit!
    part cabut plak tu mmg wajib! esok yumida dah balik kpg..horrey!
    moga dipermudahkan segala perjalanan
    hope selamat sampai di sana...aamiin
    x sabar nak shopping nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kak yumida slmt smpi kampung..aaminn. Selamat bershopping ya ;-)

      Delete
  3. hihi.. kelakar.. tapi betul jugak. sebok bawak yang lain, baju raya cicir, menangis dipagi raya lah gamaknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu baru betul tangisan di pagi raya :-P

      Delete
  4. Nice tips.. Hehe.. Peringatan berharga... Tpi service kete buat awl2 sbb nnt bengkel penuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul kak, seeloknya servis kete awal baru tak kalut sgt hehe :-)

      Delete
  5. Tedi dah sampai kampung Mommy dah, hehe.

    ReplyDelete
  6. nice tips =) betol 2..hrap rumah yg ditinggalkn 2 dilindungi Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.