Breaking

Tuesday, September 10, 2013

4 Blogger Dipenjara Kerana Hina Islam.

Assalamualaikum!~

Penghinaan terhadap Islam samada oleh non-muslim atau muslim sendiri sangat ketara di alam maya. Semuanya di ujung jari, tekan huruf-huruf di keyboard tu maka keluarlah ayat yang dinginkan. Tak fikir dah baik atau buruknya benda yang nak disampaikan asalkan hati busuk tu puas. 


sumber : The Nation

Hakim Mahkamah Tinggi, Zahirul Haque telah menerima pertuduhan yang difailkan oleh pihak polis dalam dua kes berasingan. 4 tertuduh iaitu, Moshiur Rahman Biplob, Subrata Odhikary Shuvo, Russel Parvez and Asif Mohiuddin — kini dibebaskan dengan ikat jamin selepas meringkuk dalam penjara selama 3 bulan.

The Nation melaporkan:

DHAKA - 4 blogger Bangladesh bakal berdepan hukuman sehingga 7 tahun penjara selepas mereka didakwa di mahkamah pada Ahad lepas kerana menghina Islam, pendakwa memberitahu AFP.

Kesemua tertuduh yang menafikan pertuduhan itu, ditangkap awal tahun ini berikutan protes kebangkitan oleh kumpulan-kumpulan Islam yang mendesak perlaksanaan undang-undang terhadap pengulas ateis di alam maya. Hakim Zahirul Haque dalam mahkamahnya berkata, keempat-empat blogger tersebut didakwa dibawah undang-undang Internet negara itu, pendakwaraya senior Shah Alam Talukdar memberitahu AFP.

"Mereka telah didakwa ... dengan memfitnah Islam dan agama-agama lain melalui tulisan internet mereka. Mereka menyebarkan niat jahat terhadap semua agama, " beliau berkata. Talukdar juga memeberitahu, jika didapati bersalah, keempat-empat blogger itu yang sudah diikat jamin, boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun di bawah undang-undang ICT negara tersebut.

"Kesemua mereka telah mengaku sebagai ateis," tambahnya lagi.Telah lama berlaku perdebatan sengit antara kumpulan ateis dan kumpulan fundamentalis di media sosial Bangladesh sehingga bertahun-tahun lamanya, namun kemuncak ketegangan ini meruncing pada bulan Febrari apabila seorang blogger anti-Islam ditemui mati. -agensi

Translasi dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.

P/S: Sedar atau tidak, besar sungguh tanggungjawab kita sebagai blogger ni. Dalam kita bermadah, berkongsi cerita dan berita perlu kita ingatkan diri kita setiap kali, adakah tujuannya untuk menambah dosa atau menambah pahala? 

13 comments:

  1. Peringatan untk diri kita..kadang-kadang bila kita menulis..tak perasankan..so kena sentiasa beringat sebelum kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, sebab tu kat alam maya ni kita kena lebih berhati2.

      Delete
  2. Kenapa la depa nie suka sgt nk hina islam sedangkan kita tak pernah nak hina agama lain.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. u got that point sis, itulah keindahan Islam. Kita tidak diajar untuk menghina atau merendahkan agama lain. Itulah yang diajar Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Dan, itulah bezanya kita dengan mereka.

      Delete
  3. hmm ne padahnya kalo laman maya disalahgunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...senang2 je dapat pakej percutian hehe :D

      Delete
  4. dugaan untuk umat Islam walaupun kita tak pernah kacau hidup mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, semoga kita semua sentiasa bermuhasabah diri :)

      Delete
  5. kena igt sblum kena..nk share dgn semua boleh yg pntg kena jga ayat dan niat =) hu3 Bangladesh pn ada blogger..nk gak kenal2 dgn blogger dr negara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak kawan ngan bangla takyah tunggu blogger, kat luar tu banyak dah banga ada hehe :D

      Delete
  6. Mmg patut pun.. Tpi lagi ptt pncung aje.. Huhu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.