Assalamualaikum!~
Tak pasti samada semua penutup botol ada perkataan ini atau pembelinya adalah antara orang bertuah pada hari itu hehe. Tapi, yang pasti 'mesej' pada penutup botol itu sangat menyinggung perasaan sesiapa saja yang membacanya. Opkos sape tak marah kalau kita dikata sebagai lembab!
Mohon sumbangan anda untuk Show We Care: Syria Care
Jom menderma untuk Tahfiz An Nur
source : HERE |
Blake Loates sangat terkejut dan tersinggung apabila air Vitamin Water yang dibelinya didapati mempunyai mesej menghina yang terdapat pada bahagian dalam penutup botol berkenaan. Ketika beliau duduk bersama keluarga sambil menikmati hidangan makan malam, Blake membuka penutup botol tersebut dan sangat terkejut membaca "You Retard", yang tertulis pada bahagian dalam penutup botol berkenaan.
"Kami fikir 'Adakah anda bergurau?,'" beliau memberitahu kepada Huffington Post. The Inquisitr melaporkan sebelum itu, selepas ayah Blake, Doug, mendapat tahu mengenainya, dia menulis surat tidak puashati kepada syarikat Coca Cola.
Syraikat gergasi itu tidak hanya berdiam diri berikutan isu tersebut, malah wakilnya telah pun mengeluarkan kenyataan maaf terhadap keluarga tersebut di atas kekeliruan maksud mesej tersebut.
source : HERE |
Menurut laporan oleh Metro News, Pengarah di bahagian komunikasi penjenamaan yang mewakili Coca-Cola Refreshment Canada menyatakan berikut : "Kami tidak berniat untuk menghina sesiapa. Kami sangat kesal berhubung isu yang ditimbulkan ini."
Menurut Huffington post lagi, Coca-Cola menjelaskan bahawa penutup botol tersebut adalah sebahagian dari peraduan yang dianjurkan oleh Vitamin Water, dimana mereka akan mencetak satu perkataan dalam English dan satu lagi perkataan dalam bahasa Perancis secara rawak.
"Coke memberitahu kami bahawa mereka telahpun memeriksa penggunaan perkataan tersebut sebelum peraduan bermula, jadi kami sedikit keliru mengapa setelah mereka duduk berbincang dan meneliti senarai perkataan yang dirancang, mereka masih mahu mengekalkan perkataan tersebut. Dalam bahasa Inggeris ia memberi maksud yang menghina dan mereka patut menyedarinya sejak awal lagi." kata Blake.
Dalam bahasa Perancis, perkataan "retard" bermaksud "lambat" atau "ditangguhkan" sedangkan maksudnya dalam English bermaksud penghinaan menurut Huffington Post.
Menurut Huffington Post lagi, Doug menyatakan bahawa, "Bila anda lihat perkataan "R" itu bermaksud suatu penghinaan terhadap keluarga kami. Kami tidak menggunakannya sesekali. Kami tidak bertoleransi dengan orang yang menggunakannya juga. Kami SANGAT sensitif dan mungkin anda juga jika anda mempunyai Fiona sebagai anak perempuan anda!."
Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.
source : HERE
p/s: tak pasti apa kaitan Fiona dengan retard.....hehe.
heheh pening pula :)
ReplyDeleteHaha camna blh pening? Slow slow baca k :D
DeleteFarah mmg tak minum coca cola..eh bukan coca cola saja sebenarnya..tapi semua jenis minuman ber-gas.. heheh =D
ReplyDeleteGive me high 5! hehe.
Deletesalah pasaran kot.. ke memang betul orang yg dapat botol tu sorang yg 'retard'.. kekeke..
ReplyDeleteahaha tu tk tau la plak kan, tp memang agak sentap kalau kita yg terkena jugak kan hehe
Deletehaha.. 2 kali baca tetap mama blurrr....
ReplyDeleteTakpe mama baca kali letiga konpom paham hehehe :D
Deleteeh, coca cola ada botol botol camtu pulak eh? kat malaysia?
ReplyDeleteBukan kat malaysia. Ni kat kanada :)
Deleteeh eh.. coca cola kat malaysia ke tu?
ReplyDeletebukan...ni kat luar negara :)
Deletex penah tgk pun, baru eh?
ReplyDeletebaru lagi...tapi bukan kat sini punyer
Deletethanks sis coz translatekan utk kami
ReplyDeleteoooooooo...
kalau dah tahu akan menimbulkan isu, baik jgn pakai kan..tukar ke nama lain..huhuhuhu
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
thank you sis insyaAllah kenit balas kunjungan ye :)
DeleteAgak2 la...klau benda ni jadi kat Msia, kecoh kee?
ReplyDeletemungkin kecoh tapi kejap je la...hehe
Deletemacam2 hal coca-cola ni,satu demi satu.nasib baik terkena kat negara luar,kalau kat malaysia seminggu jadi 'bahan' he3..
ReplyDeleteyang pelik2 banyak kat luar negara tu kak lea haha. Malaysia ni boleh cover cover lagi kot hehehe :D
DeleteMmg x minu air sbrg... G mana2 bawa air sndiri je...
ReplyDeleteok faham =) pelik juga rupan btol 2..upenya kt luar ngara..2lh, terlajak cetak..kn dah hebah 1 dunia..
ReplyDelete