Assalamualaikum!~
Hari kedua ceramah pasal pengurusan psikologi. Mujurlah pagi tu sumer buat muker segar takda yang mengantuk...kot hehe. Tak banyak nota yang nak dishare sebab ni berkaitan dengan peranan AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia).
Bagi penjawat awam, korang kene tau ni siapa pegawai AKRAB di jabatan korang. Jika ada pegawai yang ingin mengadu masalah peribadi atau apa masalah pun boleh refer pada pegawai AKRAB yang telah dilantik.
Ni serba sedikit mengenai AKRAB....
Pastu ada taklimat ringkas dari pegawai AKRAB MOSTI (tak ingat dah nama dia) mengenai peranan pegawai AKRAB yang boleh dimainkan di peringkat jabatan.
Hari ketiga & terakhir untuk kursus...yahoooooo! Citer pasal kesihatan pulakkkkk. Opkos, yang layak bercerita pasal kesihatan adalah doktor kan. So, WELCOME TO THE HOUSE DOC ehehehehe.
Dr. Azrul Rozaiman Bin Abdullah adalah seorang doktor perubatan berkelulusan dari UKM. Awal ceramah lagi beliau dah bagitau tips camner nak tahu samada doktor tu doktor betul punyer doktor atau doktor 'jadian' hehe.
Kita ni sebagai pengguna perlu tahu hak kita, dan biasa kalau gi klinik kita tak pasti samada doktor yang merawat kita tu doktor sungguh atau doktor tipu kan. Kang suke suki je dia pegang sana pegang sini tengok sinun haha.
So, senang je caranya tambah sumer orang ada smartphone canggih kan so boleh check terus kat situ jugak.
Caranya:
- Klik mmc.gov.my
- Isi nama doktor tu kat kotak NAME. Takyah letak nama panjang, nama pendek pun boleh. Pastu Go.
- Senarai nama akan kuar camni. Korang boleh check berdasarkan nama doktor tu tadi.
Korang boleh check juga APC (Annual Practice Certificate) doktor tu dengan klik pada DETAIL. APC ni penting sebab kalau doktor tu takda APC atau tak renew APC dia setiap tahun, dia tak boleh melakukan pemeriksaan ke atas pesakit.
Lagi satu nak check, korang boleh tengok sijil biru doktor tu kat tempat dia keje. Sijil tu wajib diletakkan/digantung sepanjang dia bertugas di klinik tersebut. Takda sijil tu atau takda nama dia dalam MMC atau dia tak renew APC, jangan pergi klinik tu...faham???
So, pada siapa yang selalu MC atau takda keje nak buat bolehlah gatalkan tangan korang pi website tu dan check betul ke tak doktor yang korang selalu jumpa tu? hehehe.
Panjang sangat ke kali ni? Okla kenit stop dulu kat sini. Next, kiter share poin2 dari Dr. Azrul ok? Jom cuci mata dulu bahahahahahaha!
p/s: Gurau je la! :p
mesti best dia bgi ceramah kan..
ReplyDeleteceramah yg maner? kalau yang hari kedua tu ok la suam2 milo haha. Tapi hari yg ketiga tu memang best la best sebab boleh tanya macam2 hehe :D
Deletewahhh dah 3hr hu3..byak prkgsian yg bermanfaat =) inshaa'Allah kena rjinkn tgan utk cek
ReplyDeleteMUJUR 3 hari dik, takleh lelama duk dalam tempat sejuk beku tu kang kebas punggung haha :D
Deletewah suka betullah entri sis,part by part.rasa macam kak lea pun ada kat situ he3...nak lagi..nak lagi!!!
ReplyDeletep/s-->hahaha kak lea gojes tu,kat bloglist....meh cubit sikit pipi tu he3..
panjang sangat kang orang tak lalu baca plak hehe.
Deletep/s: hehe betul la kak lea gojes (^^,)
Bestlah...TQ sharing info...:)
ReplyDeleteNk share bab nk check doc betul or tipu tu bleh x?hehee..Kne tau ni..kita ade anak prempuan...:)
boleh je ummi, kiter kena check tu nak pastikan tu doktor betul2 ke doktor 'ayam' hehe :D
Delete