Assalamualaikum!~
Warna-warna skeptikal mula terbit dari wajah semua peserta kursus. Tengok tajuk pun dah tahu, ini geng yang penuh ngan masalah di tempat keje haha. Tapi, itu hanya prasangka kami saja. Sebenarnya, kalau difikirkan balik, bertuahnya kami yang terpilih untuk join kursus selama 3 hari ni.
Seperti siri-siri ceramah yang lalu dalam poket baju mesti ader cekelat (gula-gula). Buat pemanis mulut, penyegar mata. Tapi, kali ni sebiji pun Kenit tak makan pasal penceramah sumer gempak habis!
cam tak? cam tak? cam takkkk? |
Beliau yang Kenit maksudkan adalah Tuan Hj. Hushim Bin Haji Salleh, pakar motivasi berdaftar yang terkenal. Ini kali kedua Kenit menyertai sesi ceramah beliau di jabatan. Memang takkan ngantuk kalau Haji ni berceloteh hehe.
Ada beberapa poin yang Kenit nak share ngan sahabat sumer. Ilmu ni kalau kita berkongsi ngan orang lain, keberkatannya akan menjadi berlipat ganda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kita semua insyaAllah (^_^)
Slot 1
Ceramah dimulaikan dengan pengenalan mengenai 5 elemen penting yang ada pada manusia. Elemen yang dimaksudkan ialah:
- IQ - Intelect Quotion
- EQ - Emotional Quotion
- SQ - Spiritual Quotion
- SQ - Social Quotion
- PQ - Physical Quotion
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
(Surah Al- Balad: ayat 4)
- Manusia pasti akan diuji dengan dua benda ni (sakit fizikal & sakit rohani).
- Terdapat lebih 400,000 pesakit jiwa berdaftar yang direkodkan setakat ini di Malaysia.
- Bilakah kali terakhir anda memeluk anak-anak anda?Tahukah anda?
- Memeluk anak terutama ketika mereka masih kecil akan memberikan aura positif kepada anak itu. Bukan setakat dapat kasih sayang, tapi dengan cara memeluk dan menepuk-nepuk bahu mereka akan menerbitkan rasa konfiden dan sikap yang lebih positif dalam diri anak tersebut.
- Konflik komunikasi banyak berlaku antara anak lelaki dan ayah, kerana ayah tidak pernah/jarang memeluk atau menerapkan kasih sayang dengan cara sentuhan dan tepukan. Berlainan dengan ibu, ibu kerap memeluk anak dan ini membuatkan anak-anak lebih rapat dan selesa berkongsi masalah dan pendapat dengan ibunya.
- Memeluk anak anda mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku hari ini. Bagaimana? bila kita peluk anak kita dan curahkan kasih sayang serta sanggup mendengar masalah mereka, mereka tidak akan beralih kepada rakan sebaya. Ibubapa akan sama2 menyelesaikan masalah tersebut dan hubungan kekeluargaan bertambah erat.
- Sudahkah anda memeluk pasangan anda hari ini?
- Memeluk pasangan BUKAN HANYA bertujuan semata-mata untuk SEKS. Tetapi, memeluk pasangan juga digalakkan dalam Islam. Memeluk suami/isteri anda (bukan suami/isteri orang lain ye) mampu meningkatkan aura positif dalam tubuh masing-masing.
- Kita digalakkan memeluk pasangan kita 11 kali sehari setiap hari, insyaAllah hati akan berasa tenang dan lebih kasih sayang.
- Kita juga digalakkan menyuapkan makanan untuk pasangan.
- Petua untuk menyedapkan makanan yang kita masak:
- bangun pada waktu sepertiga malam (kul 4 @ 5 pagi), amik wudhuk dan dirikan solat sunat taubat (2 rakaat) dan solat sunat tahajjud ( 2 rakaat). InsyaAllah...
Apa itu Nilai?
- bagaimana kita bercakap atau bertindak
- ia berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain
- tiada pemisahan antara nilai spiritual & fizikal.
eg. : amalan ritual (agama) mempengaruhi nilai hidup/akhlak seseorang itu. Contohnya, dia solat tapi masih mengumpat. Ini bermakna amalan ritualnya atau solatnya itu tidak lagi sempurna kerana dia tidak faham bagaimana solat itu boleh mencegah kemungkaran.
Nilai ----> Sejarah hidup ----> Pemikiran ----> Sistem kepercayaan (BS) ----> Karakter
- Bezanya kita dulu (masa kecik) dengan budak sekarang, kalau kat kedai makan kita buat bising abah 'berdehem' je terus kita diam kan. Budak sekarang ni, sekali kita 'berdehem' kat dia, dia sambung 'ehememememememe'.
Siapakah guru pertama dalam hidup kita?
- Ibubapa
- Adik beradik
- Kawan
- Sekolah
- Kolej/Universiti
- Kerja
- Kahwin
- Anak
- Bagi anda yang ada anak hyperaktif :
- Jangan marah atau pukul dia. - sebenarnya, anak hyperaktif adalah anak yang sangat pintar. Kesabaran dan istiqomah ibubapa akan membantu dia menjadi seorang yang cemerlang.
- Jangan beri dia ubat penenang. - satu tindakan kurang bijak sebenarnya kerana ia akan buat anak itu menjadi diam dan bodoh.
- Kenali potensi sebenar dia - jika dia suka melukis, maka galakkan dia. Jika dia gemar meleraikan komponen mainan maka belikan mainan khas tuk dia.
- Tak dinafikan ibubapa akan berasa lebih penat melayan anak hyperaktif, tetapi ketahuilah jika mereka dididik dan diasuh dengan baik dan penuh sabar, anak akan jadi lebih cemerlang.
Pemikiran ada 2 jenis:
1. Rasional - sentiasa berfikiran positif/proaktif
2. Irrasional - sentiasa berfikiran negatif/buruk sangka
Nilai mutlak
- ASAS - Keimanan
- TERAS - Hikmah, adil, berani dan mempunyai peribadi mulia
- UTAMA - Amanah, taqwa, ikhlas, sabar, ihsan, berilmu, syukur, taat, pemurah, redha pemaaf, cakap benar, tawakal, istiqomah
- KEMBANGAN - daya kreatif, berdisplin, hargai masa, dedikasi, jimat cermat, pandangan jauh, sederhana, cekap, bersih, berbakti & tertib.
- Tahukah anda apakah motivasi kita yang paling kuat? Motivasi yang paling kuat adalah ketika kita bangun di tengah malam bilamana orang lain sedang tidur.
- Dan tujuan kita bangun di tengah malam itu adalah untuk menunaikan solat tahajjud. Itulah motivasi yang paling baik dan kuat untuk diri kita, jiwa kita, spiritual kita.
- Mengapa tengah malam?
- udaranya paling bersih (sekitar pukul 3-4 pagi)
- jiwa menjadi tenang
- suasana sunyi dan mendamaikan
- konsentrasi lebih baik.
Itulah serba sedikit poin yang dapat kenit share kan disini. Haji Hushim memang banyak buat lawak dalam penyampaiannya kali ini. Memang kejang pipi dibuatnya hehe.
sompek la den bergambo sambil mintak otograf hehe |
antara buku-buku yang dipamerkan di jabatan kenit. Berebut beli ni. Murah sangat. |
Kitaorg juga tak lepaskan peluang membeli buku tulisan Haji Hushim yang menyentuh mengenai motivasi anak-anak dan psikologi dalam perkahwinan. Harga hanya RM15 & RM10. Sesuai sangat untuk kita yang masih punya anak2 kecil. Dan juga untuk meningkatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Habislah sudah slot 1 untuk pagi tu. Petang tu pukul 2pm, anak Haji Hushim pulak yang take over the ceramah hehe. Nantikan sambungannya yek (^_^)
good info..thanks..wahh da ade header baru laa.. ;)
ReplyDeleteur welcome dear. hah header time boring2 tu :D
Deleteselamat berkursus ^_^
ReplyDeleteterima kasih..:)
Deletetengok pun tau seronok kenit... thanks for the great piece of sharing...
ReplyDeleteur welcome dear :)
Deletewahhhhhhh hj hushim tu salah sorang yang kak lea minat tau!!!tqvm dear kongsi untuk kitorang.rasa macam kak lea ada kat situ pulak..best2.
ReplyDeleteowh yelah anak bongsu kak lea ni cukup suka melukis,dia tukang habiskan stok A4 paper kat rumah.disebabkan dia suka melukis,cikgu selalu puji dia kreatif dan friendly dalam kelas :)
ok2 tunggu husband balik nak peluk 11x he3...
samala ngan anak kenit yang sulung. Suke nau melukis dan mewarna. Kaler pensel tu dah dekat 6 kali tukau haha.
Deletepeluk jgn tak peluk muehehe :D
first..saya dah peluk anak saya pagi ni..2nd jgn citer la sapa xnak peluk bini wei..hahaha
ReplyDeletehahaha len macam je bunyi yang second tu :p
Deletehahaha..comelll ayt dye... thanx utk perkongsian ny...
ReplyDeleteno sweat dear :)
Deletewahhh penceramah best ni =) nice sharing..penuh dgn input2 yg berguna..mmg dia lbh kearah keluarga kn..terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ni
ReplyDeletememang best hehe. no problem :)
Delete