Assalamualaikum!~
Satu persoalan yang kenit tak pernah terfikir sebelum ini. Apa yang kita tahu dan belajar dulu Kaabah itu hanya satu saja iaitu di Mekah. Dan semua umat Islam bersama para malaikat mengelilingi Kaabah untuk beribadah kepada Allah.
Sungguh ini merupakan suatu ilmu yang baru bagi Kenit, harap perkongsian ini memberi manfaat dan dapat menambah ilmu dan iman di dada.
Mohon sumbangan anda untuk Show We Care: Syria Care
Soalan : Terdapatkah Kaabah khusus untuk Para Malaikat?
Ya, ada. Malaikat memang disediakan dengan kaabah yang khusus yang berada di langit ke tujuh, iaitu Baitul Makmur. Lokasinya tepat di atas Kaabah di bumi.
Allah swt pernah bersumpah atas nama Baitul Makmur:
"Demi Baitul Makmur"
[surah at-Tur (52), ayat 4]
Rasulullah saw bersabda dalam hadis isra' mikraj setelah melepasi langit ketujuh, baginda menyampaikan:
"Kemudian aku dibawa naik ke Baitul Makmur, ternyata setiap harinya tempat itu dimasuki oleh tidak kurang dari tujuh puluh ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi ke tempat itu setelah berakhirnya tugas yang diwajibkan bagi mereka."
[Riwayat Imam Bukhari dalam kitab sahihnya, dan juga dalam kitab Bad'u al-Khalqi bab Zikru al-malaikat; diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dalam sahihnya, dan kitab al-Imam halaman 264]
Diceritakan seorang lelaki pernah bertanya kepada saidina Ali, "Apa itu baitul makmur?". Saidina Ali menjawab "Baitul Makmur ialah tempat ibadah yang berada di langit, yang lazim disebut al-Dhurah. Letaknya tepat di atas kaabah bumi. Setiap harinya ada yang beribadah tidak kurang dari tujuh puluh ribu malaikat. Mereka tidak kembali lagi selama-lamanya."
[Ditakhrij oleh Ibnu Jarir al Tabari dalam kitabnya tafsirnya, Jilid XXVII, halaman 10; Imam Al-Muttaqi al-Hindi menyebutkan pada huraian hadis yang ke 34795. Imam Tabarani dan Ibn Murdawaih menilainya sebagai hadis aziz]
rujukan: Kitab Menyingkap rahsia alam malaikat, karangan Syeikh Mustafa 'Asyur

sumber : fb
Oh ..ye ke ..baru tahu..terma kcih akak atas perkongsian ilmu ni..=D
ReplyDeletesama2 zahara, kenit pun baru tahu jugak :)
Deletesalam sis yang ceria & comel selalu,ni :)
ReplyDeleteowh kak lea pernah baca ni dalam buku agama.bagus entri ni sis.kadang2 ada yang malu bertanya,skodeng jelah blog kawan2.teruskan berkongsi ilmu untuk kitorang ye :)
w'salam kak lea gojesssss hehe...
Deleteini memang ilmuyg baru bagi kenit, rugi kalau tak dikongsikan pada yang lain. Banyak lagi yang kenit kena blaja ni :)
pertama kali saya dengar Malaikat ada kaabah sendiri...thanks for sharing..alhamdulillah..
ReplyDeleteur welcome alyn :)
Deletenice sharing...
ReplyDeletesalam jumaat... :)
salam jumaat sis :)
DeletePerkongsian yg baik dihari yg baik.. salam Jumaat. :)
ReplyDeleteSalam jumaat abg khir :)
DeleteAlhamdulillah =) perkongsian yg baik
ReplyDelete