Assalamualaikum!~
Eh esok pekse kan?? pekse UPSR kan?? Kenit dulu paling nervous time nak pekse. Dahlah jenis tak berapa nak hadap buku, pastu mulala menggelabah tengok soalan haha.
Tapi, yang paling best time nak pekse ni sumer perkakas nak nulis mesti beli baru muahaha. Time tu la paling syok dapat 'pau' abah mintak beli pensel baru, pen baru, pemadam baru, konon nak guna dalam dewan pekse nanti haha. Jangan buat begitu pada ibubapa ye anak-anak, sangatla membazir hehe.
sumber : google |
Bagi anak2 yang bakal menempuhi peperiksaan, tak kira besar atau kecil ni ader satu petua atau amalan atau tips berguna dari al fadhil ustaz yang sangat Kenit hormati dan kasihi. Beliau adalah antara ikon yang disayangi ramai, melalui pendekatannya yang lembut tetapi tegas. Kenit suka dengar beliau di IKIM.FM.
Al fadhil Ustaz Zahazan Mohamed ada memberikan tips dan amalan yang insyaAllah bermanfaat untuk anak-anak kita yang nak pekse ni. So, kenit kongsikan di sini supaya ia juga boleh jadi peringatan untuk kenit amalkan bersama anak2 nanti.
Ini sekadar cadangan, diambil dari beberapa rujukan, moga manfaatnya ada...
1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hjt, sahur, puasa & doakn utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa
2. Banaykkan sedeqah walaupun pada binatang
3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi
5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab
6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum mmulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain
7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, mmadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.
Antara surah yg digalakkan utk baca,
1. Surah alam nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13
Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mndpt ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ..
Untuk itu, Kenit nak ucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN KEPADA CALON-CALON PERIKSA. Anda dah berusaha hampir 9 bulan, anda sudah berdoa sebanyak yang mungkin dan sekarang anda akan mengukurnya di atas sehelai kertas. Selebihnya, kita sama-sama tawakal pada Allah s.w.t (^_^)
sumber : fb ustaz
boleh mama gunakan untuk anak mama nanti.. nice sharing dear...
ReplyDeleteyes mama, bagus untuk amalan anak2 kiter nanti. Sharing is loving :)
Deletenice sharing
ReplyDeletebahagianya mereka yg dah bergelar ibu bapa
moga dipermudahkan yumida dlm mendpt cahaya mata
ingat yumida masa upsr dulu..musim hujan..demam..pastu bila sampai sekolah pembaris lak hilang..tercicir masa tompang moto ayah..huhuhu
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
aamin yarabbal alamin...insyaAllah ada rezeki untuk yumida :)
Deletethank you dear..kenit bakal menyusul :)
Ada perubahan kat blog nie..hehe..
ReplyDeletesemoga maju jaya kepada mereka menduduki peperiksaan UPSR..
hehe tangan saje gatal ubah sana sini. Boring punya pasal la ni :).
Deleteteringin nak ada ank sndri n buat semua 2 =) nmpaknya lg 10thun la hu3..teringat wktu upsr dlu2..time 2 rasa mcm relax je he3..main redha je..ish3, nsb baik result ok..nway nice sharing..
ReplyDeleteinsyaAllah matlamat 10 tahun tu dah ada dah haha.
Deleteperkongsian yang pintar ni..semoga ada yg akan ambil sebagai tip..saya dah lama tinggalkan dunia exam ni..hahaha
ReplyDeleteinsyaALLAH :)
Delete