Pengalaman Bersalin
Thursday, October 31, 2013
Ceaserean Atau Normal?
Assalamualaikum!~
Sesetengah orang berpendapat beranak secara c-sect tu lebih senang penjagaannya berbanding beranak normal. Masa zaman (bunyi cam zaman purba plak dah!) kenit pregnant dulu sekitar tahun 2006, banyak yang kenit dengar rumors tentang beranak c-sect ni. Ada yang cakap beranak c-sect ni tak sakit dan senang jaganya.
Sebab mengapa kaedah c-sect jadi pilihan ibu :
- Ubat bius disediakan untuk ibu. Ada yang bius separuh, ada bius penuh sampai tak sedar apa. Tau-tau je baby ada kat katil sebelah hehe.
- Nak jaga senang, tak perlu nak terbongkok-bongkok mencuci luka. Tambah kalau ada suami jenis takut tengok luka dan darah....lagi hampeh! ekekeke.
- Senang nak bergerak, tak perlu nak jalan ala2 jepun pakai kimono, senang citer lebih mudah la nak handle kalau luka kat perut je.
- Senang sikit nak membuang, tak perlu sembelit sampai seminggu pastu nangis-nangis nak berak. Ni kalau nak berak tak perlu rasa 50-50 samada nak mencangkung atau nak berdiri je! Kalau ada jugak suami yang tak boleh nak hargai isteri yang susah payah begini ....memang nak kene tarbiyah kaw-kaw lagi la si suami tu.