Assalamualaikum!~
6 beradik yang ditinggalkan...Allahurobbi T___T |
KUALA SELANGOR – Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan.
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
“Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana ‘emak dah mati’.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
Ya Allah...sampai hati mereka biarkan bayi comel ini. Ya Allah... bantulah si kecil ini ya Allah.... T___T |
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
“Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini,” katanya. - source: SINI
Kalau suami isteri bergaduh memang tiada orang lain lah yang jadi mangsanya melainkan anak-anak. Sedih kenit dengan kejadian yang menimpa 6 beradik yang kecil ni. Mereka sungguh kecil dan comel. Yang paling bongsu ditinggalkan, tidak diberi susu sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan?? Tidak berhati perutkah kamu wahai ibu & ayah?? Allahurobbi T____T
Apa jua alasan, sebesar mana pertelingkahan janganlah sehingga anak-anak yang menjadi taruhan. Ini soal nyawa...amanah! Amanah dari Allah untuk kita. Ada orang berkahwin bertahun-tahun masih belum dikurniakan anak, tapi bagi pasangan yang Allah kurniakan nikmat cahaya mata begini pula jadinya! Eeeeiiiii vevuluuuuuuuu je aku tengok orang cenggini!
Jika benar tiada persefahaman, maka berpisahlah dengan cara terbaik. Bukan dengan meninggalkan amanah Allah sesuka hati. Bila gaduh bagai anak ditinggalkan kebuluq! Ingat! kita (ibubapa) akan disoal di akhirat kelak tentang amanah (anak).
Ni kenit nak blebel sikit, juga sebagai peringatan buat diri kenit jugak. Buat para suami, janganlah hanya bila 'berkeinginan' barulah kamu mendampingi isterimu. Dia telah melahirkan anak dari benihmu. Maka seharusnya kamu bertanggungjawab terhadap dirinya dan anak-anak kamu. Bila tak puas hati, marah, bengang kamu bergaduh tak hengat donia! Hatta isterimu bersalah sekalipun, anak-anak kamu tak bersalah!
Ni buat para isteri (tuk aku jugak), macam mana hebat sekalipun kamu bergaduh dengan pasangan kamu, JANGAN SESEKALI tinggalkan anak! Biar ditinggal suami, tapi jangan kita tinggalkan anak! Sepatutnya, anak-anak itu nyawa kamu..tidak kasihankah kamu melihat wajah sayu dan tubuh lemah mereka? Walau susah macam manapun kehidupan, anak-anak adalah harta kita dunia akhirat.
Ya Allah.... mereka masih kecil, mana mungkin mengerti pergolakan dalam rumahtangga. Ini juga peringatan dan muhasabah tuk diri kenit dan anda di luar sana. Jika anda ada anak kecil, belailah mereka, sayangilah mereka, kasihanilah mereka.
Mereka bukan anak kucing....
Mereka anak-anak kamu... amanah Allah.
T_____T
nazubillah..bagi akak lah yang kecik tu...apa nak jadi la dengan orang sekarang nie..anak2 jadi mangsa..
ReplyDeleteharta dunia akhirat. Dulukan akhirat..InsyaAllah..dunia akn terjga.
ReplyDeleteHm sedih bnyak kisah diorang ni..bila ibu bapa pntingkn diri sndri dan tunjuk ego msing2..anak2 pula terabai..kesian..harap Allah permudahkan urusan anak2 ni..
ReplyDeletemmg sedih sbnrnya, tapi tnpa iman ginilah jadinya....
ReplyDeleteada balasan dari Allah nantri.
ReplyDeleteBaru baca kat blog ija tadi.. Mmg sebak+ geram.. Harap ada la pihak2 yang selamatkan depa semua nie nnti.. kalau boleh kenakan hukuman yang sewajarnya terhadap kedua2 ibubapa mereka.. =(
ReplyDeleteIni dah kira kejam.. teraniaya budak2 tu..
ReplyDeletepada mama, maka bapak budak-budak ni tak guna otak dan bersifat kejam tanpa berperikemanusiaan.
ReplyDeleteYa allah ya tuhanku. kesian nya lah :( kalau lah kite ni berduit dan besar dah bekerja,kita sanggup amek anak anak ni jadi anak kite :'( . masyaallah. allah je la yang tahu.
ReplyDeletekesian budak2 ni..
ReplyDeletesemoga parents budak2 tu berubah jadi parents yg baik..
teruknye manusia sekarang...
ReplyDeletetapi x taw jugak..
mungkin ada benda lain terjadi...
mungkin parents mereka terlibat dalam kemalangan
dan x dapat di kesan ...
http://abgdude.com/blog/2013/10/08/info-letak-avatar-di-ruangan-msjbox/
sebak yumida baca kisah ni kak
ReplyDeletesampainya hati diorg buaty anak mcm tu
tak pikir panjang agaknye..pendek akal nye..buat budak gitu jd mangsanyaa hurm
ReplyDelete