Breaking

Thursday, October 24, 2013

Barbarians Dalam Industri Fesyen.

Assalamualaikum!~

Sebelum korang baca entri ni, kenit nak minta maaf sekiranya imej yang dipaparkan nanti tidak menyenangkan..tetapi kenit sekadar ingin berkongsi info, dan mengajak kiter sumer untuk lebih bertanggungjawab terhadap haiwan & alam sekitar. Hentikan penggunaan produk dari haiwan, hentikan kezaliman terhadap haiwan.

Astaghfirullahhalazim! KEJAM!TAK BERPERIKEMANUSIAAN! Itulah ungkapan yang sesuai digelar pada industri fesyen di London yang sanggup melakukan apa saja demi fesyen! Kenit memang cukup pantang kalu binatang diseksa untuk apa tujuan sekali pun! 


sumber : yahoo

Sisi gelap dalam industri fesyen di London ni memang tak sumer diketahui ramai terutama produk yang melibatkan penggunaan haiwan untuk dijadikan jaket, baju atau tali pinggang. Tambah pulak, musim sejuk ni memang banyak la jaket tebal dijual dengan jenama mewah seperti Giorgio Armani & Ralph Lauren. Tapi korang tau tak aper citer di sebalik penghasilan jaket bulu binatang ni??Kalu korang tau, nescaya ko takkan beli jaket tu.

Kalu dulu kita tahu, kot bulu yang mahal tu dibuat dari bulu musang dan tali pinggang pula dibuat dari kulit buaya. Tapi dalam hal ni, ada yang lebih kejam...bulu angsa sebagai jaket musim sejuk. Tak kedengaran seperti kejam lagi kan? Di sebalik jenama mewah (antaranya North Face), angsa antara haiwan yang menjadi mangsa korban fesyen manusia. Bulu angsa dicabut hidup-hidup, menyebabkan haiwan itu menderita kesakitan & pendarahan!!! Nah, sekarang korang boleh bayangkan tak???

sumber : yahoo 

Bulu angsa dicabut hidup-hidup kerana kononnya kualiti bulu tersebut tidak akan terjejas. Lihatlah, betapa kejamnya & gilernya manusia demi keuntungan..! Dan yang lain pula mengambil kesempatan atas nama kemewahan & kualiti, membeli & menyokong perbuatan yang kejam ini!Such a barbaric...! T___T

sumber : yahoo 

Takkan mereka ni takda perasaan langsung melihat angsa-angsa tu mengerang ksakitan ketika bulunya dicabut???Allahurobbi, to be truth..kenit tak sanggup tengok lama2...tapi demi untuk kesedaran pada penggila jaket bulu, kenit gagahkan jugak. Supaya mereka sedar yang mereka sedang menyeksa haiwan ini!

Kenit harap entri ini dapat memberi pengajaran & kesedaran pada kiter sumer. Kezaliman sedang berlaku di luar sana..dan kita hanya pentingkan fesyen??? What is fashion to you when you are being barbaric just to look trendy and comfy?? Please never buy anything containing down or feathers.It may have been plucked by a live birds!

P/S: T___T

sumber : yahoo

11 comments:

  1. uish... kesiannya.... habis bulunya..

    ReplyDelete
  2. kesian..cuba kalau mereka di tempat haiwan tu..sedangkan kita tertarik bulu roma yang ada pada tubuh nie pun sakit..nie kan pula bulu binantang yang dianggap pelindung untuk badannya...

    ReplyDelete
  3. memang takkan beli ler kalau dapat tau macam ni, tak ada perikemanusiaan betul...

    ReplyDelete
  4. sedih ayu baca. kesian angsa tu. zalim betul!

    ReplyDelete
  5. kesiannye angsa-angsa tu...
    manusia sekarang dah x de rasa simpati..
    ╔════════════════════════╗

    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

    ╚════════════════════════╝

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. mmg kejam.., kesiannya kt binatng2 tu.. huhu

    ReplyDelete
  7. manusiakan, sanggup jadi kejam demi duit

    ReplyDelete
  8. Sy mmg x sokong industri kulit haiwan.. x sokong kapitalisme.. :)

    ReplyDelete
  9. kejam betol..smpai angsa pn dia balun skali..sy pnh tgok yg kt cina..bulu musang..dia cbut pn hidup..Ya Allah kecian btol sy tgok musang tu..berdarah2..mmg sy xkn beli brangan kulit haiwan cm jaket ni..

    ReplyDelete
  10. hm.. kalau pakai yg palsu boleh je pattnya.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah kenit.. sedeynya tgk.. zalimnya depa.. tak sanggup nk tgk lama2.. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.