Assalamualaikum!~
Sesetengah orang berpendapat beranak secara c-sect tu lebih senang penjagaannya berbanding beranak normal. Masa zaman (bunyi cam zaman purba plak dah!) kenit pregnant dulu sekitar tahun 2006, banyak yang kenit dengar rumors tentang beranak c-sect ni. Ada yang cakap beranak c-sect ni tak sakit dan senang jaganya.
Sebab mengapa kaedah c-sect jadi pilihan ibu :
- Ubat bius disediakan untuk ibu. Ada yang bius separuh, ada bius penuh sampai tak sedar apa. Tau-tau je baby ada kat katil sebelah hehe.
- Nak jaga senang, tak perlu nak terbongkok-bongkok mencuci luka. Tambah kalau ada suami jenis takut tengok luka dan darah....lagi hampeh! ekekeke.
- Senang nak bergerak, tak perlu nak jalan ala2 jepun pakai kimono, senang citer lebih mudah la nak handle kalau luka kat perut je.
- Senang sikit nak membuang, tak perlu sembelit sampai seminggu pastu nangis-nangis nak berak. Ni kalau nak berak tak perlu rasa 50-50 samada nak mencangkung atau nak berdiri je! Kalau ada jugak suami yang tak boleh nak hargai isteri yang susah payah begini ....memang nak kene tarbiyah kaw-kaw lagi la si suami tu.
Dari pemerhatian kenit (kalau salah tolong betulkan), kaum Cina lebih berminat memilih kaedah c-sect ni, manakala kaum Melayu & India lebih senang melalui proses kelahiran secara normal. Time kenit dulu, memang pilih cara normal. Takut tu memang ada! Nervous giler kot....pertama kali kannnn! Doa-doa janganlah kene toreh perut yang comel ni hehehehe.
Tapi, perancangan Allah Maha Hebat! Kenit ditakdirkan beranak secara c-sect pada tahun 2007 sebab kata doktor baby dah nak berak, takut baby makan taik. So, kene zassssssss cepat. Takde cuak langsung masa tu, tak fikir ape dah yang penting baby aku selamat kuar .... dan jgn tertelan taik sendiri! Takde nak fikir sakit di kemudian hari ke ape ke masa tu.
Ada sesetengah ibu yang awal-awal lagi dah merancang samada nak c-sect atau beranak normal. Plus, ada yang menganggap beranak di hospital swasta lebih baik dari hospital kerajaan. Kenit pernah tertanya-tanya jugak, kita dok kuar duit banyak-banyak tu .... sakit beranak yang kita tanggung masa nak beranak tu boleh ilang terus ke? hehe. Ni sekadar pendapat peribadi kenit je tau, bukan nak singgung sesiapa yek. Prasarana di hospital swasta memang better than di hospital kerajaan ... tak dinafikan. Sebab tu harganya boleh tahan. Tapi, pengalaman kenit di hospital kerajaan sebelum ni ok saje takla teruk sangat.
Sebab mengapa kaedah beranak normal jadi pilihan ibu :
- Jarak kelahiran tak jadi masalah. Means, kalu lepas habis pantang pastu lekat pulak sorang lagi takda menjadi ancaman kepada ibu dan baby.
- Boleh beranak ramai. Kenit suka part ni hehehe. Mak mertua kenit 13 orang! Kain tak dan nak kering, sorang demi sorang kuar. Sumer normal pulak tu. Rezekiiiiiii......!
- Senang nak jaga jugak. Berpantang mesti ikut, kalau tak nanti luka la, nanah la, gatal la.
- Senang nak menyusu baby, sebab perut tak ada luka. Kalau c-sect, perut ibu akan sakit kalau letak baby atas perut masa nak menyusu. Tu sebab kene letak bantal atas riba ibu.
Itu cerita tahun 2007 masa kenit melahirkan kakak, then tahun 2008 kenit pregnant lagi. Masa tu ader rasa nervous jugak kot kot kalau kenit ditakdirkan akan beranak c-sect sekali lagi! Macam-macam petua yang kenit amalkan untuk dapat nikmat beranak normal ni. Maklumla, orang suka takut2kan kita ... "kalau c-sect kali kedua alamatnya anak ko 3 orang je la nim!". Baru nak plan beat my mother-in-law's punyer rekod muahahahaha!
Petua yang kenit amalkan :
- Exercise "squatting" - kenit start buat latihan ni masa kandungan cecah 7 bulan. Kenit akan mencangkung sambil tahan ngan paha untuk beberapa minit pastu bangun dan kemudian ulang lagi. Agak-agak kiraan 20 ok la tu hehehe. Kenit buat ni seminggu 3 kali la. Latihan ini untuk menguatkan otot pelvik dan tulang paha kita, senang nak meneran nanti.
- Minum air dari ujung rambut - petua ni banyak kenit jumpa kat tenet. Mujurlah masa tu kenit berambut panjang, jadi senang nak amalkan ni. Sebelum tu, baca la doa apa yang patut dan niatkan dalam hati supaya dipermudahkan urusan melahirkan.
- Air selusuh & minyak selusuh - minyak selusuh tu kenit tak guna sampai ke sudah. Sebab caranya kene minum. Kenit just amalkan minum air selusuh je kemudian sapu dari atas kepala sampai ujung kaki sekali sapu sambil berselawat ke atas nabi. Niat jugak dalam hati agar Allah berikan ketenangan dan kekuatan untuk meneran nanti. Plus, jangan lupa mohon untuk kasi senang meneran beranak.
- Salindah - Yessss. Kenit adalah pengguna Salindah untuk kedua-dua anak kenit. 1st pregnancy kenit amik dari B1 -B6. Cuma masa berpantang kenit tak amik tonik dia. Yang 2nd pregnancy baru kenit amik B5 & B6 je. Kenit amik Salindah ni kerana ia menjaga ibu mengandung sejak dari awal kehamilan sehinggalah ke saat2 melahirkan. Salindah ni macam homeopati tau. Ia akan pantau dan 'jaga' perkembangan janin dan otak baby selama berada dalam perut ibu. So, kalau tak minum susu pun ubat Salindah boleh cover nutrien dan perkembangan baby dalam perut.
- Berurut - Yesss. Memang tak digalakkan la part ni. Tapi, betul kenit ada pergi jumpa mak bidan masa kandungan cecah tepat 8 bulan. Maklumla, orang tua banyak pengalamannya. Tengok dari perut dah tau anak apa dan bila 'meletop'. Kenit tak amik port sangat yang tu. Tapi, kenit gi berjumpa untuk mintak nasihat dan pandangan tentang apa yang perlu kita lakukan at least...! nak kene tarik nafas panjang2 ke, nak menjerit je ke, nak meneran masa bila dan sebagainya. Pastu mak bidan tu dok tekan-tekan kat atas perut kenit, dia pusing tangan ke sana ke sini ke sinun hehehehe.
- Doa - Yang ni memang kene buat. Maklumla, bila perut dah kene toreh sekali takkan kita nak mintak kene toreh lagi kan. Jadi, setiap kali pas solat mintalah ampun pada Allah dan mohonlah agar baby kita kuar dengan selamat tanpa ada sebarang komplikasi kepada ibu dan baby.
Alhamdulillah tahun 2009, kenit melahirkan Mira secara normal.
Penjagaan luka c-sect & normal
Pada pendapat peribadi kenit, samada c-sect atau normal jika kita tak pandai jaga & cuci luka pembedahan atau luka jahitan dengan baik maka kita yang akan tanggung padahnya! Pada masa ini lah, sokongan dan bantuan kaum suami amat diperlukan. Jangan jadikan alasan takut darah untuk melepaskan diri anda! Tolongggggg sikittt!
Pemakanan
- Di zaman moden ni, memang ramai yang lebih menerima pakai nasihat doktor dari nasihat orang-orang tua. Mak cakap jgn makan sayur tu, kita cakap doktor kasi makan! Apa saja yang boleh bagi nutrien dan boleh sembuhkan luka kita boleh makan. Tapi, mak kata tak sumer kita boleh makan.
- Pengalaman kenit, kenit tak makan buah atau sayur masa dalam pantang. Kenit hanya amalkan makan bubur dan sup ikan haruan yang mak buat setiap hari. Pastu ade la jugak minum air gamat longkang satu sudu seminggu. Nak muntoh rasa bila terbau bau yang serupa bau loji kumbahan haha. Tapi, nak baik punyer pasal kan ... telan je la sambil kepit idung.
- Kalau masa beranak normal pun kene jaga makan, beranak c-sect lagi kene jaga! Panjang luka di perut tak sama dengan di tuttttt! Maka, bila kita main hentam ikut sedap tekak je tak mustahil la luka di perut tu boleh menanah balik. Ada jugak yang kenit jumpa jahitan terbukak! Haaaa nak bayangkannya pun tak sanggup apatah lagi kalau betul2 jadi kat kita??
Pergerakan
- Dalam tempoh berpantang ni, tak kira c-sect atau normal pergerakan kita di rumah kenala berjaga-jaga. Jangan berlagak sihat walaupun kita rasa kita dah sihat sepenuhnya. ADEEEEE kenit jumpa pesen gini. Boleh pulak dia menyapu di halaman rumah macam orang tak pernah bersalin. Terbongkok-bongkok menyidai kain ... padahal sepatutnya dia wajib duduk dan tak perlu buat keje.
- Mak kenit memang jaga bab ni. Satu2nya keje yang kenit boleh buat di rumah adalah lipat kain dan menyusukan anak. Itupun nak lipat kain, kaki kene melunjur bukan bersila! Koyak kang.....! Tapi, kenit tak pernah lpat kain pun hehehe pasal mak tak bagi. Sumer keje tu suami kene buat hehehe.
- Masa kenit c-sect, pergerakan kenit tak banyak beza ngan normal. Kalau jalan terkangkang atau cepat2 ade je mulut kuar suara "jalan tu jgn nak cepat sikit ... pelan-pelan sikit. Hani tu belum abis pantang". Huhhhh.....
- Masa kenit normal pulak, memang kenit takut. Kenit jalan pun serupa pempuan jepun pakai kimono. Rapat-rapat pastu perlahan je sambil mata tengok lantai takut terlanggar bucu kerusi ke, bendul ke. Masa mula2 tu ada rasa ngilu sikit hehe tapi lama2 tu ok je.
Pemakaian
- Dah nama pun berpantang, tak kira c-sect atau normal pakaian mesti bertutup sentiasa. Takda maknanya nak pakai baju tshirt lengan pendek atau seluar 3 suku. Tshirt lengan panjang pastu sweater kain pastu kain batik dan stokin panjang. Itulah pakaian kenit selama 44 hari. Cuaca panas ke sejuk ke kene gak pakai supaya badan kekal panas dan cegah kita dari demam atau selsema dan batuk. Mak kata bila dah demam tu, tandanya bentan!
- Ada orang mengaitkan pakaian dengan keadaan meroyan. Bagi kenit, ia bukan setakat dari segi pakaian je malah sumer di atas juga menyumbang kepada meroyan. ADEEEE jugak pesen yang pakai baju kelawar dalam pantang! Stokin tak pakai, baju sejuk tak pakai dan rambut tak sanggul tinggi.
Pantang
- Bukan pantang tengok ye! Tapi pantang yang betul2 pantang. Berurut, bersalai, berbengkung atau menyapu pilis memang amat perlu dalam tempoh berpantang ni. Jangan pandang ringan akan semua amalan tradisi ni tau.
- Paling best berurut dan bersalai. Kenit hanya mengamalkan berurut masa beranak c-sect. Tapi, mak bidan tu pandai pulak boleh urut di tapak kaki untuk membetulkan kembali kedudukan rahim. Katanya kat tapak kaki kita ada urat yang menyambungkan kepada setiap organ penting dalam tubuh.
- Bila beranak normal, barulah kenit dapat merasa pengalaman berbengkung. Seronok bila tengok perut yang menggeleber berjaya dikempiskan hehehe. Tapi, part nak gi membuang tu leceh sikit la pasal kene bukak pastu kene pasang balik.
Pokok pangkalnya, samada kaedah c-sect atau normal jika kita tak prihatin dengan penjagaan dalaman dan luaran atau kita sekadar menjaga luaran saja, dalaman tak jaga maka takda gunanya kita berpantang dik non! Berpantang adalah suatu proses penyembuhan luka yang mengambil masa untuk disembuhkan.
Sebab tu kita kene jaga serba serbi dalam tempoh pantang. Jangan kita rasa kita dah sihat maka kita boleh pulun segala makanan atas meja dan buat segala kerja seolah2 luka dalaman kita dah elok dan baik. Ingat! badan kita ni sakitnya kita yang tanggung sendiri... bukan suami bukan orang lain. Pernah terfikir mengapa orang-orang dulu umur 50-60 boleh dok menyangkul di kebun, membanting tulang di tengah bendang tanpa rasa sakit-sakit? Sebabnya mereka sangat menjaga diri bila dalam pantang. Sebab tu takda masalah nak beranak sampai 20+.
Berlainan pula kita ni yang asyik ngadu sakit belakang la, sakit pinggang, rasa sengal-sengal otot la. Sebab apa? hehehe. So, kita kene balance antara tradisional dengan moden mengikut kesesuaian tindakbalas tubuh dan kesannya ke atas kita. Wallahualam.
pengalaman yang sangat manis untuk dikenang kan kenit bila melihat anak membesar,rasa hilang kesakitan itu..doakan untuk akak untuk dpat merasai pengalaman yang cukup indah nie ye...
ReplyDeleteIsnyaAllah kak, kenit doakan semoga Allah kurniakan juga rezeki dan nikmat melahirkan zuriat sendiri pd akak. Yang penting doa dan usaha :)
Deletepanjang betul entri ni..tp berbaloi baca..
ReplyDeletePanjang ke kak mar?hehehe ni kenit taip spontan je ni :)
Deletepjgnye entri akak hehehe tapi sebab minat nak tau psl topik melahirkan & berpantang ne fae habiskan jugak read them all hehe nice sharing kak.
ReplyDeleteHehehe akak kalu bab membebel ni memang kene tulis pjg2 :D
Deleteyumida baca pengalaman akak ni, rasa excited lak nak de baby sendiri
ReplyDeletemoga dipermudahkan segala urusan yumida n hb
bagus pengalaman akak ni, blg dibuat bahan rujukan
InsyaAllah dear, akak doakan yang terbaik dan mudah2an kita sumer dikurniakan rezeki dan nikmat merasai bagaimana melahirkan anak sendiri. Actually, akak taip ni spontan melalui pengalaman sendiri, tu yang baca rasa cam panjang dan berterabur tu hehehe.
DeleteMmg indah pengalaman tu.. normal atau czer kedua2nya pengorbnan terbesar seorg ibu...
ReplyDeleteIndeed maria. Itulah harga sebuah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Ni kenit kata kat sumer kaum ibu bukan kenit sorang je. Selagi anda melahirkan, anda telah melakukan pengorbanan terbesar dalam hidup anda. Maka, anak2 hargailah kasih sayang yang ibu anda berikan pada anda. Hargailah mereka.....
DeleteAda pro dan kontra nya kn =) entri yg berinformasi kak..sy bca pn xterbyang skit dia cmne..ape pun smuanya selamatkn..hu3, cmnelah sy esok2 nk berhadapan dgn isteri yg bersalin..pasti bnyk pntang larangnya..kena jga elok2..
ReplyDeleteSy pun salah seorang anak yg lahir ikut tingkap.. kesian ibu saya, penat dia melahirkan sy. Sy sayang ibu sy.. perkongsian yg bermanfaat.. T kasih :)
ReplyDeleteSalam kenal kenit..
ReplyDeleteAkak terpanggil baca dan komen entry pasal bersalin ceaser dan normal..kalau nk citer pgalaman semua akak dah rasa..normal 2 kali ceaser 2 kali..forcep dan gugur..tapi akak lebih suka ceaser..
salam sis, waa time kasih sbb kongsikan pengalaman..takot pun ad...sbnarnye bepantang tu penting kan...tp kalau sy blajar medical, semua bende bole bantai....xde pengalaman lg xtau...moga dipermudahknlah..
ReplyDeletebtw, follower baru disini...jemputlah singgah2...www.withlovekisses.com
alhamdulillah entri yang bagus..akak semuanya normal sebanayk 4 kali.
ReplyDelete