Breaking

Friday, October 04, 2013

Katak Serupa 'Alien' Lepas Makan Kelawar!


Assalamualaikum!~


Renjer hutan di Peru berjaya merakamkan imej unik seekor katak (cane toad) apabila seekor kelawar terbang masuk ke dalam mulut katak tersebut, meninggalkan hanya sayap dan ekornya kelihatan di luar mulut katak itu.


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


sekali pandang ada ghuper peliks jugak katak ni hahahaha~


Ia kelihatan gemuk dan pendek, dengan telinganya berwarna ungu dan terkeluar ke tepi sebelah kepalanya yang berwarna coklat. Lidahnya juga berwarna ungu, panjang dan runcing di hujungnya.

Namun begitu, setelah melihatnya dari dekat, makhluk misteri ini sebenarnya adalah katak tebu yang baru saja berjaya 'memerangkap' seekor kelawar yang terbang masuk ke dalam mulutnya.

Yufani Olaya, renjer hutan yang sedang melakukan tugas rondaan di Taman Negara Cerros de Amotape, memberikan gambar tersebut kepada sebuah blog eko-pengembaraan.

Phil Torres, seorang ahli biologi dan penulis blog menulis: "Kami tidak pasti sejauh mana ini menjadi kebiasaan, tetapi apa yang kami pasti ialah kemungkinan ini adalah gambar seekor katak tebu yang sedang menelan seekor kelawar."

Bagaimanakah mungkin seekor katak tebu yang gemuk dan pendek boleh menangkap seekor kelawar?

Olaya memberikan jawapannya dengan mengatakan bahawa  " dengan tidak semena-mena kelawar itu terus terbang masuk ke dalam mulut katak itu, yang kelihatan seperti ingin duduk bila mulut katak itu terbuka." 

Sesetengah kelawar memang biasa memburu mangsanya yang berada di tanah.

Bila ditanya adakah katak tebu itu berjaya menikmati 'hidangan besar' nya hari itu, Olaya menjawab "tidak" dan menambah bahawa kelawar itu berjaya melepaskan dirinya.

" Akhirnya, katak itu mengalah dan meludahkannya kembali. Saya mulanya menyangka kelawar itu sudah mati, namun perlahan-lahan ia bangun dan terbang dari situ. Saya yakin ia tidak akan membenarkan pisang berbuah dua kali."
Mungkin itu juga yang difikirkan oleh si katak itu.

Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit


source: HERE

24 comments:

  1. ade gupe mcm dracula pon ye hehehe

    ReplyDelete
  2. ngeri...geli akak tengok katak nie..klik ikea satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenit pun geli kak hehe. Thank you kak (^_^)

      Delete
  3. Uhh mengerikan.. ekor kelawar tu dah mcm lidah katah huhuu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..kombinasi yang menggerunkan tapi kreatif gak hehe :D

      Delete
  4. Hehehe..nampk mcm kata tu ada sayap kt kepala je..=D

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kalu pesen gini lagi geli kan aiza (^_^)

      Delete
  6. Assalamualaikum.. Salam perkenalan :) Ros singgah sini dan follow..
    menakutkan pula tengok katak tu jadi macam ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ros...

      salam perkenalan juga.. Terima kasih nanti kenit follow ye.(^_^)

      Delete
  7. Salam kenal sis..

    Terjah lepas jenguk blog Kisah Si Diary hehehe.. Adoii.. Mmg ngam cameraman nih amik gambor time gini hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal mysha..

      terima kasih sudi singgah sini...beruntung cameraman tu kan hehe (^_^)

      Delete
  8. macam seksa pun ada tgk nie..
    hehe..
    besar btuil mulat katak nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelawar tu yang seksa terperangkap dalam mulut katak hahaha

      Delete
  9. he3..boleh plak mcm 2 ye =) mula2 tgok gmbar 2 plik la juga..rupanya kelawar msuk dlm mulut dia..

    ReplyDelete
  10. ingatkan katak tu pasang spoiler nak bagi areodinamik hehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.