Breaking

Thursday, November 28, 2013

Amalan Menyambut Hari Lahir Dalam Islam.


Assalamualaikum!~

Perkara paling menggembirakan dalam hidup seseorang adalah ketika dia dilahirkan ke dunia dan ketika dia menyambut hari lahirnya. Setiap kali kita melangkah ke satu tarikh baru, kita sebenarnya semakin menjauhi dunia ini, dan semakin mendekati kematian. Mengapakah hari lahir dikaitkan dengan kematian? Kerana semakin matang usia kita, sebenarnya semakin suntuk masa yang kita ada di dunia ini.

Pelbagai cara yang kita lakukan untuk menyambut hari lahir. Ada yang menjamu rakan dan taulan, ada yang pergi bercuti, ada yang buat parti dan macam-macam lagi. Apa pun bentuk sambutan hari lahir, perlulah kita sentiasa bersederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membazir apatah lagi jika ia melanggar batas-batas syarak. 

Sekali dalam setahun je ... takkan tak boleh nak happy-happy sikit?

Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa gembira dalam menyambut hari lahir, namun bagaimanakah pula pengisiannya terhadap diri kita? Semakin meningkat umur, maka semakin banyak yang perlu kita perbaiki dari segi amal ibadah dan perkara lain. Kita tidak dapat lari dari membatasi kegembiraan kita dengan batas-batas syarak kerana Islam adalah cara hidup kita.

Sebagai orang Islam, perlulah kita menilai dahulu bentuk sambutan yang bakal kita adakan supaya kita tidak melepasi sempadan yang dibenarkan. Paling penting, kita tidak menyerupai kaum lain atau agama lain, seperti Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”
Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibn Hibban


Memotong kek hari lahir tidak salah. Namun begitu, amalan membuat hajat dan meniup lilin sebelum memotong kek itu tidak terdapat dalam ajaran Islam. Begitu juga, menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You' seperti yang biasa dinyanyikan oleh orang-orang di negara Barat.


Asal usul buat hajat dan meniup lilin 

Orang-orang Yunani (Greek) kuno meletakkan lilin di atas kek sebagai satu tanda simbolik memperingati dewa-dewa bulan Yunani iaitu Artemis. Mereka membuat cake berbentuk bulat simbol kepada bulan. Lilin-lilin di letakkan sebagai gambaran kepada cahaya bulan.

Lilin pada kek menjadi tradisi tersohor di Jerman suatu masa dulu. Dikatakan bahawa, mereka meletakkan lilin besar di tengah-tengah kek sebagai simbol "the light of life" (penerang hidup).

Sebahagian mubaligh percaya asap dari lilin akan membawa pergi bersama hajat dan doa mereka kepada dewa-dewa yang tinggal di langit. Ada juga yang percaya bahawa meniup lilin dengan sekali nafas akan membawa tuah kepada empunya diri dan asap lilin mampu menghalau semangat jahat.


Bersederhana 

Kita mungkin menyangkal sekeras-kerasnya pernyataan dengan mengatakan bahawa kita tiada niat untuk meniru mana-mana perlakuan yang menyerupai kaum atau agama lain. Kita sekadar ingin memeriahkan suasana dan make it happening! 

Seharusnya kita mengikut garis panduan yang telah disediakan agar tidak melampaui batasan kerna itulah cara hidup Islam yang menuntut kesederhanaan dalam semua perkara termasuk dalam bab menyambut hari lahir yang dilihat oleh sesetengah masyarakat sebagai perkara kecil dan sering diambil mudah.


Menyambut Hari Lahir

Islam tidak melarang menyambut hari lahir asalkan kita menjaga adab tata tertib dan pengisian yang boleh didapati dari majlis tersebut supaya ia tidak menyerupai kaum lain atau agama lain.

  • Tiada percampuran antara lelaki dan wanita, pergaulan bebas, meminum arak, mendedahkan aurat dan tari menari. 
  • Tidak melupakan yang WAJIB iaitu solat. 
  • Tidak membelanjakan wang yang banyak untuk majlis sambutan hari lahir. Sebaiknya, raikan bersama anak-anak yatim atau fakir miskin dengan menjamu makan dalam cara yang sederhana.

Tujuan sebenar 

Dalam kita ingin meraikan nikmat dipanjangkan umur bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga perlu mendalami maksud dan tujuan sebenar Allah memanjangkan usia kita sejauh ini. Raikanlah hari lahir dengan penuh kesyukuran dan merendah diri kepada Pencipta sekelian alam.

Bila tibanya tarikh lahir, ia adalah titik muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada kita.

Justeru, sekiranya kita ingin memperolehi keberkatan dalam menyambut hari lahir seperti mana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan, perlulah kita mengikuti adab-adabnya :


 Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira

  • Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah: 

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 

(Ad-Dhuha: 11)


Berbuat baik terhadap ibubapa

  • Sebagai anak, jangan sesekali kita melupai jasa dan pengorbanan mereka dalam melahir, membesar dan mendidik kita. Bukan kita sepatutnya yang berhak menerima hadiah tetapi kita sebenarnya yang patut memberi hadiah kepada ibu kita sebagai tanda kasih sayang kerana dia bersusah payah merasai kesakitan melahirkan kita. Dan, setiap kali solat mohonlah kepada Allah agar memberkati hidup kedua ibubapa kita dan agar dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.


Doa-mendoakan antara satu sama lain

  • Gantikan lagu dengan doa. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.



Mengadakan jamuan yang sederhana

  • Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.


Mengadakan majlis tazkirah ringkas

  • Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.


Memberi hadiah

  • Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: 



“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”



Muhasabah diri

  • Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.



Allahuakbar, syukur alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk berada dalam jasad ini. Terima kasih ya Allah di atas kesempatan dan peluang yang Engkau kurniakan padaku. Terima kasih di atas segala nikmat dan kesenangan yang Engkau berikan padaku sejak dari dalam perut ibuku. Terima kasih di atas setiap hela nafas dan pancaindera yang sempurna yang Engkau anugerahkan untukku. Terima kasih di atas rezeki dan makanan yang Engkau kirimkan sepanjang umurku ini.


Sungguh terlalu banyak rahmat yang Engkau limpahi ke atas diriku, dan masih terlalu sedikit pengabdianku kepadaMu ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku yang silam dan di masa akan datang. Sungguh aku terkadang tewas bila digoda dan rebah bila dugaan melanda. Tetapi, rahmatMu tidak pernah putus untukku. Terima kasih ya Allah di atas peluangMu untukku. Ku mohon janganlah Engkau putuskan rahmatMu ke atas diriku dan keluargaku. Aaaamin ya rabbal 'alamin.

Diriku Officially Thirty .... 

Wallahualam

13 comments:

  1. Thanks 4 sharing kenit.. sambut secara bersederhana ja la kan.. ;p

    ReplyDelete
  2. sekarang memang tak sah kalo takde lilin..memang bukan cara islam tu..

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing..ade gak penah degar pasal tiup lilin tuhh

    ReplyDelete
  4. betul tu..family saya jarang sangt nak buat mcm ne tau..hahaha

    ReplyDelete
  5. kalau nk ikutkan mmg buat wish pastu tiup lilin tu salah,
    nasib baik ler shark x pnah buat semua tu.
    stakat ni kalu besday party buat kenduri jer,
    buat makan-makan.
    x perlu kek pn tetap meriah :)

    ReplyDelete
  6. nak sambut tu berpada pada..jangan lari dari cara orang islam sudah la kan..nice info kenit...

    ReplyDelete
  7. thanks for the info..nanti nak sambut hari ulangtahun kelahiran anak IbuNoey..dan memang plan tak nak letak lilin atas kek..;)

    ReplyDelete
  8. nice sharing......today my birthday....boleh dijadikan panduan....

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete
  10. Betul tu kenit.. apa pun pengisian itu yg sgt penting.. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  11. thanks sharing.. ika klau time hari jadi tak buat apa-2 pun, wish bufday pun xda..hehe

    ReplyDelete
  12. soon, my birthday. thanks for info.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.