Assalamualaikum!~
Rasanya masih tidak terlambat untuk kenit ucapkan salam maal hijrah 1435 kepada semua sahabat kenit di sini. Semoga di tahun baru ini, kita sematkan dalam hati azam baru untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan amal ibadah kepadaNya insyaAllah.....
Dan, pada tarikh 1 Muharram 1435 ini jugalah menjadi tarikh bersejarah bagi anakku yang sulung kerana buat pertama kali dalam hidupnya, dia berjaya menghadapi 'ujian' itu dengan baik sekali! muehehehe.
Putih bersih gigi kakak ...takda rosak aperpun. Cuma 'soket' gigi dah longgar hehe. Ingatkan kakak nangis kalau gigi luruh, ni ibu tengok macam takda perasaan je! Pastu sambung main.....ko hado?? ekekeke.
Dah 2 minggu lebih dah rasanya kakak komplen kata giginya goyang-goyang. Ibu kata jangan diusik gigi tu, jangan menggatai pi goyangkan ngan lidah. Agaknya syok sangat kot goyang-goyangkan gigi tu macam syok menggentel bantal bushuk kan.
Bila ditanya sakit ke tak gigi tu bila goyang-goyang? kakak kata tak sakit cuma rasa macam dah 'longgar' je hehehe. Tengahari tadi, tengah dok galak bermain dalam bilik tetiba kakak kuar dan meluru terus ke arah ibu sambil tunjuk benda putih kecik.
"apa ni kak?"
"gigi .... kakak"
"aaahhhhhhhh! anak aku luruh gigiiiiiiiii!"
Tanjat gegurl dibuatnya! 1st time anak tunjuk gigi depan ibu hahahaha. Tak tahu nak react camner, selamba badak je kakak hulur sebatang gigi kapak bawahnya pada ibu. Terkebil-kebil ibu tengok .... betul ke anak aku ni??? muahahahaha.
"buuu...kalau gigi kakak dah tanggal maknanya kakak dah besar kan?"
T___________________________T
salam maal hijrah..
ReplyDeletesalam maal hijrah ika (^_^)
Deletehahaha...kesian dia :0
ReplyDeletetakde maknenye kesian... dia sendiri cam takda perasaan tengok gigi luruh hehe :D
DeleteSelamat tahun baru...
ReplyDeleteSelamat tahun baru abg khairuddin :)
Deleteteringat sakit gigi...memg sakit...
ReplyDeletetau takpe, orang kalau gigi sakit sentuh cuit bahu pun tak boleh kan hehehe :D
Deleteselamat still budak2..gigi still boleh tumbuh..kalau orang dewasa dah satu hal nak buat gigi palsu hehe
ReplyDeletealamakkkkk kenit pun ada satu lagi gigi susu ni .... kat depan pulak tu!
Deleteyeaa.. kakak dah besar... :)
ReplyDeletehahahaha ye la besar sangatttt! :D
Deletesoalan last anak kenit tu memang terbaik dari ladang. hehehe....
ReplyDelete>_____<
hehehe tu yang nak nanges dengar tu :D
DeleteWah.. pandai timing gigi tu nk tercabut hehee.. Salam Maal Hijrah & salam Muharram.. :)
ReplyDeletetakyah tunggu timing, kakak sendiri gatai pi cabut hehe. Salam maal hijrah ye abg khir (^_^)
Delete