Breaking

Tuesday, November 26, 2013

Kek Lapis Sarawak.


Assalamualaikum!~

Best keje cam Pak Jelan, dapat travel satu Malaysia! Walaupun atas dasar tugas rasmi, tapi kalau sekadar nak menyinggah beli cenderahati ke, makanan tempatan ke no problem insyaAllah. Tu yang syok tu kan! hehe

Minggu lepas, Pak Jelan pergi ke Kuching, maka sempat jugak la dia 'rembat' Kek Lapis Sarawak pelbagai perisa. Setiap kali pergi sana, tak sah kalau tak membeli kek lapis yang diusahakan sendiri oleh penduduk tempatan. Tapi, nak mencari yang sedap dan tak muak memang susah sikit la. Kita pun dengar-dengar je cakap orang kek ni sedap kek tu sedap. Tapi, bila makan sendiri .... hampeh! Akhirnya, terbuang begitu je la kek tu. 



Stok kek lapis paling banyak pernah dimiliki! hehe

Tudiaaaaa! macam nak buat kenduri dah kenit tengok. Terbeliak mata nengok Pak Jelan bawak balik satu kotak kek lapis pelbagai perisa! Hamik ko! hehehe. Geleng paler kenit tengok pe'el Pak Jelan ni. Dah la yang makannye pun dua mulut je. Bebudak ni mana nak hadap sangat kek-kek macam ni.

Hari tu Pak Jelan beli 8 biji kek lapis Sarawak. Tak tertelan kalau kami berdua je makan, so we decided to bring it back to Melaka, share ngan Wan dan Atok (^_^).


Kek Lapis Coklat

Adoiiiii lupa plak dah apa nama kek ni haha. Tapi, sedapnya subhanallah!

Kek lapis coklat ni memang perrghhh! Yang gelap-gelap tulah kepingan coklatnya! Ada rasa butter dan kemanisan coklat yang sangat optimum. Namun begitu, ia tidak menjejaskan keseluruhan rasa kek lapis ni. Tekstur lembut bangat! hehehe. Orang takda gigi pun boleh makan ... bak kata pepatah 'cair dalam mulut' hahaha. Iye dik nonnn ... kalau korang menyinggah sana beli la kek coklat ni. Sodap yo!


Kek Lapis Oreo



Hok ni memey sedak ar! Biskut oreo memey buleh dibuat macam-macam, dan dalam pembuatan kek lapis pun tak terkecuali. Korang yang takut nak makan manis-manis, tak perlu takut dengan kek oreo ni. Kemanisan adalah sangat terkawal. tu pasal kami makan tak pandang kiri kanan dah! hehehe.


Amboiiii! sengih-sengih Mira tengok kek kegemarannya.

Kalau sebelum ni, Pak Jelan bawak balik kek lapis mesti tak habis! Pasaipa? Pasai ada kek yang manis sangat! Manisnya menyakitkan tekak tau. Tapi, alhamdulillah kali ni kek lapis yang Pak Jelan beli ni memang deabak (terbaik)! hehe. Tengok, Mira pun dah pandai makan .... ada oreo ... lagi dia layan!


Kek Lapis Masam Manis



Kek ni adalah KEK WAJIB setiap kali membeli. Memula dulu, kami pandai makan kek lapis masam manis je hehehe. Tak berani nak mencuba perisa lain. Kek lapis masam manis ni tak semanis kek yang kami beli dulu. Sedang elok je manisnya. Seriously, sumer kek lapis ni tak melampau manisnya! Sebab tu Pak Jelan berani amik sampai 3 biji sekali! hahaha.


Kek Lapis Osama



Apa pasai dia panggil 'Osama' kenit pun tak dapek nak jawab hehe. Tapi, kalau korang tanya sedap ke tak, kenit ada jawapannya. Memang SEDAP & BERBALOI! Ada rasa limau (orange) diselang selikan dengan perasa coklat. Fuhhh! Tak muak kalau makan macam ni punyer best!


Kek Lapis Cheese Icecream

Pelangi senja hehe

Cantik kan?? rasa taknak makan je sebab cantik sangat hehe. Tapi, sedap sangat kek ni. Kombinasi warna yang memang memikat hati dan tekak sesiapa yang melihatnya. 

Satu lagi pasaipa kenit terpikat sungguh ngan kek lapis Sarawak yang Pak Jelan beli ni? 

  • Tekstur lembut - lembut tapi tidak rapuh dan tidak mudah hancur. Tu yang best tu! Terletak elok je kalau kita pegang. Sangat sesuai untuk semua lapisan umur.
  • Lembap (moist) - kebanyakkan kek lapis kat Sarawak memang moist, tapi pengalaman kenit dulu, bukan takat moist je tapi BERMINYAK pun ada. Terlebih moist kot! Berbeza dengan kek lapis yang terbaru ni, kelembapannya terserlah dan of course TIADA MINYAK berlebihan bila kenit picit kek tu. So, bila masuk dalam tekak tak la rasa tersekat-sekat kan.
  • Corak & Rasa - Walaupun 'design' kek lapis ni tak se'vouge' kek lapis popular yang lain tapi, bagi kenit ia tak menjadi masalah pasai rasanya saja dah berjaya menambat hati kami sekeluarga! Rasanya pun tak manis sangat, sedang-sedang elok aje ... sedap!


See!see! elok je lapisan kek tu terpisah.


So, jika kita nak uji samada kek lapis tu berkualiti dan sedap, kita buat sedikit test untuk membuktikannya hehehe. Test ni kenit sendiri-sendiri je buat, biasa kalau kita beli kek lapis yang kat pasaraya punyer,  bila kita 'pisah'kan antara lapisan ia akan hancur atau 'pecah'.

But, for this kek lapis memang ternyata antara lapisan tu tak hancur atau 'pecah'. 

Test passed with flying colors! (^_^)

Kek lapis yang Pak Jelan beli kali ni memang lain dari yang lain dan superb!! Pakejnya lengkap dengan sedapnya, lembutnya, tidak berminyak! Paling penting makan banyak kali pun tak muak! Sumer kek lapis di atas ni habis licin kami bedal dalam masa dua hari je! bahahahaha.

Mesti ada yang nak tahu kat mana Pak Jelan beli kek-kek ni sumer kan? Pak Jelan cakap dia beli kek lapis ni kat rumah. Maknanya, perusahaan kek lapis ni dibuat di rumah aje. Kalau tak silap kenit nama pengusaha tu Dayang. Tapi, BUKAN Dayang Salhah ye, ni cuma DAYANG aje. Rumahnya kalau tak silap kenit di Taman Samudra. Lupa pulak kenit nak mintak Pak Jelan amikkan gambonya hehe. Orang Taman Samudra mungkin tau kot :D.

22 comments:

  1. yang oreo tu memang menarik la!!yg lain tu dah selalu sgt makan..just oreo tu firstime tgk hehe.
    akk...sye klik iklan hotlink akk ye^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira ok la tu ezyra, akak ni kecuali masam manis ... yang lain baru 1st time merasa hehehe. Akak balas singgah nanti ye (^_^)

      Delete
  2. banyak nye kek lapis . macam lapar je tengok . selalu nak beli rasa macam tak berbaloi sebab mahal dan takot tak sedap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang ni sangat berbaloi dengan rasa dan nilainya risha. Kenit memang cerewet kalau kek terlampau manis ni, jadi kalau terlampau manis atau terlampau berminyak memang reject awal2 la hehe.

      Delete
  3. dulu-dulu pernah rasa kek ini bila my ipar tinggal di Miri...dah lama tak rasa kek lapis.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cam tu lagi senang nak makan kek lapis ye kak :D

      Delete
  4. sedapnye kek lapis de biskut oreo

    ReplyDelete
  5. amboih dia , ayat putis abeh .. Kira boleh di bayar untuk buat iklan kat tv dah ni .. hehehehe .. Pssttt !! sis pun dah naik juling plus terbeliak mata tengok stok kek lapis tu , siap hat dah dipotong-potong . Tunggu masuk mulut ja , tapi sayangnya hanyalah gambar . . Huhuhuu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ini review ikhlas dari hati tau. Kalau tak sedap kenit takkan publish kat blog hehe :D

      Delete
  6. yg atas sekali.. ada lapis gn coklat.. kek lapis india :)
    kek lapis yg di beli dr rumah mmg lebih sedap.
    sedap mereka lebih senang nak jaga kualiti :D
    kek lapis sarawak mmg manis. sbb tu aefa tak suke. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? akak ingat2 lupa plak nama dia, tapi rasa dia memang sedap kan. Betul tu aefa, kek yang dibuat di rumah lebih sedap (pada pandangan kenit).

      Delete
    2. aah.. aefa kan org s'wak :D aefa mkn kek lapis india tu je. yg lain tak. hehe

      Delete
  7. Uii.. sedap tu.. kek lapis sarawak mmg best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik setakat ini yang kenit pernah jumpa (^_^)

      Delete
  8. wah semua nampak sedapp.. abg ika slalu juga beli bila balik dri sarawak..:)

    ReplyDelete
  9. Kek lapis sarawak mmg sedappppp!!!!!! =D

    ReplyDelete
  10. dah lama tak makan kek lapis. masa study kt kuching dulu memang senang je nak cari kalau nak makan.murah pulak tu.hehe..

    ReplyDelete
  11. Boleh x saya dpt kan contact number Pak Jelan?

    ReplyDelete
  12. Kalau tak silapnama kedai Kek lapis desa wira, No 730, Lorong 16, Taman Desa Wira, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching Serawak. 0146999237 0138207759

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.