Assalamualaikum!~
Alkisahnya, kenit join one small giveaway by +Eyriqazz GTO malam kelmarin. Kenit dikehendaki share entri {INI} di wall Facebook kenit. Kemudian, kena hantar permalink yang dishare tu ke bahagian komen di fanpage di {SINI}. So, dengan bangga dan konfidennya kenit pun share la. Tiba masa nak copy permalink ... tetiba, "aik! kat maner nak ambil link ni?" haaa haha.
Orang dulu-dulu kata 'malu bertanya sesat jalan'. Maka, kenit pun bertanyala pada rakan blogger lain cam maner nak buat tu. Salah seorang yang sudi menjawab pertanyaan kenit adalah Kak Julia Johari. Kak Julia pun join giveaway tu (^_^).
Nama je ada akaun Fb , taip tak reti-reti nak ambil permalink dari timeline di FB hehe. Mujur Kak Julia faham soalan dan sudi membantu kenit malam tu. Terima kasih Kak Julia (andai kak terbaca entri saya ni). Oleh kerana kapasiti memori kenit tak berapa nak besar, maka ada baiknya kalau kenit buat satu tutorial tentang ni hehe.
Andai nanti kena share lagi permalink di FB, takda la kenit kalut nak tanya soalan yang sama kan hehe. Korang mesti ramai yang tahu camner caranya kan. Tapi, kalau ada yang 'sekapal' ngan kenit, tak tahu pasal benda ni bolehlah kita study sama-sama kat sini yek! (^_^)
Contoh entri kenit ambil dari blogger +Eyriqazz GTO je la yek. Tumpang lalu jap En. Iman hehe.
Cara-caranya:
1. Klik 'Kongsi' dan share macam biasa la di timeline kita.
2. Klik kat masa/tarikh kita share pautan tersebut (macam gambar di atas).
3. Nampak tak link dalam kotak merah di bawah ni? Itulah permalink yang kita cariiiiii! hahaha.
Bila dah dapat permalink tu, boleh la kita copy --> paste permalink tu di mana-mana yang berkenaan dan siap!! hehe
Benda kacang ijau macam ni pun kenit boleh tak tahu kan. Bila dah buat tutorial ni, senangla nak refer next time kalau terlupa hehe. Maka, berjaya la misi kenit nak belajar cara-cara dapatkan permalink dari FB.
Dan, alhamdulillah berkat kesabaran dan kesudian untuk belajar benda baru (bagi kenit la), kenit terpilih menjadi salah seorang dari 3 orang pemenang yang memenangi RM10 dari blogger +Eyriqazz GTO. Terima kasih En. Iman dan CMC! (^_^).
Terima kasih pada Kak Julia kerna sudi membantu kenit, dan terima kasih pada blogger +Eyriqazz GTO & CMC kerna memilih kenit sebagai salah seorang pemenangnya.
Tahniah
ReplyDeleteTerima kasih hehe :D
Deletepatutla akak tak dapat hehehe...rupanya salah cara kita share kan...adoyaiii
ReplyDeletehahaha kak aida pun sama cam kenit ke? hehe takpe kak, pasni kita boleh buat dah :D
Deletethanks for the tutorial kak
ReplyDeleteno problem dear (^_^)
DeleteWah tahniah kenit.. rezeki.. ;)
ReplyDeleteterima kasih dear :)
DeleteTahniah.. semoga terus sukses.. :)
ReplyDeletealhamdulillah same to you abg khir (^_^)
Deletenice sharing..:)
ReplyDeletehehe mekasih ika (^_^)
Delete