Assalamualaikum!~
Entri kali ni memang panjang, sebab ia menunjukkan kenit ambil serius berkenaan permasalahan ini! Sebagai antara ibu yang sering menghantar anak-anak ke taska, kenit ingin sekali berkongsi dengan anda tips-tips memilih taska dan bagaimana melakukan survey sebelum menghantar anak kita ke sana. Ini berdasarkan pengalaman kenit sendiri. insyaAllah.....
Bukan semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bermasalah seperti yang kita baca dalam dada akhbar. Namun begitu, sebagai ibubapa yang prihatin perlulah kita mengambilkira segala aspek yang melibatkan kebajikan dan perlindungan anak-anak kita.
Sememangnya, kedua-dua tempat (taska atau rumah pengasuh) mempunyai pro dan kontra masing-masing. Ada yang merasakan lebih selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh, dan ada juga yang berpendapat menghantar anak ke taska lebih memudahkan proses pembelajaran anak-anak itu sendiri.
Faktor mengapa ibubapa memilih taska untuk anak-anak mereka :
- Kemudahan di taska lebih baik dengan ruang yang lebih besar.
- Kanak-kanak dapat bergaul dan bercampur sekaligus meningkatkan kemahiran bersosial mereka.
- Anak-anak akan lebih berdikari dan tidak akan menangis apabila melihat ada rakan sebaya bersama mereka.
- Taska hanya akan tutup pada hari Cuti Awam.
- Yuran lebih murah dan fleksibel bagi ibubapa.
Pun begitu, sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kejadian penderaan bayi/kanak-kanak yang mengaitkan taska sering menjadi 'santapan' di dada-dada akhbar. Maka, ada yang berpendapat menghantar anak ke rumah pengasuh adalah langkah tepat dan betul.
Faktor mengapa ibubapa memilih rumah pengasuh untuk anak-anak mereka :
- Privacy. Sesetengah ibubapa mahu pengasuh memberikan tumpuan yang lebih kepada anak mereka supaya kebajikan anak tidak terganggu bila ibubapa sibuk bekerja.
- Keselesaan. Anak-anak tidak perlu bersesak sesak atau berebut mainan dengan rakan sebaya.
- Anak-anak akan cepat mesra dengan pengasuh dan ini akan memudahkan pengasuh untuk mengasuh mereka.
- Sesetengah pengasuh tidak kisah jika ibubapa lambat mengambil anak kerana tuntutan kerja.
- Pengasuh tidak kisah jika perlu menjaga anak pada waktu malam (ibubapa keje syif)
Jika anak anda macam tak berapa suka nak pergi ke taska, tanyakan kenapa. Jangan ibubapa buat dekkkkk je kalau anak-anak nangis! Tolong DENGAR apa yang anak-anak cuba cakapkan. Lagi satu, sebelum anda bersikap TIDAK PERCAYA dengan anak anda, siasat dulu samada anak anda bercakap benar atau tidak.
Perubahan yang boleh dilihat pada anak-anak :
- MENANGIS - tanda ni sangat obvious pada kanak-kanak yang SETIAP KALI dihantar ke taska, dia akan menangis. Ada yang menangis-nangis dari dalam kereta sampai ibubapa terpaksa mengangkat/mendukung anak masuk ke dalam taska.
- LEBAM/BERBIRAT - tanda-tanda lebam/berbirat di bahagian tertentu tubuh anak WAJIB kita ketahui puncanya.
- LAPAR - asal balik je ngadu lapar. Bila ditanya makan apa kat taska dia kata waktu tghari makan nasi, petang makan biskut kering cicah air teh! Husnuzon je la kot2 kalau anak kita ni memang jenis kuat makan.
- MENGIGAU TERUK - Anak nangis-nangis dalam tidurnya di waktu malam. Meracau-racau dalam sehingga terganggu tidurnya. Ibubapa mungkin beranggapan ia cuma mimpi saja.
- BERSENDIRIAN/PENDIAM - Anak-anak akan bersikap menyendiri dan tidak seceria dulu lagi. Apatah lagi, jika ibubapa tidak mahu mencuba untuk mendengar keluhan si anak tadi.
- ANAK TAK MAHU - Akibat dari trauma yang dihadapi si anak di taska, dia akan kerap bertanya bila boleh cuti dari pergi taska. Anak kenit sering tanya soalan ni dulu di taska lama. Bukan sebab taska lama tu mendera kanak-kanak, tapi kakak kata sebab taska tu bosan!
Oleh kerana, kes penderaan bayi/kanak-kanak di taska mendapat perhatian dari semua pihak maka, setiap orang mempunyai peranan untuk memastikan anak-anak kita tidak menjadi mangsa penderaan samada di taska atau di rumah pengasuh. Justeru, beberapa aspek perlu dilihat sebelum kita membuat pilihan yang betul dan sesuai.
- Semak status taska dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pentingnya kita hantar anak kat taska berdaftar ini untuk menjamin keselamatan mereka. Sekiranya, berlaku insiden yang tidak diingini membabitkan kanak-kanak, misalnya penderaan. Maka, kementerian boleh mengambil tindakan ke atas taska tersebut.
- Mudah bagi kementerian melakukan pemantauan kerana ia mempunyai garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP).
- Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska swasta yang berdaftar dengan JKM serta mempunyai pendapatan isi rumah perkapita RM500 dan ke bawah boleh memohon subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak sebanyak RM250 bagi anak berusia di bawah empat tahun.
Sebagai ibubapa juga, kita mempunyai hak untuk memilih taska yang sesuai untuk anak-anak kita. Selain dari memeriksa status dengan JKM, kita juga kena lakukan beberapa pemerhatian dari segi :
- Buat survey sebelum mendaftarkan anak. Lakukan 'rondaan' di sekeliling taska. Masa kenit di taska lama, diaorg tak bagi parent masuk dengan alasan keselamatan. So, actually kenit tak tahu kat mana budak2 ni ditempatkan.
- Ibubapa kene banyak bertanya pada pemilik taska. Tanyalah apapun berkaitan taska, jaminan keselamatan baik dari segi makanannya, siapa yang menjaganya, adakah orang lelaki turut berada dalam taska tersebut? kalau ada berapa orang? dan sebagainya.
- Biasanya, pengasuh di taska kalau yang muda-muda (tidak semua) cenderung untuk cepat marah berbanding pengasuh yang dah separuh umur atau pangkat makcik/nenek. Itu pendapat kenit, lain orang mungkin berbeza.
- Dapatkan pendapat dan testimonial dari ibubapa lain yang dah pernah hantar anak-anak mereka ke taska tersebut. Penilaian dari ibubapa yang lepas sangat membantu dalam kita membuat keputusan.
- Yang ni tak tahu samada semua orang setuju atau tak. Jika segala feedback dari ibubapa lain ok dan memuaskan hati, try hantar anak di situ. Lihat jika terdapat sebarang perubahan pada anak kita. Jika selalu menangis, tanyakan padanya dan siasat. Jangan diam aje!
Sekarang ni, banyak dah jabatan atau syarikat yang sediakan taska untuk anak staff yang bekerja di situ. Beruntunglah korang ...! tak perlu bersusah payah mencari taska di luar. Pergi keje ngan anak, balik keje pun ngan anak. Time lunch boleh jenguk anak dan kemudahan sebegini sangat membantu bagi ibu-ibu yang masih breastfeed.
Berhubung kes penderaan kanak-kanak di taska tu, banyak yang upload video di Facebook. Kenit tak sanggup tengok! Sedih sangat anak2 kecil diperlakukan sebegitu. Boleh jadi trauma tau dak! Dengan mak bapak sekali merasa traumanya! Boleh terencat perkembangan psikologi anak-anak kalau dibiarkan begitu.
Sekali lagi, ingin kenit tegaskan kenit tidak merujuk mana-mana taska secara khusus. Ini adalah pernyataan secara am mengikut kes-kes yang dilaporkan di dada-dada akhbar. Tips-tips di atas adalah berdasarkan dari pengalaman kenit melakukan survey taska dahulu.
p/s: jangan lari dari mendengar keluhan anak-anak kita. Kita bukan saja ibu dan bapa mereka, kita juga kawan baik mereka.
wah bagusnya entri ni...semoga ibu bapa diluar sana kena ambil tahu...
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga entri ini memberi manfaat buat ibubapa (^_^)
DeleteSy dari anak yg pertama ttp stick pada taska yg sama.. alhamdulillah.. servisnya mmg memuaskan.. harap2 berterusanlah mcm tu.. thanks sharing ye.. :)
ReplyDeletealhamdulillah memang ada banyak taska yang baik dan servisnya pun baik (^_^)
DeleteNice info kenit.. Sedang berkira2 nk hntr faiqah ke taska tahn dpn...
ReplyDeleteterima kasih maria, ni sekadar dari pengalaman kenit je. Harap dapat membantu kelak (^_^)
DeleteTips yg sgt2 bagus kenit.. nnti bole guna sebagai rujukan farah.. buat masa nie emir adik farah yg jaga.. lega sikit la..tapi lps nie dh nk pindah kena cari pengasuh la jugak.. hrp nnti dpt la pengasuh yg bagus utk emir..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga tips yg kenit share ni dapat membantu farah n suami cari taska yang baik dan sesuai tuk emir nanti ye (^_^)
DeleteRisau sekarang ni macam-macam kes ngeri dera budak. Anehnya pusat jagaan macam tak serik-serik.
ReplyDeleteye la abg ridwan ... risau sgt dengan 'trend' dera budak2 skrg ni. Ibubapa letak sepenuh kepercayaan pada diaorg tapi dibalas dengan kesakitan. Yang jadi mangsanya anak-anak.
DeleteAlhamdulillah anak aku dijaga oleh mak sedara aku sendiri... masa nak beli rumah dulu mmg dah fkir smua perkara ni... sbb tu beli rumah dkat area umah mak sedara yg sudi nak jaga ank... ank plak suke jer g umah mak sedara sbb kat sane diorang manjakan dia lebih... yg hantar ank kat taska tu harap berhati2 lah ehh... buat survey dulu mcm yg kenit ckp tu...
ReplyDeletealhamdulillah bro beruntung sangat dapat mak sedara yang boleh tolong jagakan anak. Bila dah ada anak ni, bab mencari pengasuh adalah perkara penting yang kita kene fikirkan dulu. Kalau tak kita kat opis ni memang tak senang keje dibuatnya.
Deleteemm dah banyak sgt dengar pasal dera kanak-2 di taska..harap tip ni membantu ibu bapa di luar sana ye..nice info :)
ReplyDeleteinsyaAllah ika, mudah2an dapat bantu sedikit sebanyak.
Deletesusah jugak ye kenit nak cari taska untuk anak kita..Risau jugak tak sesuai dengan anak anak...bagus tips kenit nie..
ReplyDeletememang susah jugak kak aida. Kita tak tahu samada taska tu sesuai ngan anak kita ke tak. Selamat ke tak. Sebab tu kita kene wat survey sebelum masuk taska. Semoga tips2 ni memberi manfaat.
Deleteinfo y bagus..saya anta ank ke rumah pengasuh sbb keje biasanye kena stayback..work alone..huhu..
ReplyDeleteAlhamdulillah kak Mar, kalau anak kita serasi ngan pengasuh lagi bagus kan. Senang hati kita bila bekerja :)
DeleteWaaaaa.. Tips yang bagus ni.. Eraz harap kita semua berwaspada dan memilih taska atau nursery yang terbaik untuk anak-anak kita.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah harap2 dapat menjadi panduan pada yang berhajat nak hantar anak ke taska. Kalau tak banyak sikit pun jadi la kan Eraz hehehe.
DeletePanduan yang berguna ....Untuk anak yang pertama saya hantar berdasarkan pengalaman kawan2 yang rekomen taska untuk anak2 mereka ....tapi kenacheakla juga anak kita di sana .
ReplyDeleteye la abg azahairi, recommendation dari kengkawan memang mempengaruhi keputusan kita. But, like u said pemantauan kita kene buat jugak kan :)
Deletesangat bagus sekali entri ini menjadi panduan ^_^
ReplyDeleteterima kasih kerna sudi menyinggah dan baca ye Acik :)
Deleteterima kasih kenit.. sangat2 membantu. fina juga pernah buat benda yg sama demi keselamatan dan kesihatan anak-anak. satu yg fina nk share kita bleh selalu guna teknik 'Bertanya Allah Dahulu'.. in shaa Allah segalanya akan berjalan lancar dan membuatkan hati kita sentiasa tenang apabila anak dihantar kepada pengasuh.
ReplyDeleteyang penting taska ada lulusan JKM. Kalau anak selesa, kebersihan tergjaga, keselamatn terjamin bayar mahal pun sanggup.
ReplyDeleteSaya tak sedap hati bila penyelia baru taska anak saya ialah LELAKI. Bukan kerana diskriminasi gender atau apa, tapi ntahlah...adakah naluri saya ini salah?
ReplyDelete