Assalamualaikum!~
Hidup di Kolumpo ni, kalau kita tak tahu serba serbi memang payah la nak survive. Kat mana pun kita tinggal, nak tak nak kena tau apa yang perlu dibuat bila kita dalam kecemasan, terutama hal-hal yang melibatkan harta peribadi.
Alkisahnya, macam biasa Pak Jelan akan datang amik aku dan anak-anak setiap kali pulang dari keje. Sepatutnya, Pak Jelan amik anak-anak dulu di taska tapi hari tu, anak-anak tak kelihatan dalam kereta. Ghupernye, kereta 'kebal'ku rosak! Pak Jelan hampir terkandas di persimpangan Jalan Barat, namun syukur Allah 'membawa' kereta sampai ke pejabatku. Kalau tetiba dia terkandas di jalan besar sorang-sorang camno nak buek tu? kalau aku yang kena? issshh!
Nak citer pasai kereta rosak ni 3 hari 3 malam pun tak habis. Bila kereta takleh gerak, kami balik pun naik LRT je la. Budak-budak ni kalau dengar nak naik LRT, kemain suka la diaorg! aku je yang tak lena tido memikirkan 'buah hati' dok 'tersadai' kat opis huhu.
Hari pertama kereta rosak, waktu tu dah petang. Kebanyakkan bengkel dah nak tutup pun. Kalau tow-truck datang diaorg nak parking maner kereta aku ni? Maka, terpaksalah kereta 'kebal'ku 'bermalam' di tepi opis huhu. Keesokannya, kami try cari tow-truck dibantu oleh birasku Abg Wahid. Bila dah deal, kami pun tunggu orang tow-truck tu datang. Bila call, dia cakap on the way, jalan sesak la. Takpe lagi ... kami tunggu. Pas pukul 2pm, dia tak sampai2 lagi, takkan dari kul 10am sesak lagi kot?? kami call balik tanya. Boleh dia kata nak passing je job (towing) tu kat kawan dia pasai dia dok ada kat Sepang lagi. Grrrrrr! Pastu, dia mintak RM100 pulakkkkkk! Grrrrrr! ini macam korang bikin bisnes ka??? mangkuk hayun punyer orang!!! bangsa aku tu...!!!!
Last-last, aku cakap kat Pak jelan takyah amik dia. Itu bukan nak tolong itu nak 'pau' namanya! Kita carik orang lain la. Maka, terpaksa la sekali lagi kereta aku 'bermalam' di tepi opis. Dah la penat nunggu, bengkekkkkk je hati ni nengok perangai macam tu! Kalau awal-awal cakap ada job kat Sepang kan senang???!!! mangkuk tingkat tul!
Hari Jumaat (hari ketiga), aku amik EL. Pak Jelan pun tak keje dan anak-anak pun tak gi taska. Hari tu memang nak plan sungguh nak kasi setel masalah kereta ni. Kami pi balik opis, dan Pak Jelan call orang lain untuk tunda kereta ni. Alhamdulillah, akhirnya ada gak yang sangat profesional nak membantu. Setengah jam je kami tunggu, akhirnya tow-truck sampai.
Encik ni (dalam gambar) amik upah RM70 je! Pak Jelan mintak RM60 tak bagi pulak hehehe. Mungkin itulah hikmahnya kereta aku 'tersadai' selama 2 hari hehehe. Bengkelnya pun dekat je kat seksyen 8 tu ha! Okla tu, at least better than yesterday! Ini orang dah agree nak bayar sekian-sekian harga tapi akhirnya dia bagi alasan taknak datang. Musyuk punya olang!
Nak kena usung weh! |
Sedia dibawa ke 'hospital' huhu |
Mujur ada Kak Mah yang setia menghulurkan bantuan bila aku dalam kesusahan. Dia la yang mengambil dan menghantar anak-anak ku ke taska selama 2 hari ni. Hatta, hari ketiga keretaku ditunda pun aku masih dok pinjam kereta dia untuk bawak aku sekeluarga ke bengkel.
Kereta 'kebal' yang tak berapa nak kebal. Hanya mampu melihat dari jauh huhu. |
Sampai kat bengkel, aku dok tercarik2 jugak bengkel mana yang dimaksudkan tu. Dalam hati dok dup dap dup dap berapa la aku nak kena kali ni! Ini bukan citer puluh-puluh punyer, bole jadik dekat seribu tau! 95% firasat aku mengatakan bahawa, kerosakan berpunca pada clutch plate yang telah pecah! Ceh! ingat aku tau sangat ke natang clutch plate tu muahahaha. Opkos Pak Jelan kasi tau laaaa. Yang aku tau dinner plate dan snake plate (KFC) je la. Tu pun dah naik harga dah! ehehehehe.
'Doktor' yang sedang buat 'operation' hehe |
Terer jugak 'doktor' ni, dia sorang je yang repair kereta. Pak Jelan cakap bukan senang nak bukak dan turunkan gearbox sorang-sorang tau. Oohhh ye ke? hurmmm aku maner tau tu sumer .... ye kan je la, janji kasi betul-betul punyer repair. Ni bukan setakat nak kasi 'sedap' balik bawak kereta tapi demi KESELAMATAN kami anak beranak.
Habis kena barai! |
Akhirnya, masalah sebenar berjaya dikenalpasti! Konfirm clutch plate pecah! Alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! hehehe. Mujur bukan gearbox rosak ...mano nak cokau pulus ribu riban tu???
Ni la ghupernya clutch plate tuuuu! |
Ghupernya spring pada clutch plate dah pecah. Ini kali kedua tukar clutch plate. 1st kena masa kat Perak, Pak Jelan pi tukar pakai clutch plate 1.5. 4 tahun jugak benda alah ni bertahan. Pastu pomen tu cakap "baik u tukar balik 1.3 punya". Kereta 1.3 je tapi pakai 1.5 punyer! Akhirnya, kami tukar balik pada saiz stendet 1.3.
Untuk dapatkan clutch plate baru, Pak Jelan dibawa ke kedai sparepart berhampiran. Yang kami ni tercongok duduk bawah pokok. Harga asal RM175 1 set, tapi dapat kurang RM10 hehe.
Pukul 5pm dia start buat keje, time azan maghrib dah siap! Perghhh! terer sungguh!! Alhamdulillah masalah kereta setel akhirnya! Terima kasih ya Allah. Malam tu kami balik penuh gumbira... or at least aku ngan Pak Jelan la yang happy pun. Bebudak ni tak happy langsung pasai tak dapat naik LRT macam selalu hehe.
p/s: Terima kasih pada kak ipaq (kak umi) dan biras (abg wahid), kak mah dan orang perseorangan yang bantu kami dari menolak kereta ke tepi hinggalah yang ringan mulut bertanyakan seandainya kami perlukan sebarang pertolongan. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Panjang sangat ke bebelanku ini? hey, ini 3 hari punyer compress, dah cukup pendek dah ni hehehehe.
susahkan kalau xde kenderaan..nak bergerak susah gak..huhu..xpe2 tu dah jumpa doktor kan..moga ALLAH permudahkan urusan ^^
ReplyDeletesusah tu tak jugak, tapi sebabkan ada budak2 ni maka pergerakan tu agak memenatkan bagi diaorg. Nak kena jalan kaki jauh sikit kan hehe. Alhamdulillah, kete dah pun ok sekarang (^_^). Terima kasih atas doa dayah mmuuahhh! (^_^)
Deletealhamdullilah dah kereta dah sihat balik
ReplyDeletealhamdulillah, 'kaki' dah baik dah heheh :D
Deleteservice mmg perlu buat kereta.. sepanjang hari dia berkhidmat untuk kita, kadang2 dia nak juga buat hal...
ReplyDeletea'ah la fiza, macam budak2 gak kan kengkadang 'dia' meragam jugak hehe :D
DeleteSapu 100 ringgit sesuka hati ja tanpa buat kerjanya. Ish3. Naib semuanya baik-baik saja :)
ReplyDeletemujur tak kena sapu lagi, kalau tak kita hambat dia ngan penyapu muahahaha :D
Deletekereta rosak ibarat patah sebelah kaki..
ReplyDeletemujur semuanye ok kan..
betul tu kak mar, time kita bujang2 dulu takpe la ni dah ade asokar kecik payah sikit hehehe
Deletedugaan kan sis..
ReplyDeletetanda Allah sayang.... (^_^)
Deletesalam n hai kenit..
ReplyDeleteyess..service its important !!..macam kita jugak hari2 kena service hoho :P
salam roha,
Deletehahahaha lain macam bunyiknya tu :p
syukur akhirnye semua dipermudahkan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semua dah ok (^_^)
Deletepatah kaki kalau tak ada kenderaan.
ReplyDeletetempang sekejap hehehe :D
DeleteNasib baik tak ada apa2kan....memang kena berjaga2 ajer dgn kereta..sentiasa nak kena bawa g spa :D
ReplyDeletespa?? ni bengkel bawah pokok je hehehe. Tuannya yang kene gi spa sebab stress poket dah kuncup! hehehe :D
DeleteAlhamdulillah... itulah.. adat pakai kereta kan... kena sedia aje dgn sgala kmgkinan yg akn berlaku... kalu rasa lain macam cepat2 kena bawa g hospital dia ...
ReplyDeleteye la dear, memang kena bersedia dari segi mental, fizikal dan financial. Kalau tak, tak dapek la den nak nolong hehe :D
Deletesusah jugak kalau longkai perangai macam hampeh...call banyak kali tapi janji kosong jer.....stress tau....
ReplyDeleteye la kak, menduga betul dengan perangai orang cenggitu, tapi mungkin ada hikmahnya kenit dapat yang lebih baik ... alhamdulillah :)
DeletePerkara dah nk jadi, nak buat mcm mana.. alhamdulillah.. dipermudahkan baik pulih tu. Wahh.. dah masuk barang baru, lepas ni dah boleh jenjalan lagi jauh dgn lebih seronok tu hehee.. :D
ReplyDeletetakde maknenye nak jenjalan jauh2 abg khir hehe, nak tekan clutch pun takut2 lagi ni hahaha :D
Deletememang risau kalau kereta rosak ni..susah nak bergerak sana sini kan..ahamdulillah masalah settle da.
ReplyDeletenasib baik da okey..memang ada certain towing ni cekik darah..
ReplyDeletenasib baik x g jauh lg.. huhu.. yg penting semua org selamat
ReplyDelete