Assalamualaikum!~
Alhamdulillah semalam tuto kenit yang {INI} berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda blogger +Yumida Huda di {SINI}. It's a good feeling kalau kita dapat tolong orang lain kan. Dan, lebih penting bila orang faham apa yang kita cuba nak sampaikan hehe. Kalau tak faham, kita pun jadi tak senang hati kan.
Style letak iklan di dalam blog ini berbeza-beza bagi setiap blogger. Kalau yang jenis pandai main ngan coding ni, memang takda hal nak letak iklan kut mana pun. Ada blogger suka letak iklan Nuffnang mereka di atas post, ada suka letak di sidebar je dan ada yang suka letak di bawah post seperti kenit punyer ni.
Untuk style iklan di bawah post ni pulak, ada 3 jenis yang kita boleh jumpa. Ada letak iklan dalam entri post seperti {SINI}, ada letak iklan di bawah sekali macam Rizal punyer ni {SINI}, dan ada yang letak iklan style macam kenit ni hehehe. Style kenit ni basic kenit amik dari Nuffnang tau. So, jom kita ikut cara Nuffnang.
Kenit punyer. |
STEP 1
- Lepas kita 'Update Survey' kita di Nuffnang (tau dah kan?), dia akan keluar 'Add Ads Page' seperti di bawah ini. Klik 'Add Ads Page'.
STEP 1 |
STEP 2
- Di sinilah kita kena tahu jenis-jenis iklan dan dimana sepatutnya ia diletakkan dalam blog kita. Since Rizal bertanyakan tentang ads bawah post, so kenit terus 'terjun' ke Large Rectangle la ye.
- Pilih iklan jenis 'Large Rectangle' dan klik seperti di bawah. Akan keluar coding seperti di bawah ini. Then klik 'Next'.
STEP 2 |
STEP 3
- 'Copy' coding tersebut. Kemudian pergi ke Template --> Edit HTML
STEP 3 |
STEP 4
- Press CTRL +F cari "post-footer-line-3". Cari pula kedudukan seperti yang ditunjukkan di bawah. Code yang kita copy tadi kita paste SEBELUM/DI ATASseperti yang ditunjukkan di bawah.
STEP 4 |
STEP 5
- 'Preview Template' dan kalau takda error boleh save dan 'View Blog' semula untuk lihat keberkesanannya hehehe.
Mohon maaf sekiranya Rizal atau sesiapa saje yang masih tak faham, ini je yang kenit termampu terangkan hehehe. Jangan lupa kasi serbu blog Rizal tau! (^_^)