Assalamualaikum!~
Pernah kita tertanya mengapa tak boleh? atau kita sendiri tak tahu sebenarnya yang kita memang tak boleh ucap begitu pada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia. Kita ni suka main hentam semberono je kan? Omputih cakap "R.I.P" kita ikut sama cakap. Omputih ucap "Merry Christmas" kita pun sama ikut ye dak. Apa maksud R.I.P? ramai dah tahu ni, maksudnya Rest In Peace bermakna 'bersemadilah dengan tenang'.
Apa salahnya kita ucap R.I.P pada non-muslim yang telah meninggal dunia?
R.I.P a.k.a "Rest In Peace" adalah bacaan doa yang lazim diucapkan oleh paderi-paderi kepada si mati ketika upacara pengebumian di tanah perkuburan. Orang Islam dilarang mengucapkan doa seumpama ini kepada orang bukan Islam yang telah meninggal dunia.
Islam menggariskan hukum mendoakan orang bukan Islam dengan melihat situasi. Doa itu dilihat dari sudut isi kandungannya, adakah ia mendoakan supaya diberi hidayah, kesejahteraan atau keampunan dan rahmat terhadap mereka
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim.”
(Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9)
Rata-rata kita masih keliru antara mendoakan, ucapan takziah, memuji dan menghormati. Umumnya memuji dan menghormati orang bukan Islam yang mempunyai perilaku baik dibenarkan. Hukum berbangkit ialah berkenaan ucapan doa dilafazkan kepada bukan Islam.
Islam menggariskan hukum mendoakan orang bukan Islam dengan melihat situasi. Kedua, doa itu dilihat dari sudut isi kandungannya, adakah ia mendoakan supaya diberi hidayah, kesejahteraan atau keampunan dan rahmat terhadap mereka.
Ulama sepakat membenarkan kita mendoakan orang bukan Islam yang masih hidup supaya diberikan hidayah. Ada beberapa riwayat daripada Nabi SAW yang membenarkan umat Islam mendoakan diberi hidayah kepada bukan Islam.
Rasulullah SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahal atau ‘Umar bin Al-Khattab.”
(Hadis riwayat Tirmizi).
Akhirnya berkat doa Nabi SAW, Umar bin Al-Khattab masuk Islam.
Kesepakatan Ulama
Bagaimana pula mendoakan orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia. Ulama sepakat mengharamkan mendoakan keampunan, kesejahteraan dan rahmat kepada mereka. Pengharaman ini tidak kira sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri atau sebaliknya.
Dalilnya adalah ketetapan al-Quran ketika Rasulullah SAW meminta Allah SWT mengampunkan dosa Abu Talib.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawa orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.”
(Surah At-Taubah, ayat 113-114)
Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ berkata, ulama sepakat mendoakan orang bukan Islam dengan keampunan Allah, mendapat syurga dan apa saja berkaitan akhirat adalah diharamkan. Begitu juga mereka yang disyaki keislamannya, kata Imam Ibn Hajar al-Haithami.
Islam bukan agama menyuruh membenci penganut agama lain malah Islam sentiasa menganjurkan kita mendoakan orang bukan Islam supaya bersama menikmati hidayah milik Allah SWT. Itulah nilai kasih sayang sebenar dengan membebaskan mereka dari azab neraka jahanam.
Kita boleh melakukan perbuatan direstui syarak dengan memuji perilaku baik si mati sewaktu hidupnya, menziarahi waris dan memberi ucapan kesabaran serta meringankan beban waris. Ia lebih bernilai dalam mengeratkan hubungan sosial berbilang agama.
Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.
Imam An-Nawawi menyebut :
Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama (Al-Majmu')
Tidak salah untuk kita memperlihatkan kesedihan kita di atas pemergian seseorang, namun Islam sendiri telah menetapkan garis panduan yang betul untuk kita mengikutinya. Semoga tiada antara kita yang mempersoalkan kenyataan ini setelah membaca ayat-ayat Allah dengan jelas dan mudah difahami.
Kita sesama Islam pun tak ucap R.I.P pada orang Islam lain, sebab kita tak tahu adakah benar amalan kita di dunia ini sudah cukup untuk kita menempuh soalan-soalan dari Malaikat Mungkar & Malaikat Nangkir dan seterusnya boleh 'aman' sampai Hari Kiamat kelak? kita tahu hakikat tu kan? so why do we make exception to the non muslims?
SUMBER ; page UAI OFFICIAL |
SUMBER : page DR. ZAKIR NAIK OFFICIAL |
Sebuatlah 'condolences' atau ' takziah' atau 'sorry for your loss' kerana ia bersifat umum.
kredit : fb JKKK FC & DR.ZAKIR NAIK
*Omputih mati habis kecoh satu dunia. Habis dikirimkan ucapan dan doa untuk memperingati mereka. Orang Islam di Palestin, Syria, Mesir, Myanmar, Selatan Thai, Somalia hari-hari mati samada mati dibunuh kejam, ditindas dan dizalimi, tapi jarang sangat aku nak mengirimkan ucapan dan doa buat mereka yang bergelar syuhada dan mati demi ISLAM. Allahurobbi .... jangan jadikan aku golongan yang membelakangi saudara-saudara seislamku Ya Allah T___T.*
sekarang ne penuh feed fae kat instagram ucap R.I.P untuk Paul Walker, pelakon fast and furious movie.. hmm..
ReplyDeleteOk noted.. thanks 4 sharing kenit.. =D
ReplyDeletethanks for sharing kak..hehe baru tahu :)
ReplyDelete♥♥♥♥♥♥
ReplyDeletebetui ayat terakhir tu,, org putih mati sibuk nk ucap takziah.. tapi org Islam yg mati beribu kena tindas di timur tgh wat tak tahu je.. huhu
ReplyDeletePerkongsian yg sgt bermanfaat buat kita.. t kasih kenit..
ReplyDeleteEntry yang bermanfaat tuk semua... Take note.. Thanks for sharing...
ReplyDeletenext time sebut takziah jer.... :D
ReplyDeletetq for sharing..
Tak pernah pakai perkataan tu, nice sharing kenit.
ReplyDeleteterima kasih atas info..
ReplyDeleteBagaimana pula dengan.perkataan ini "O.M.G & PRAY"
ReplyDeleteThanks for the info...
ReplyDelete