Breaking

Friday, December 13, 2013

Makanan Eksotik Korea.

Assalamualaikum!~


Jika anda memikirkan makanan seperti Kimchi, Bibimbap, Bulgogi atau Seolleongtang maka anda salah! Nama pun eksotik kan, mestilah ada ciri-ciri 'RARE' dalam makanan dan dari segi penyediaannya.


Kalau anda peminat rancangan 'Fear Factor' atau anda merupakan peminat tegar artis k-pop atau anda merancang untuk melancong ke negara Korea, tentunya anda ingin mengetahui makanan apa yang menjadi hidangan eksotik dan pelik di sana.



Sundae

Aiskrim sundae memang menjadi snek kegemaran semua orang. Namun, jika anda melancong ke Korea, "sundae" bukanlah sesuatu yang sejuk atau manis atau yang boleh dikaitkan dengan aiskrim. Sundaes di korea merujuk kepada "sosej berdarah", suatu hidangan biasa masyarakat tempatan. Dicampur dengan darah babi, mihun (vermicelli) dan rempah ratus lain, ia disumbat ke dalam usus babi atau usus lembu yang telah direbus.


Beondegi


Menyelusuri ke dalam pasar atau taman, anda akan dapat melihat warga tempatan leka mengunyah snek istimewa dalam cawan, bersama pencungkil gigi. Bila dirapati, anda sebenarnya sedang melihat beondegi, sejenis ulat larva sutera yang telah distim atau direbus. Bagi yang berani - mungkin anda dapat merasakan rasa sensasi dalam gigitan pertama!


Sannakji


Sannakji atau lebih dikenali sebagai sotong hidup biasa dinikmati dalam pelbagai cara - satu cara adalah dengan memakan hidup-hidup tentakel (janggut sotong) yang dipotong dari sotong atau kurita hidup. Tentakel dan plat penyedut akan kekal aktif selamat 20 hingga 30 minit, maka walaupun secara teknikalnya ia telah mati akibat dipotong, ia tetap akan melekat di lidah dan tekak anda, yang biasanya boleh menyebabkan tercekik. Cara lain untuk menikmatinya adalah dengan memakan anak sotong kurita hidup-hidup dari kepalanya, tentakelnya dan semua ..... cuma anda perlu kunyah dengan betul.


Gaebul


Jika memakan kurita hidup-hidup tidak cukup mengujakan anda, mungkin lidah anda teringin untuk mencuba gaebul - cacing sudu hidup, yang biasanya dikenali sebagai ikan zakar (penis fish). Potong ia pada bahagian yang sesuai, cacing-cacing ini dikatakan lebih enak dan tentunya lebih selamat dimakan berbanding anak kurita.


Hongeo


Anda kenal taufu busuk? Bagaimana kalau kita maju setapak lagi menggantikannya dengan ikan pari yang diperam atau hongeo? Ikan pari tidak seperti ikan-ikan lain, berurinasi (kencing) melalui kulitnya. Bila diperam, sisa asid urik di atas kulitnya akan menjadi lebih kuat, menjadikannya berbau seperti ammonia. Tidak mudah untuk menghilangkan bau busuk tersebut, malah masyarakat tempatan mengatakan mereka hanya akan melakukannya sekali itu sahaja.



Dak Dong Jib & Dakbal



Bagi anda yang gemar memakan organ dalaman haiwan, dak dong jib (pedal ayam) dan dakbal (kaki ayam) mungkin hidangan biasa-biasa saja. Mudah ditemui di jalanan di Korea Selaran, ia biasa dimakan bersama arak, yang dikatakan dapat menyedapkan lagi rasanya.


Jadi, jika perut dan tekak anda boleh mengatasi rasa dan bau hidangan-hidangan eksotik di atas maka, anda bolehlah menghantar nama anda untuk masuk rancangan 'Fear Factor' mihmihmih. Gurau je!

sumber : SINI

11 comments:

  1. takut je nak try yg sotong tu..kang ada menjalar keluar dari mulut balik haha

    ReplyDelete
  2. xsanggup akak nak makan makanan macam nie..kebanyakkan mereka suka makan mentah2 kan..

    ReplyDelete
  3. tengok pun dah geli..mcm mana nak pegang...nak makan?

    ReplyDelete
  4. setuju dgn kisah si dairy, hehe dorang memang suka makan makanan mentah..majoriti la..hehe

    ReplyDelete
  5. erk.. seriauuuuu..
    haha.. kembang tekak..

    ReplyDelete
  6. sotong idup tu mmg ader ngk kat rancangan korea.. mmg bergerak.. siap boleh melekat kt atas lelangit mulut.. ngeri..

    ReplyDelete
  7. Sundae tu nampak mcm lemang.. tengok mcm sedap, mcm best je.. bila baca ramuannya.. pehh.. kelu lidah, kembang tekak & kejang perut huhu.. :D

    ReplyDelete
  8. hihi.. minat korea.. tp geli plak tgk gmbr2 tu hihih

    ReplyDelete
  9. Sundae is delicious. I but it often from a Korean Market here in Nashville, Tennessee. I have no prejudices where food is concerned.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.