Assalamualaikum!~
Azih Muda, Presiden CUEPACS |
Tahun 2014 bakal menyaksikan perjuangan CUEPACS yang akan diteruskan oleh Presidennya yang baru menggantikan Dato' Omar Osman. Pengumuman dibuat di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras petang tadi mengumumkan Azih Muda sebagai Presiden baru bagi CUEPACS. Azih Muda merupakan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysis (ANULAE).
Pemilihan Presiden baru CUEPACS dibuat melalui proses pengundian dan Bekas Timbalan Presiden 1 CUEPACS itu menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan majoriti 390 undi. Azih mendapat 701 undi menggantikan Datuk Omar Osman yang melepaskan jawatan presiden kesatuan itu.
Ahmad Shah memperoleh 311 undi.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng turut mengekalkan jawatan Setiausaha Agung CUEPACS.
Keputusan rasmi diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengiraan Undi, Borhan Mustafa. -sumber : BH
Tahniah diucapkan kepada Presiden baru CUEPACS dan diharapkan Azih Muda dapat menjalankan kewajipan dan tanggungjawab ini dengan baik serta meneruskan perjuangan untuk memelihara kebajikan lebih 1.4 juta penjawat awam di negara ini. Besarlah harapan kami penjawat awam agar Presiden CUEPACS yang baru ini dapat membangkitkan dan mengetengahkan isu berbangkit terutama isu peng-upgrade-an gred perjawatan yang masih belum sempurna dilaksanakan sepenuhnya.
Dato' Omar Osman |
Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada Dato Omar Osman di atas khidmat baik beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai presiden CUEPACS. Setiap tahun, beliau setia memperjuangkan isu elaun penjawat awam dan sedaya upaya menjaga kebajikan terutama penjawat awam yang berjawatan kontrak. Semoga perjalanan hidup beliau dipermudahkan Allah.
orang gomen je kan kena ambil tahu..hihihih....
ReplyDeletethanks for sharing ;)
ReplyDeleteharap nya yang baru ni tak kurang bagusnya.. :)
ReplyDeleteJasamu dikenang..
ReplyDeletetq for the info..kalau x open, xtau ni..huhu
ReplyDeleteowh.. saya baca tak tahu apa2 pun.. hehehe
ReplyDeleteBaru tahu dato omar osman dh x jdi presiden ceupacs .. farah harap presiden baru nie dpt menjalankan tanggungjawab dgn baik dlm memperjuangan nasib kakitangan awam nnti.. =D
ReplyDeleteDiharapkan presiden baru ini juga pandai bermain kata dengan agensi pusat dan juga PM, kerana itu penting bagi tujuan memudahkan urusan...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteNak tanya sangat ni. Tak tahu nak tanya pada siapa. Nak mengadu pada siapa pun tak tahu
Assalamualaikum...nak tanya sangat ni.. tapi tak tahu nak mengadu pada siapa. Siapalah sudi nak dengar rintihan hati
ReplyDeleteAssalamualaikum...nak tanya sangat ni. Tak tahulah nak tanya siapa
ReplyDelete