Breaking

Thursday, December 19, 2013

Shopping & Lunching.


Assalamualaikum!~

What day is today? Today is pay day!! hehehe. Seronok sakan orang gomen, arini dapat gaji kan. Ramai sungguh yang 'terkena' ingat semalam adalah hari gaji .... konfiden sangattttt! Semalam memang hari gaji tapi gaji bagi yang terima pencen hehehe. Sebetulnya. hari gaji adalah hari ni. Aku pun 'terkena' gak hehehe. Tekono den!

So, tghari tadi orang dok sibuk beratur kat kaunter beli makanan, aku dok melangok kat kaunter atm baru nak 'cucuk' duit gaji haihhhh. Kuar dari bank, tergerak plak kaki ni nak menyinggah Watsons disebelahnya nak tengok barang jeeee! tengok je tauuu! hehehe.




Ulang alik ulang alik aku dalam Watsons tu, nak cari ape pun tak tau. Hajat hati nak tengok barang je, sekali mata ni ternampak la pulak shampoo tuk kanak-kanak ..... Barbie??? Perghhhh! ni kalau dapat sorang satu mau aku kena peluk cium satu hari suntuk ngan bebudak tu! muehehehe.

Ishhh cam best jeee cam best jeee aku tengok shampoo & conditioner Barbie ni. Ku belek-belek depan belakangnya, ku hidu bau sabunnya ... perghhh wangi! Tengok harga boleh tahan murah cuma RM 4.93 sebotol! perghh murah gila! Aku rembat dua sekali la, harap2 boleh tahan lama sikit bebudak tu guna. Ada dua jenis haruman iaitu with olive leaf extract & pearl extract. Jangan rambut anak2 aku tukar jadi blonde macam model tu dah la! mau kena sabit ngan Pak Jelan nanti muehehehe.

Pastu aku ambik baby wipes tu, harga cuma RM6.23 boleh jugak aku letak kat opis buat bersih2 tangan bila perlu. Tak perlu la aku nak lapor diri kat tandas tu banyak kali semata2 nak basuh tangan je! Time nak bayar kat kaunter, cashier tu offer 3 packet of watsons wet tissues for only RM4.13! Ada pelbagai jenis haruman yang kita boleh pilih! Aku pilih lavender coz purple is my favourite color. Ade kena mengena ke kat situ? hahaha.



Bukan selalu aku beli mendalah ni, 3 bulan sekali belum tentu aku nak menyinggah! Tapi, disebabkan Watsons tu dok sebelah Maybank je, maka aku nak jugak la 'cuci' sikit mata yang rabun ni hehehe. Beli barang pun tuk anak2 jugak, sekali sekala bagi hadiah shampoo kat diaorg, ok gak kan? mihmihmih :D

Penat aku berjalan jauh arini. Maybank duk seberang jalan, nak lintas jalan kat bawah rasa macam perangai kuang ajo je kan sebab jejantas dah disediakan depan mata takkan aku nak buat buta dan melintas jalan macam tu saja? Aku pandai kata orang bongok kalau melintas jalan kat bawah tu, kalau orang pun sama cakap aku bongok acaner? tu yang gigih jugakla mendaki tangga jejantas tu hahahaha.


My lunch for today. Kak Tun tapaukan tuk aku, tak nampak nasi langsung! haha. Nasi putih lauk ikan kekisi masak tocu, sambal belacan, sambal ikan dan sayur campur goreng RM 5.60. Hentam saja la labuuuuuuuu ...... tapi bismillah la dulu hehe.



4 comments:

  1. org gomen dah gaji..en.husband janji nak belanja pizza malam nie...hehehe...

    ReplyDelete
  2. seronoknya dah gaji ekk sis..emm sedapnya santapan sis hari nie

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lauk ikan tu. Patut la ayah beli barang dapur banyak sangat rupanya gaji dah masuk

    ReplyDelete
  4. Kenit wet tissues watson yg color pink lg wangi tau.. farah kalau p watson suka borong wet tissues..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.