Breaking

Saturday, December 21, 2013

Tips Meneran Ketika Bersalin.


Assalamualaikum!~

Pengalaman melahirkan Mira secara normal memberikan aku peluang untuk mengalami sendiri bagaimana rasanya ketika proses nak meneran. Dari tempoh sakit selama 12 jam, kontraksi yang mulanya selang setengah jam jadi selang 15 minit jadi selang 10 minit jadi selang 5 minit sehingga sampai setiap 2 minit sangat menduga mental dan fizikal aku!

Biasa tengok dalam drama tv kan, doktor or mak bidan tu kata, "ha terannnnn! tarik nafas terannnn lagi!". And baby kuar smooth je kan, but in real life real situation it's not always like that. Bila doktor konfiden cakap aku boleh melahirkan 2nd baby secara normal aku rasa lega teramat sangat! Tapi, rasa lega tak kekal lama pasal aku dah gabra nak mikir cara camne nak beranak normal ni hehehe. Pengalaman dah la zero, takat tengok orang meneran dalam tv tu boleh la haha.

Aku tak pernah hadiri apa2 kelas pre-natal, dan aku tak terfikir pun waktu tu untuk buat latihan. Apa yang aku ingat, aku banyak tanya ngan mak camne nak meneran beranak, sakit ke tak, darah banyak kuar ke tak hehehe stuff like that. Tapi, jawapan mak tak berapa membantu masa tu pasal mak cakap mak beranak tak sakit sangat muahahahaha. Boleh pulak cenggitu ye mak???

Okla fine, aku rasa aku boleh buat sendiri kot. Tapi, dalam masa yang sama aku memang terfikir risiko time meneran nanti. Basic info yang aku tau masa tu ialah bila dah rasa nak 'terberak' maka teranlah sekuat hati kasi baby kuar at least 3 kali teran! hehehehe tu je la pon yang aku tau. Walaupun dah dua kali beranak, tapi pengalaman setiap anak berbeza. 

Tips meneran aku dapat on the spot dalam labor room time menahan kontraksi dan time nak beranak haha. Time aku genggam tangan missy nurse tu, dia sempat menurunkan beberapa petua :

  • "Puan baca doa banyak-banyak, selawat banyak-banyak ingat Allah banyak-banyak. Sabar ye Puan, kejap lagi awak dapat tengok baby awak.". Doa yang aku ingat masa tu doa Nabi Yunus, "Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin" sepanjang masa sakit itulah yang aku ucap tapi bila kontraksi datang kerap aku hanya mampu ucap "Allah".

  • Time tu bukaan dah 7cm, aku dah rasa macam nak 'terberak' seriously! Aku try cakap ngan missy yang aku betul-betul nak 'terberak' dah ni, faham2 je la kan kepala baby dah rasa betul-betul depan 'pintu' tambah plak ngan sakitnya ya Allah ........ ! Tapi, missy tu ngan selambanya balas, "Awak jangan teran sekarang, belum 10cm lagi nanti koyak awak panjang sampai ke punggung, awak nak ke koyak banyak?" Gila! mau aku tak takut! haha tak jadi aku nak 'berak' masa tu, terus kemut! haha. Tapi sakitnya nauzubillah! lagi kuat ko kemut lagi kuat kepala baby menolak nak kuar.

  • Bila bukaan dah cukup 10cm, tetiba berkerumun doktor depan aku. "Ok Hanim, sekarang awak boleh push ye, tarik nafas panjang-panjang dan teran bila awak rasa sakit ok". Menggelabah teruk aku time ni, tetiba rasa blur tak tau nak buat cam maner. Sakitnya tu membuatkan aku tak boleh nak meneran langsung! Bila doktor cakap "push" baru aku push sebab masa tu memang takda rasa nak meneran langsung. Orang lain tak tau la tapi aku rasa macam tu la. Time nak push tu aku tak sengaja TERRRRRjerit "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" macam tu, lalu kena marah ngan missy tu haha. "Hey, awak jangan menjerit begitu nanti habis tenaga nak meneran. Jangan kuar suara, teran saja!". Marah benar dia ngan aku masa tu sampai sempat menampar dada aku hukhuk. Nak beranak pun kena marah lagi mihmihmih tapi tahan je la sapa suruh aku TERRRRRjerit kan hehehe.

  • Agak-agak kepala baby dah 'menjengah' pintu rahim doktor suruh aku push lagi. "Hanim jangan angkat punggung ye, tekan punggung ke katil masa nak teran. Kalau tak nanti awak koyak panjang sampai ke punggung." Bab koyak-koyak ni yang buat aku seriau ni! Seriously, time sakit tu takleh nak kontrol ape dah tapi aku gigihkan jugak mengenangkan taknak koyak! 

  • Lagi satu, sebelum nak meneran posisi badan kena betul. Kangkang kaki dan punggung jangan sesekali diangkat. Kumpul oksigen sebanyak mungkin dengan cara tarik nafas dan hembus sekerap boleh atau curi nafas orang kata, untuk mengumpulkan tenaga bila nak meneran nanti. Bila rasa nak 'terberak' masa tu la aku kena push kerana itu menandakan baby pun sama bergerak nak kuar dari pintu rahim. Mata pandang ke perut, tapi masa tu mata aku pandang doktor pempuan kecik comei yang nak menyambut Mira hehe.

  • Tau je lah kan masa sakit kontraksi tu, tangan kita mesti nak kena genggam sesuatu untuk menahan sakit. Time doktor dah bagi nak meneran tu, doktor akan suruh aku capai dan pegang kaki untuk lebih senang nak meneran. Tangan aku panjang memang sampai la nak mencapai kaki tu hehehe. Masa tu apa doktor suruh buat aku buat je la, tapi reality is aku tak boleh dengar apa dah masa tu, rasa macam dah habis nyawa!

Kesimpulannya, proses melahirkan anak secara normal umpama badan nak terputus dua! Doktor kasi gunting tuttttt pun takda rasa ape dah (mujur jugak kan hehehehe). Pas baby kuar, tiba masa tuk lakukan prosedur menjahit luka beranak. Disebabkan aku menunggu sehingga bukaan 10cm, maka alhamdulillah luka torehan tidak serius, tapi doktor pelik luka beranak tu jadi melintang ke dalam instead of memanjang hehehehe. 

Tapi, meningatkan kembali pengalaman dijahit tu .... Allahurobbi! ngilu segala sendi-sendi! Sakitnya tak boleh digambarkan dengan kata-kata, hanya ibu yang dah kena je tahu perasaannya bila kulit ditusuk jarum seperti mata kail (yessssss bercangkuk macam mata kail ok!) dengan benang! Terasa setiap tusukan dan benang dikulit tuttttttt! Gilos! tak suka! tak suka! tak suka begitu! Tapi, tak jahit kang tak 'lawa' pulak hehehe.

So, itu je la tips yang aku dapat dari dalam labor room hehe. Memandangkan itu pengalaman pertama aku melahirkan secara normal, maka memang kena ikut cakap doktor dari A-Z. Yang penting, mulut jangan putus sebut "Allah" sebab itu je lah yang boleh mengurangkan sedikit sakit kita.

Oh lupa plak .... 

Tips terakhir : PASTIKAN suami ada bersama ketika kita bersalin. Genggam tangannya dan suruh dia tengok sepanjang proses bersalin tersebut. Untuk suami pula, berikanlah kata2 semangat kepada isteri, suruh isteri mengucapkan doa ringkas atau ajarkan padanya, kalau boleh cium tangannya masa tu! 




16 comments:

  1. aaaa...ngerinya ..jahit tu takde bius eh...seram rupanya beranak..hehe..takde pengalaman lg..tp org ckp dah tgok muka baby ilang sakit seme

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe taksela seram sangat cuma kali pertama tu memang nervous sikit hehe :)

      Delete
  2. salam sis.wahhh seram plk saya mbaca nye. sy nunggu hari je ni. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear, insyaAllah dear tak perlu seram k, ini hanya pengalamn kenit. Lain orang lain pengalamannnya kan hehe. Kenit doakan kyla selamat bersalin nanti dan dipermudahkan Allah segala urusan :)

      Delete
  3. selamat petang.... teringat masa bersalinkan sulung dan yang kecik ni.... setiap orang pengalamannya mesti berbeza...

    ReplyDelete
  4. waaa baca entry akk nie terus rasa takut!!macam mana nie kalau de rezeki dapat anak,takut pulak nak bersalin!!
    waaaaa!!!!

    ReplyDelete
  5. msa ank 1st bljr juga la dr internet tip2 ni semua, tapi dah smp kat LB, ikut fitrah aje... dah sakit dh x ingt tips dah... ingt nk slmt melahirkan aje... hehe..

    ReplyDelete
  6. salam singgah sini.. im going to give birth to my second child anytime soon.. wpun anak second and dah ada pengalaman masih sgt nervous niiiii

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. sy dpt bersama2 isteri waktu melahirkan utk semua anak2 sy.. mmg patut semua suami ada waktu isteri bersalin biar sentiasa beringat ttg risiko yg ada.. mmg suspend.. siapa x syng isteri kan... :)

    ReplyDelete
  8. Salam singgah.
    Terima kasih untuk sharing ni.
    InshaAllah akan digunakan sehabis baik. :)

    ReplyDelete
  9. yg pasti jangan menjerit & jgn angkat punggung time meneran. sakitnya mmg takleh nak bayang. tak masuk lagi time kena jahit...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. Seriau lak baca.Btw memang bermanfaat..sebab saya takde pengalaman.Anak sulung lahir secara czer. Harap yang ni dapat bersalin normal.

    Jemput singgah ke blog saya.
    TQ

    ReplyDelete
  11. Ya Allah baca sangat seriau...TQ info tips pengalaman awak bersalin normal. Saya tengah menunggu hari sekarang. Dulu anak pertama operation. Harap kali ni dapat bersalin secara normal.. InsyaaAllah :)

    Jika sudi singgah ke blog saya
    http://ummirdinacong.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Ya Allah lgi 2 bulan due ana. Tkut ada tp tak sabar nak jmpe baby..trme ksih wak info yg sgt mmbantu. Harap sngat2 smue dpermudah kn nnti :(

    ReplyDelete
  13. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.