Breaking

Monday, January 13, 2014

Doktor Guna Forsep Keluarkan Lipas Dari Telinga Lelaki Ini!


Assalamualaikum!

Hendrik Helmer secara tidak rasminya telah memegang gelaran mempunyai LIPAS terbesar yang pernah dikeluarkan dari telinga manusia. Kejadian tersebut berlaku di Darwin, Australia. Beliau yang mendapatkan rawatan di Hospital Diraja Darwin berkata, pengalaman mengeluarkan 'raksasa' itu dari telinganya di telah menyebabkan dia mengalami kesakitan. 

Selepas 10 minit LIPAS itu dikeluarkan dari telinga beliau, ia mati.

Mangsa dan pemangsa. Which is which??

Helmer yang tinggal di pinggir bandar Darwin di Karama, menceritakan detik penderitaannya bermula pada awal pagi Rabu apabila dia terjaga dari tidurnya pada kira-kira jam 2.30 pagi kerana merasa sangat sakit di telinga kanannya.

Beliau menyangkakan mungkin serangga telah merangkak masuk ke dalam telinganya semasa beliau tidur. 

"Saya harap ia bukan labah-labah berbisa ... saya harap ia tidak menggigit saya," katanya.

Pelbagai cara digunakan untuk memaksa serangga tersebut keluar, antaranya dengan menyedut telinganya dengan vakum. Beliau juga cuba memancutkan air ke dalam telinganya untuk mengepam keluar serangga itu.

Usaha beliau mula membuatkan serangga itu 'gelisah'.

"Apa pun yang ada dalam telinga saya ini, jelas ia tidak suka dengan cara saya"

Disebabkan kesakitannya tidak dapat dibendung lagi, Helmer yang bertugas sebagai penyelia di sebuah gudang merasakan dia perlu berjumpa dengan pakar untuk mengetahui punca sakitnya itu. Maka, beliau telah pergi ke Hospital Diraja Darwin untuk bertemu pakar.

Doktor kemudian menitikkan minyak ke dalam saluran telinga, yang memaksa serangga yang masih 'identiti'nya tidak diketahui merangkak lebih dalam, tetapi ia mula  melemah dan mati.

"Hampir 10 minit ... ia mula berhenti mengorek lubang tapi bergerak perlahan kerana sangat lemah," katanya. Ketika itulah doktor meletakkan forsep ke dalam telinganya dan menarik keluar serangga tersebut.

"Anda tahu, mungkin saya telah berkata ia hanya sekadar lipas kecil. Tapi, jangan sesekali pandang rendah akan ia." katanya.

"Mereka (doktor) sebelum ini, tidak pernah mengeluarkan serangga sebesar ini dari telinga seseorang," katanya lagi. - abc.net.au

Translasi ini dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.



Imagine this .......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

That's it!!!! malam ni tido sumbat kapas
dalam telinga!!!
T_____T



9 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.