Assalamualaikum!~
sumber: fb |
Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai dikalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.
Dome of The Rock |
Masjid Al Aqsa |
Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.
Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra', Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.
Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al Aqsa, sila 'SHARE' (kongsikan) bersama mereka.
Mari kita fokuskan pemikiran, usaha dan doa agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana diberikan kepada generasi terdahulu yang mengiringi Umar al Khattab dan Solahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya membebaskan Bumi Suci umat Islam ini.
via : Dr Zainur Rashid Zainuddin
nice sharing....
ReplyDeleteinsyallah stu masa nti akan pergi ke sana melawat... :)
ReplyDeletethanks for sharing..good info ;)
ReplyDeletegud info.Tq kennit
ReplyDeleteThanks atas penjelasan kenit..=D
ReplyDeleteterima kasih atas info begini, kenit tak citer memang mama tak tahu..
ReplyDeleteperkongsian yg baik.:)
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa melindungi Al Aqsa dari rancangan jahat mereka.. Allah jua sebaik2 Perancang... aamiin.
ReplyDeleteNice info...
ReplyDelete