Breaking

Tuesday, January 14, 2014

Kakak Lincah Kembali!


Assalamualaikum!

Tempoh berehat dah habis. Alhamdulillah kaki kakak dah baik dan kakak dah boleh berjalan seperti sediakala. Tak terhencot-hencot atau tempang. Cuma masa mencangkung tu je ada sakit sikit, selain tu ok saje. 

Walaupun doktor bagi MC 4 hari, hari yang ke-4 tu sebelah petangnya  kakak kena pergi sekolah agama. Sebelum tu, ibu dah gi jumpa ustazah di sekolah bertanyakan andai ada apa-apa homework yang perlu dibuat. Maklumla, 4 hari cuti wooooo! budak lain dah belajar banyak dah tu. Ibu taknak kakak ketinggalan pastu terkebil-kebil dalam kelas nanti. 

Senak perut ibu bila ustazah cakap esoknya (Jumaat) kakak ada peperiksaan untuk menentukan kedudukan kelas sebenar. Mujurla ibu tergerak hati nak gi sekolah agama kakak. Nak tak nak kakak terpaksa gi sekolah dan ambik exam tu, kalau tak kakak takda kelas nanti huhu.



Dapat kawan terus lupa sakit.

Ibu tak risau sangat kalau kakak gi sekolah agama ni. Pasal kelasnya di tingkat bawah, tak perlu panjat tangga. Time rehat, ibu ayah datang standby kat kantin dan belikan makanan untuk kakak. Tak perlu kakak berebut, dan kaki tu takla lenguh berdiri lama.

Lega hati ibu bila tengok kakak selesa berjalan tanpa sebarang masalah. Tapi, kakak ada hati jugak nak main lari-lari ngan kawan tu! Haipp! kawan ajak pulak tu, tak senang duduk la orang ni nak makan pun. Sorry dear, no playing time rehat! Ibu gigih ikut kakak dari belakang semata-mata nak pastikan kakak tak berlari-lari ngan kawan hehehehe. 

Berjalan boleh .... berlari NO!



Look what ibu found here! Time ibu nak hantar adik ke tadika pagi tu. Satu notis ditampal di tempat kaki kakak tersepit. Ibu ada bertanya jugak pada cikgu tentang hal ni, memang takda cikgu berada di luar masa tu. Dan, cikgu pun tak tahu kaki kakak tersepit di buaian. Well, what's past is past. Alhamdulillah kakak dah sihat itu yang penting bagi ibu.

Tapi, satu langkah baik yang ibu puji pengurusan tadika/taska ni. Terus diletakkan notis melarang  kanak-kanak bermain di situ selepas insiden kakak tu. Satu peringatan, sebab kanak-kanak kadang bermain tak ingat apa dah. Sebab tu, dilarang terus bermain di situ. Tempat yang kita tak duga boleh berlaku kemalangan, kadang-kadang boleh terjadi juga kan.




9 comments:

  1. alhamdulillah...kakak dah baik sepenuhnya ye...
    Allahumma salli ‘ala Muhammad wa Ali Muhammad ..
    salam Maulidur Rasul 1435H

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Kaki dh pulih.. Tpi kna hati2 ea kakak... :-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kakak dah kembali sihat.. :]

    ReplyDelete
  4. Buaian ini pengetua punya!.. hihihii

    salam maulidur rasul ..

    dan selamat bercuti.. :)

    ReplyDelete
  5. ooo kes kaki tersepit rupanya..sian sure sakit kaka time tu kan
    hope cepat sembuh n mampu berlari
    salam maulidur rasul kak kenit
    jom sama2 bersalawat

    ReplyDelete
  6. Syukurlah kalau kaki dah sihat. :)

    ReplyDelete
  7. hope segera sembuh.....bahayanya buaian tu yea.......

    ReplyDelete
  8. kesian kakak.. xpela.. nak membesar mmg kena lalui macam2. macam ayu dulu.. jatuh basikal sampai kiok kaki. hehehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kakak dah sembuh.. jgn noty2 dah lepas nie k.. kesian ibu tak senang hati nak buat kerja.. =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.