Assalamualaikum!
Pelancongan merupakan suatu sumber pelaburan yang banyak memberikan hasil dan impak positif kepada sesebuah negara. Pelbagai faktor perlu diambil kira bagi memastikan keselesaan pelancong terpelihara sepanjang mereka berada di dalam negara. Antara penilaian atau penanda aras yang menjadi kriteria penting sesebuah negara itu menjadi pilihan destinasi pelancong adalah :
- keprihatinan terhadap keperluan pelancong termasuk kemudahan mendapatkan restoran halal yang menepati piawaian dan standard syariah Islam.
- kemudahan surau/musolla untuk pelancong muslim mengerjakan solat di tempat-tempat awam seperti lapangan terbang, pusat membeli belah dan hotel.
Satu kaji selidik telah dilakukan oleh sebuah agensi pelancongan muslim yang berpusat di Singapore tentang destinasi pelancongan yang paling mesra dan disenangi oleh pelancong muslim. Ketua Eksekutif Cresentrating, Fazal Bahardeen mengatakan bahawa nilai pasaran bagi pelancongan Muslim dianggarkan berniali $140 billion tahun lepas, menyumbang kepada lebih 13 peratus jumlah keseluruhan global. Beliau menjangkakan ia akan naik kepada $200 billion menjelang tahun 2020.
Malaysia No. 1 |
Malaysia adalah destinasi pelancongan paling mesra untuk pelancong muslim, berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan pada hari Selasa lepas, tetapi Jepun telah menunjukkan peningkatan positif kerana usahanya untuk bersaing dan meluaskan pasaran dalam bidang pelancongan.
Pada tahun 2009, Malaysia merekodkan kedatangan pelancong seramai 23 million. Ia merupakan kedudukan tertinggi di kalangan negara-negara Asia Tenggara dan ke-9 dunia dalam Organisasi Pelancongan Dunia (WTO) bagi senarai utama destinasi pelancongan.
Pada tahun 2009, Malaysia merekodkan kedatangan pelancong seramai 23 million. Ia merupakan kedudukan tertinggi di kalangan negara-negara Asia Tenggara dan ke-9 dunia dalam Organisasi Pelancongan Dunia (WTO) bagi senarai utama destinasi pelancongan.
"Semakin banyak destinasi pelancongan yang berkembang berminat untuk memanfaatkan kemudahan ini dan menyesuaikannya dalam perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan pelancong muslim sesuai dengan kepercayaan mereka," kata ketua eksekutifnya, Fazal Bahardeen.
Sebagai sebuah negara yang majoritinya adalah orang muslim, Bahardeen berkata Pusat Pelancongan Islamik di negara ini komited untuk melakukan pembaharuan untuk memenuhi keperluan pelancong muslim.
Sebagai sebuah negara yang majoritinya adalah orang muslim, Bahardeen berkata Pusat Pelancongan Islamik di negara ini komited untuk melakukan pembaharuan untuk memenuhi keperluan pelancong muslim.
Mesir No. 2 |
Mesir adalah destinasi yang sesuai untuk mengimbau kembali warisan Islam. Lawatan ke tempat bersejarah di Kaherah (Cairo) sahaja sudah cukup untuk memahami dan merasai sendiri zaman kegemilangan Mesir pada suatu masa dulu.
Hampir 12 milion pelancong pada tahun 2009, telah meletakkan Mesir di tangga ke-19 dalam WTO sebagai senarai utama destinasi pelancongan. Ada banyak destinasi yang ditawarkan kepada pelancong untuk meneroka dan menikmati percutian di Mesir. Kaherah, bandar terbesar dan merupakan ibu negeri Mesir, juga dinamakan sebagai "Bandar Seribu Menara" kerana rekabentuk senibina Islamiknya yang terkenal.
Alexandria, bandar 'mutiara' di Mediterranean merupakan bandar kedua terbesar di Mesir dan berkeluasan 32km di sepanjang perairan Laut Mediterranean di utara-tengah Mesir. Memuji tentang kecantikan dan kebersihan pantai-pantainya serta monumen dan senibina yang mampu menarik perhatian pelancong, Sharm El Sheikh menjadi tumpuan utama untuk tujuan itu.
Turki No. 3 |
Turki telah menjadi destinasi pelancongan popular bagi pelancong Muslim kerana negaranya yang kaya dengan sejarah Islam. Lebih 25 million pelancong telah direkondkan pada tahun 2009 dan Turki telah berada di tangga ke-7 dunia dalam Organisasi Pelancongan Dunia (WTO) dalam senarai destinasi pelancongan.
Turki mempunyai banyak pilihan destinasi yang boleh dipilih untuk memenuhi kepuasan pelancong. Ini termasuklah Istana Topkapi, St. Sophia, Masjid Biru, Bazaar Besar di Istanbul, Muzium Ankara dan banyak lagi.
Indonesia No. 4 |
Indonesia dikelilingi oleh lebih 17 ribu pulau yang meliputi lebih 1.9 milion km persegi dengan populasi manusia seramai 230 milion. Ia merupakan negara Muslim terbesar di dunia dengan Jakarta sebagai ibu negerinya.
Perairan pantainya yang sepanjang 80,000km, Indonesia menjanjikan pantai-pantai yang cantik dan menarik untuk penyelam tegar. Anda juga boleh berenang bersama ikan dolfin, dugong dan ikan pari.
Bali adalah destinasi paling popular bagi para pelancong. Ia menawarkan pantai yang cantik dan pusat peranginan yang terbaik di dunia. Bintan dan Batam adalah antara pulau yang menjadi pilihan.
Indonesia telah mengalukan lebih 6 milion pelancong pada tahun 2009 dan berada di tangga ke-36 dunia dalam WTO bagi senarai utama destinasi pelancongan.
Berada di tangga ke-5 hingga ke-10, adalah Arab Saudi, Singapore, Maghribi, Jordan, Qatar dan Tunisia.
sumber : emirates247.com
thanks for sharing kenit... memang betul pun dear, senang nak cari tempat beribadah, senang nak cari tempat makan... tak macam sesetengah negara tu bila kita pergi Ya Allah... and it reminds me of Thailand ok??? Stall sebelah sini jual makanan halal, stall sebelah sini berasap2 bau daging khinzir pekat...memang tak selera ler nak makan... hu hu hu...
ReplyDeleteyes dear, kita beruntung di sini tiada hal sebegitu. Kalau ada, mau satu tempat tu kena boikot! hehe.
DeleteTeringin nak g cairo.. dengarnya tempat dia cantik.. ;)
ReplyDeletetempat bersejarah ... pasti cantik kan dear :)
DeleteWah... Malaysia dlm list.. Tpi rkyat malaysia pula.suka mlncong luar ngara..
ReplyDeletesangat ironi kan dear? (^_^)
Deleteterbaik lah malaysia... kita patut bangga kan.. melanconglah dlm Malaysia.. Fiza isi tabung Nivea juga...
ReplyDeleteharap kita mampu kekalkan momentum atau tingkatkan lagi kemudahan demi keselesaan pelancong luar dan juga rakyat kita sendiri. Kalau kita tidak rasa selesa berada di negara sendiri, masakan orang lain juga akan berasa selesa juga kan? (^_^)
Deletebangganya....pilihan pelancong suka datang ke Malaysia sebab kaya dengan pelbagai makanan dan senang untuk beribadah......
ReplyDeleteSayang Malaysia....entri menarik sekali.
ReplyDeletePerkongsian info yg sgt menarik.. T kasih.. :)
ReplyDelete