Breaking

Monday, February 24, 2014

EDISI KHAS MUSIM KEMARAU


Assalamualaikum!



MENGAPA ADA ORANG YANG DISUKAI NYAMUK DAN ADA YANG TIDAK?

Musim kemarau datang lagi! Dah hampir sebulan kot kita mengalami musim kering. Dalam sebulan ni, hanya sekali dua je KL hujan. Di tempat lain, langsung takda hujan! Dan, pagi tadi kenit dengar kat radio, musim kemarau ini dijangka akan berlanjutan sehingga bulan April. Harapnya jangan la sampai kena angkut baldi turun naik tangga untuk tadah air nanti ye huhu.




Takda air satu hal, tapi bila digigit nyamuk lain pulak masalahnya! Musim kering begini la, nyamuk paling aktif 'menyerang' manusia macam kita! Tengah dok kering-kering tu, hujan takda, rumput mati, tanah kering pun masih sempat lagi dia membiak dan meramaikan umatnya! Bila tiba malam, haaaaaa tu la time dia buat 'kenduri' besar kat rumah kita kan. 

Perasan tak, kengkadag dalam satu famili bukan semuanya digigit nyamuk. Ada yang kena, ada yang selamat. Bayi paling banyak kena gigit nyamuk berbanding orang dewasa. Adakah kerana darah bayi lebih 'sedap' dan darah orang dewasa rasanya pahit? Kenapa nyamuk memilih mangsanya? Jom kita selidiki ciri-ciri mangsa yang disukai oleh nyamuk. Adakah anda salah sorang mangsa yang malang itu?


Karbon dioksida

Nyamuk suka karbon dioksida. Ia menghidu mangsa melalui bau karbon dioksida. Seorang yang kuat bernafas (heavy breathers) lebih menarik minat nyamuk untuk menggigitnya. Sebab itu nyamuk suka menggigit orang yang tidur dan di sekitar muka kerana di sana kita mengeluarkan karbon dioksida. Wanita mengandung juga menarik minat nyamuk kerana dia mengeluarkan 21% lebih banyak karbon dioksida.


Arak

Nyamuk gemar orang yang minum arak. Minumlah beer atau apa-apa saja arak, nyamuk akan berarak ke arah anda dengan gembira. Ini kerana peminum arak akan mengeluarkan bau yang meningkatkan tahap keboleh-upayaan nyamuk mengesan si mangsa.


Darah O

Ini paling menyampah. Orang berdarah O digemari oleh nyamuk berbanding dengan darah A atau lain-lain. Orang darah O dikatakan mengeluarkan bau semulajadi sebagai penarik nyamuk. Darah O ini dikira donor, kerana darahnya boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit. Tapi kerana nyamuk suka memberi penyakit maka ia juga suka pada darah O.


Haba Panas

Nyamuk suka pada haba yang agak panas. Sebab itu ia banyak di kawasan iklim tropika. Jika seseorang mengeluarkan haba panas, misalnya berpeluh kerana menjalani workout, nyamuk juga akan datang untuk menghisap darahnya.


Banyak steroids dan kolestrol.

Nyamuk suka pada orang yang banyak steroid dan kolestrol di kulit. Kalau seseorang itu memakan ubat yang mengandungi steroid (contohnya tongkat ali), atau penggemar makanan yang banyak kolestrol (goreng-goreng), mungkin akan menjadi makanan hidangan nyamuk.

Bau hapak

Nyamuk suka kepada bau hapak, misalnya bau stokin yang tak dibasuh. Sebab itu nyamuk gemar tempat tertutup seperti almari dan sering menghurung kaki. Ini kerana kaki mengeluarkan peluh yang mungkin terdapat dicelah-celah jari.


Warna gelap

Nyamuk suka mendekati orang yang memakai baju warna gelap. Warna hitam, biru dan merah digemari oleh nyamuk. Nyamuk akan menyorok di kawasan yang gelap di rumah anda, misalnya di celah-celah perabut gelap. Sebab itu juga nyamuk menghurung kepala bagi orang yang rambut hitam.


Kulit lembut

Nyamuk suka kulit yang lembut kerana mudah ia menggigit. Ini menyebabkan orang yang berkulit cerah lebih disukai nyamuk berbanding yang berkulit gelap (hitam). Anehnya nyamuk tidak begitu menggigit bayi kerana bayi kurang mengeluarkan bau yang digemari nyamuk.


Minyak wangi

Ada beberapa minyak wangi yang menarik nyamuk. Ini bergantung kepada kandungan minyak wangi tersebut. Minyak wangi yang berbau seperti bunga lebih menarik perhatikan nyamuk berbanding dengan wangian lain.


Jogging

Walaupun nyamuk suka menghurung orang yang tidur, tapi ia juga suka orang yang berjogging waktu pagi dan senja. Ini kerana orang yang berjogging akan bernafas kuat, berpeluh dan badan menjadi lebih panas. Nyamuk boleh menghidu bau peluh dan karbon dioksida orang yang berjogging ini walaupun dari jauh.




Perghh! boleh tahan 'taste' nyamuk ni ye, bau hapak pun dia suka bau wangi pun dia datang hehe.  Tapi anda masih boleh mengurangkan serangan nyamuk dengan mengelakkan diri dari perkara yang menarik perhatikan nyamuk. Bersihkan persekitaran anda dan pastikan tiada air bertakung yang boleh menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes. 


Nak tahu apa kenit buat bila digigit nyamuk? Terjah {SINI}.


SUMBER: insects.about.com

19 comments:

  1. Assalamualaikum kenit. sheila berdarah O.. patutlah selalu nyamuk kacau sheila je. suami sheila buat rileks je.. hmm lamanya kemarau ni... T__________T

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila, sama la kita dear hehe, Sama2 la kita berdoa agar kesihatan kita terpelihara sepanjang musim kemarau ni ye :D

      Delete
  2. kena berjaga-jaga sekrang nie kenit..tempat akak pun dah ramai orang kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak, tempat saya dah 4 kes dah ni. Risau gak ni ...

      Delete
  3. musim panas ni kena jaga kesihatan betul2...salam isnin kenit... *_^ tiba tiba nak cakap, I love you dear... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Isnin dear, insyaAllah pesananmu dalam ingatan ekekeke. Alolololo i love you too and your blog hehehe :D

      Delete
  4. tang darah O tu yg tak boleh elak..sebab sura n suami dua-dua darah O..hehe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenit pun sama tapi hubby kenit AB hehe. Takkan nak tukar darah pulak kan? heeeee :D

      Delete
  5. nasib baik akak darah jenis A...nyamuk tak suka kan.....hihi

    ReplyDelete
  6. Ohhh patutlah.. saya jenis darah O.. pemurah hahaa.. Thanks sharing info menarik ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Nice info kenit.. Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  8. patutlahh nyamuk suka. sy darah O.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. takut la kak tgk nyamuk besar tu. selalu je dgr kes denggi dlm tv. moga kita ambil iktibar. skrg pun cuaca panas memanjang. oo rupanya nyamuk suka pd bau hapak. baru tahu.

    ReplyDelete
  10. Kemain tinggi taste nyamuk kan..hehehe

    ReplyDelete
  11. Wah mcm2 jugakk factor yg nyamuk nk gigit ye.Kerlasss hehehe

    ReplyDelete
  12. Hopefully janganlah kemarau sampai april..moga hujan turun hendaknya..aminn..risau jugak kalau musim kemarau ni..nyamuk pulak bawak penyakit

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.