Assalamualaikum!
Ada orang takut ular, ada orang takut pacat dan lintah. Tapi, takut pada lipas lebih hebat dan dahsyat penangannya! hehe. Serangga berkaki halus ini kerapkali menyebabkan kita tak senang buat kerja di dalam rumah terutamanya di dapur. Kita sembur dengan ridsect, kita bagi racun lipas, tapi keturunannya masih ada sehingga ke hari ini. Bagi sesetengah orang mereka lebih suka kalau lipas ni tak keluar dari sarang mereka kan hehe.
Lipas telah wujud sejak berjuta-juta tahun lamanya, dan terdapat beribu jenis spesis lipas yang boleh ditemui di seluruh dunia pada hari ini. Sesetengahnya mengambil nama sempena tempat ia ditemui seperti Lipas Amerika, Lipas Jerman dan Lipas Oriental.
Lipas Surinam (Surinam Cockroaches)
Lipas Surinam adalah jenis serangga yang merosakkan tanaman. Spesis ini paling banyak ditemui di kawasan tropika dan lembap seperti di bahagian tenggara Amerika. Lipas dewasa berukuran antara 18 hingga 25 mm panjangnya. Manakala, lipas betina dewasa mempunyai sayap yang berwarna cerah dan kepala yang berwarna hitam.
Lipas Surinam lebih meminati tempat yang gelap dan lembap yang tersembunyi di sebalik penjuru dan objek. Ia membiak melalui proses partogenesis, iaitu lipas betina menghasilkan telurnya tanpa bersenyawa dengan lipas jantan. Telur-telur akan disembunyikan dibawah abdomen si ibu dan menetas di dalamnya.
Berita baiknya, lipas Surinam tidak biasa dijumpai dalam rumah. Namun begitu,mereka sangat suka mengerumuni kawasan tanaman dan kebun-kebun. Disebabkan itu, mereka merupakan serangga perosak dan musuh kepada para petani.
Lipas Pasir (Sand Cockroaches)
Sesuai dengan namanya, ia mudah ditemui di padang pasir dan bukit berpasir. Lipas pasir ini adalah dari famili Corydalidae. Lipas pasir tinggal di dalam gumuk pasir hampir sepanjang tahun dan berupaya mengorek ke dalam tanah. Ia makan akar-akar yang tumbuh di padang pasir, yang mana ia merupakan sumber air kepada manusia. Lipas pasir adalah haiwan nokturnal, dan lipas betina dewasa akan tinggal di dalam gumuknya sepanjang hari untuk mengelakkan dari terkena cahaya matahari.
Lipas pasir ini tidak menganggu manusia dan tidak akan membiak di dalam rumah.
Lipas Terbang (Flying Cockroaches)
Haaaaaa! inilah jenis lipas yang banyak menghantui kita semua kan hahaha! Ni kalau dia terbang hinggap kat baju atau seluar, mau kita lari lintang pukang macam kena kejar dek anjing kan haha. Kebanyakkan spesis lipas ni mempunyai sayap, tetapi bukan semuanya yang pandai terbang. Ada beberapa spesis saja yang mampu terbang dalam jarak yang dekat, dan sebahagian yang menggunakan sayap mereka untuk menggelusuri dari tempat tinggi ke kawasan rendah.
Lipas Asia (Asian Cockroaches)
Lipas Asia (Blatella asahinal) adalah lipas yang paling banyak ditemui dia Asia Tenggara. Namun begitu lipas Asia telah berkembang biak dengan begitu pantas dan kini biasa menyusup ke dalam rumah di seluruh dunia. Pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1980an di Amerika, lipas Asia telah merebak ke seluruh Tenggara Amerika. Seperti spesis lain juga, lipas Asia adalah pemakan omnivor dan dikenali sebagai pembawa kuman dan boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.
Lipas dewasa adalah sepanjang 13 hingga 16 mm panjang. Ia berwarna coklat terang dan mempunyai dua garisan selari di belakang kepala pronotum. Cara terbaik untuk menyingkirkan lipas ini adalah dengan cara mengenali tingkah laku mereka. Lipas Asia mampu terbang, manakala lipas Jerman tidak.
Lias Asia lebih menggemari tempat yang lembap dan teduh. Walaupun mereka lebih suka mengerumuni kawasan luar, mereka juga masuk ke dalam rumah. Lipas Asia aktif pada waktu senja dan akan terbang jauh untuk mencari sumber cahaya.
Lipas Kayu (Woods Cockroaches)
Lipas kayu atau Wood Cockroaches mempunyai badan berwarna coklat gelap dengan sayap yang berwarna coklat terang. Lipas dewasa berukuran antara 22 hingga 30 mm dan lipas betina berukuran antara 13 hingga 20 mm panjangnya. Lipas jantan boleh terbang manakal lipas betina tidak boleh terbang.
Secara asasnya, lipas kayu tidak masuk ke dalam rumah yang didiami manusia. Mereka tinggal di kawasan belukar atau hutan sepanjang tahun. Namun, antara bulan Mei dan Jun, dimana musim mengawan tiba, lipas jantan akan dapat menghidu bau feromon lipas betina dan akan pergi kepadanya walaupun ia berada di dalam rumah. Lipas ini juga boleh tinggal di dalam timbunan kayu.
Lipas Hijau (Green Cockroaches)
Juga dikenali sebgai lipas Cuba, lipas hijau adalah spesis tropika yang biasa dijumpai di Mexico, Amerika Tengah dan sebahagian Amerika Selatan dan juga kawasan lembap Tenggara Amerika di sepanjang perairan Gulf. Lipas Cuba berukuran antara 22 hingga 24 mm panjang. Tidak seperti spesis lipas yang lain, lipas hijau mempunyai sayap dan boleh terbang dengan baik.
Lipas hijau makan bahan yang berasaskan gula organik seperti buah-buahan. Lipas dewasa lebih pucat warnanya manakala lipas muda lebih gelap kehitaman warnanya. Biasanya dijumpai di luar, spesis ini adalah jenis konturnal dan mungkin tertarik kepada cahaya terutamanya di dalam kediaman manusia.
Lipas Albino (Albino Cockroaches)
Serangga yang dipanggil lipas albino ini sebenarnya adalah lipas yang melalui proses ekdisis dan pertukaran. Apabila kulit luar mulai tumbuh, yang juga dikenali sebagai kutikel, ia akan memisahkan kutikel tersebut. Kulit lembut di bawah yang berwarna putih akan kelihatan. Dalam beberapa jam, kutikel baru ini akan mula mengeras dan lebih gelap warnanya.
Lipas Kepala Beracun (Death Head Cockroaches)
Ada dua spesis berlainan yang dirujuk sebagai lipas kepala beracun.: Blaberus craniifer dan lipas diskoid. Namun, Blaberus craniifer merupakan lipas kepala beracun yang sebenarnya. Spesis ini mempunyai tanda yang berbeza, seperti tengkorak pada bahagian toraksnya. Sayapnya berwarna hitam dan mengeluarkan bau busuk sebagai mekanisme pertahanan diri terhadap pemangsa.
Begitulah serba sedikit info yang boleh dikongsikan bersama untuk tatapan pembaca. Memang ramai antara kita yang takut dengan lipas kan. Even, mereka juga tinggal dalam rumah yang sama dengan kita. Sebab itu, kita kena kenali dan ketahui tingkah laku 'jiran' yang tidak diundang ini.
Lipas makan hampir semua yang ditemuinya, dari buku, sampah, kain malah daging manusia! Pakar kesihatan di kawasan pedalaman merekodkan bahawa lebih separuh objek yang dikeluarkan dari telinga kanak-kanak adalah lipas dan lipas telah dikenalpasti sebagai penyebab kepada penyakit asma.
Pakar kesihatan juga mengatakan, besar kemungkinan lipas juga menjadi pembawa kepada pelbagai jenis bakteria termasuk salmonella, staphylococcus dan streptococcus.
Ingin ketahui bagaimana kita boleh menghalau lipas dari kediaman kita? Terjah {SINI} untuk mengetahui kekdahnya (^_^).
sumber : orkin.com
selalu yang dalam rumah Lipas Terbang (Flying Cockroaches) nie lah kan..hehehe...banyak rupanya spesies dia..
ReplyDeletehohoho yang terbang-terbang tu yang teman tak sior tu hehehe. Yang lain-lain ni walaupun rupanya pelik tapi tak kacau orang hehe :D
Deletemacam macam jenis lipas ek kenit...tiba2 farah still teringat entri pasal tikus tu...ihiksss...ada kena mengena ke ni?
ReplyDeletehahaha kes tikus tu kisah benar, memang kenit pun takleh lupa gengti tu lagi. Dua2 pun sama je, haiwan perosak hehe :D
DeleteAda cm2 jenis lipas rupenya.Barulah tasha tahu hehe :)
ReplyDeleteHmm.. lipas terbang tu yg pling bt aisyah gerun..eee..! :O
ReplyDeleteWah.. lipas ni pun banyak jenis jugak kan.. :)
ReplyDeletesy paling takut lipas. Tapi kat rumah ni ayah saya kuat menyakat. Nampak je lipas ayah akan tayang depan muka saya. Apa lagi menjerit-jerit macam orang kena histeria...hihi
ReplyDeleteSaya paling takut lipas. Kalau kat rumah ayah selalu menyakat. Pantang nampak lipas ayah akan tangkap dan tayang depan muka saya. Apa lagi menejrit macam kena histeria...hihi
ReplyDeletetak suka bau lipas...busuk
ReplyDeleterasanya yg terbang tu yg paling meremangkan tengkuk.. hehehe
ReplyDeleteKipas lipas je tak de hehee.. Mcm2 jenis lipas ni.. saya tak takut lipas tapi geli sbb kotor & busuk.. t kasih diatas perkongsian ye.. :)
ReplyDeletemeremang bulu roma tengok lipas.. geli kot! =D
ReplyDelete