Assalamualaikum!
Kelmarin dia kena marah ngan aku. Sampai bengkak-bengkak mata menangis. Kesian pulak nengoknye, tapi sayang tetap sayang, kalau buat salah mesti kena betulkan. Apa cara sekalipun, kita nak anak kita jadi lebih dari kita dulu. Kalaula ada butang 'Add' atau 'Delete' kat mana-mana bahagian tubuh badan kita ni yang boleh kita tekan pastu segala perangai buruk kita takkan dapat kat anak kita. Dan, segala perangai baik kita, kita boleh masukkan dalam badan dia .... boleh ke camtu?
Tapi, realitinya tak boleh kan? Bagi aku, nak perbetulkan kesalahan anak kena guna dua pendekatan iaitu melalui nasihat dan teguran untuk permulaan. Cakap elok-elok, suruh baik-baik dan tegur mana yang salah. Tapi, ada masa kena marah, membebel, rotan sikit-sikit, dan soal siasat itu aku memang buat. Bila hati dah 'sejuk', baru aku gi kat dia hulur tangan minta maaf kemudian peluk sambil cakap 'ibu sayang kakak, ibu nak kakak jadi baik'. Moga ibu dan kakak dilembutkan hati .....
Back to the topic, semalam kakak takda homework. Tapi, khusyuk bebenor dia menulis sesuatu dalam buku tebal ni. Ingatkan benda-benda biasa yang kakak biasa buat macam melukis atau buat soalan matematik sendiri.
Inilah karangan pertama yang kakak tulis sendiri, tanpa tanya ibu atau ayah. Katanya, Sir Raj yang ajar. Terdiam aku membacanya, walaupun ada kesalahan ejaan sikit-sikit di sana sini, ini jauh lebih bagus dari masa ibu umur 7 tahun dulu. Karangan B.M pun ibu tak tahu tulis lagi. Sebaris ayat belum tentu boleh siap!
Ibu : Pasaipa nama pak budak ni 'Ant' ?
Kakak : memang nama dia macam tu ibu. Sir Raj yang ajar.
Ibu: *garu kepala yang sedang gatal* takkanla nama pak dia Ant = Semut??
Kakak : laaaaa.... memang dia ni semut pun bu.
Ibu : laaaaa ni citer pasai semut kaaaaaaaaaa???????
Kakak : ye laaaaa ... ibu niiiii.
Ingatkan Andy Ant tu nama budak, sekali nama semut daaaaa. Semut ngan rimau gi sekolah ke??? T___T
hahaha...wah nampaknya kakak dah pandai buat karangan,,ada bentuk love lagi tu bg kat mak ayah dia ke..
ReplyDeleteSama ler dengan karangan anak perempuan saya...citer pasal semut....hihi
ReplyDeletehehe.. cerita semut dengan harimau la tu kot.. dah boleh menulis dlm bhsa inggeris kira pandai la tu kak.. >_<
ReplyDeleteHehehe... Pening ibu dia pkir rupanya pasal semut aje..
ReplyDeletekelakar la ak..hadoi.....
ReplyDeleteyumida pun sm pikir mcm akak..ingatkan nama budak
rupanya kisah haiwan ke sekolah
yeay kakak dah belajar buat karangan... nanti mama dia bagi tuition free... *_^
ReplyDeleteHehee.. imaginasi yg hidup.. semoga terus sukses ye.. :)
ReplyDeletesemoga anak terus berjaya.
ReplyDeletehahahha klakar lah part ant tu.Pape pon bijak tol kakak.Semoga berjaya kelak :)
ReplyDeletekelakar pulak membaca..jawapan confident tu bagus..sentap jap kan kak :D
ReplyDelete