Assalamualaikum!
Peredaran zaman dan kecanggihan teknologi menjadikan peluang perniagaan tidak lagi terbatas kepada satu kaedah sahaja. Kini, Muslim Niaga telah maju selangkah ke hadapan dalam usaha menjana pendapatan melalui perniagaan dropship secara online. Inilah yang menjadikan Muslim Niaga sebagai platform dropship produk Islamik No.1 Malaysia.
Apakah itu Dropship?
Dropship merupakan satu kaedah yang mudah dan efisien bagi sesiapa sahaja yang ingin memulakan sesuatu perniagaan. Anda hanya perlu menjadi agen dropship yang bertindak mempromosi barang niaga di laman-laman media sosial. Menariknya, anda tidak perlu membeli atau menyimpan stok barangan tersebut, sebaliknya anda hanya perlu mengambil gambar produk tersebut dan iklankannya di media sosial. Sebarang tempahan yang anda dapat, anda hubungi pembekal produk dan pembekal tersebut akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Mudah bukan? Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya.
Muslim Niaga Dropship Online
Sebagai platform utama untuk produk Islamik, Muslim Niaga turut tidak ketinggalan menyediakan perkhidmatan dropship secara online dalam memenuhi setiap kehendak dan permintaan pelanggannya.
Konsep dropship yang digunakan sangat efisien dan menguntungkan. Ianya semudah 5 langkah :
Perkhidmatan
Menyediakan Website Kedai - Muslim Niaga menyediakan kemudahan bagi usahawan kecil memulakan perniagaan secara online. Melalui RANIA (Rakan Niaga), anda akan dilengkapi dengan satu website kedai online anda sendiri. Ianya sudah dilengkapi dengan 300+ produk serta borang tempahan, ssitem bayaran dan juga blog.
Sistem Invois & Tempahan - Memudahkan pengedar dan pembekal menguruskan tempahan terkini. Email notifikasi dihantar kepada pembeli, pengedar dan pembekal untuk memberitahu status invoice. Pembekal juga dapat mengemaskini tracking no. dan maklumat ini akan dihantar terus ke e-mail pembeli dan pengedar.
Data Pengguna & Rekod Tempahan - Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting. Di sini kami benarkan anda akses ke maklumat pelanggan anda supaya anda dapat hubungi mereka. Mudah untuk anda buat 'follow-up' di masa hadapan.
Tidak Perlu Simpan Stok - Kaedah dropship membolehkan anda untuk tidak perlu menyimpan stok tetapi masih boleh beli pada harga borong. Di sinilah anda akan menjana keuntungan. Maklumat keuntungan setiap produk (Harga ajen & Harga jual) akan dipaparkan di dalam sistem kedai online anda.
Domain & Hosting - Anda tidak perlu fikir tentang keselamatan website. Tidak perlu pening kepala tentang bagaimana nak 'maintain' server hosting & domain kerana ianya semua dikendalikan oleh pakar-pakar kami di Muslim Niaga.
Bantuan & Sokongan - Kami tidak akan biarkan anda berniaga keseorangan. Kami sediakan group support di Facebook khas untuk anda berinteraksi dengan kami dan ajen-ajen kami yang sudah berjaya membuat jualan secara online dan offline menggunakan sistem kami.
Muslim Niaga turut menyediakan perkhidmatan lain seperti Design, Training Online, Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Train dan Trading untuk menajamkan lagi ilmu perniagaan dropship dan memantapkan lagi kemahiran anda dalam mengendalikan perniagaan secara online.
Dengan adanya bantuan dan servis dari Muslim Niaga, anda akan lebih bermotivasi memajukan diri dalam perniagaan dan menjana pendapatan yang lumayan serta meluaskan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan secara dropship oleh Muslim Niaga ternyata mampu mengubah persepsi anda tentang perniagaan.
Contoh borang pendaftaran |
Semudah 3 langkah dan anda akan menjadi rakan niaga dropship Muslim Niaga serta mampu memiliki website kedai online sendiri, seterusnya menikmati kemudahan dan perkhidmatan mengikut pakej yang anda pilih.
Pakej Asas - RM450 (Pendaftaran + 3 bulan sewa kedai online)
Pakej Pro - RM670 (Pendaftaran + 7 bulan sewa kedai online)
Pakej Premium - RM880 (Pendaftaran + 13 bulan sewa kedai online)
Selain itu, pihak Muslim Niaga turut memberi insentif kepada rakan niaga yang memperkenalkan Muslim Niaga Online Dropship kepada rakan lain melalui satu program yang dianjurkan iaitu Member Get Member (MGM). Setiap rakan niaga yang memperkenalkan sistem Muslim Niaga akan mendapat komisyen sebanyak RM100 untuk pendaftaran.
Format Link affiliate anda ialah: http://nama_kedai_anda/daftar.
Anda juga akan mendapat komisyen daripada Yuran Bulanan RM10 untuk Pakej Premium dan RM5 untuk Pakej Student bagi setiap pendaftaran rakan niaga yang aktif.
Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Muslim Niaga, bolehlah berkunjung ke:
Laman web rasmi : Muslim Niaga
Twitter : @mndropship atau LIKE fanpage Muslim Niaga
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus Muslim Niaga di :
Alamat Pejabat :
No 32 - 3B
Jalan PJU 1/3B
47301, Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.
No. Tel. Pejabat :
Waktu Pejabat :
9.30am-5.00pm
Peluang dan ruang telah terbentang luas di hadapan anda, jadi jangan lepaskan peluang yang baik ini untuk menjadi agen drosphip Muslim Niaga dan mulakan langkah niaga anda dengan mendaftar sekarang.
all the best kenit...
ReplyDeletePlatform terbaik.All the best Kak Anim :)
ReplyDeleteAll the best kenit..
ReplyDeleteAll the best kenit.. :)
ReplyDeletebaru baca kat blog bolgger tadi... benda ni baru lagi ke?
ReplyDeletesemoga berjaya dalam contest SEO Muslim Niaga
ReplyDeletesemoga berjaya dalam contest SEOMuslim Niaga
ReplyDeleteMuslim Niaga membuka peluang perniagaan yang boleh menjana keuntungan berlipat ganda. Tak perlu pening pikir pasal stok. Juz daftar sebagai ejen n dah boleh berniaga. Terbaik la Muslim Niaga! All d bez kak kenit
ReplyDeleteMuslim Niaga Platform Dropship
Muslim Niaga membuka peluang perniagaan yang boleh menjana keuntungan berlipat ganda. Tak perlu pening pikir pasal stok. Juz daftar sebagai ejen n dah boleh berniaga. Terbaik la Muslim Niaga! All d bez
ReplyDeleteMuslim Niaga Platform Dropship
Good luck kenit..hope sukses...
ReplyDeleteshad datang balas kunjungan ke sini.. :D
ReplyDeleteAll the best kenit.. bagus sistem dropship nie.. tak perlu keluarkan modal tp still boleh menjana pendapatan kan.. =D
ReplyDeletePencarian pemenang untuk Contest Muslim Niaga 2014 akan berlaku tak lama lagi... siapa agaknya akan terpilih?
ReplyDelete