Assalamualaikum!
sumber : google |
Nak gi pasar dah ke? Sebelum nak gi, mai sini kenit kongsikan tips yang mungkin berguna untuk anda hehe. Nak memilih ikan, udang, kerang kat pasar juga memerlukan kekdah tertentu supaya ikan yang kita pilih bukan ikan busuk dan menjejaskan mood kita nak memasak untuk keluarga tersayang.
Perkara biasa yang akan kita buat dekat pasar atau kedai jual ikan. Picit-picit badan ikan tu, amik pastu bau hehehe. Bila banyak sangat picit, kena sound pulak ngan tuan punya kedai ....dah tak jadi nak beli hehe. Kalau kat pasar tu, lagi la tak boleh nak micit-micit ikan tu, takat tengok mata, tengok badan, pura-pura pegang sekor tapi picit gak badan tu sikit-sikit nak tengok lembik ke idak muahahaha.
Perkara biasa yang akan kita buat dekat pasar atau kedai jual ikan. Picit-picit badan ikan tu, amik pastu bau hehehe. Bila banyak sangat picit, kena sound pulak ngan tuan punya kedai ....dah tak jadi nak beli hehe. Kalau kat pasar tu, lagi la tak boleh nak micit-micit ikan tu, takat tengok mata, tengok badan, pura-pura pegang sekor tapi picit gak badan tu sikit-sikit nak tengok lembik ke idak muahahaha.
Kenit dah banyak kali terkena beli ikan busuk! Dek kerana percaya orang tu cakap ikan tu segar baru sampai jeti dan sebagainya maka kita pun senyum dan angguk je la. Masa beli, elok je ghuper ikan tu bila buka plastik bawa keluar ikan tetiba bau teruk! Isi lembik, picit-picit ghupernye isi perut pun nak terburai dah! Tobat lepas dari tu, kalau kenit beli ikan, kenit sendiri akan periksa ikan tu.
Nak tahu apa langkah seterusnya? Jom kita belajo (^_^)
Hidu bau ikan :
Kalau baunya serupa ikan mati (eh, memang tu ikan dah mati pun kan???) atau berbau busuk (ikan segar tidak berbau busuk), mungkin anda patut pilih ikan yang lain. Ikan segar tidak mengeluarkan bau busuk. Jika kat supermarket, pegang plastik yang membungkus ikan tersebut dan lalukan ke hidung anda. Ia sepatutnya tidak mengeluarkan bau.
Lihat teksturnya :
Elakkan dari mengambil ikan yang bentuk badan atau teksturnya kelihatan seperti 'nak jatuh' atau lunyai. Jika badan ikan tu lembik atau bila dipicit teksturnya tidak naik kembali ke asal, maka ia bukan ikan yang berkualiti.
Berkilat itu tandanya sihat :
Periksa tahap kekilatan pada kulit ikan tu. Jika ia bersinar dan berkilat, maka itulah ikan yang dicari. Shine bright like a diamond hehe.
Mata jernih dan bersih :
Pastikan mata ikan bersih dan jernih. Jika ada darah dalam mata ikan, atau kelihatan lebam maka ikan itu mungkin telah disimpan agak lama. Tak perlu menoleh ke arahnya lagi.
Insang yang merah :
Periksa insang ikan, jika lembik atau kelihatan merah lebam maka ikan tu ikan lama. Tapi, ada juga insang ikan yang tak berapa merah tapi ikan itu masih boleh dimakan.
Udang :
Udang yang bagus kualitinya adalah udang yang apabila di tarik kulitnya, ia akan senang tertanggal tanpa melekat pada isi. Bayangkan makan char kuey tiow, tengah kopek udang tetiba kulitnya hancur dan bercampur bersama isi udang yang dah lembik. Spoil!! So, jika kepala udang tu dah hitam dan badannya lembik, bau pulak tidak menyenangkan better jangan amik udang tu.
sumber : google |
Kerang dan kupang :
Pastikan memilih kerang yang tertutup cengkerangnya. Ujian bau turut membantu anda memilih. (Actually, yang ni kenit ada kontra sikit. Biasa kenit beli kerang kenit akan pastikan kerang tu terbuka supaya kenit tahu kerang tu masih hidup dan segar. Kalau jolok jari dalam kerang tu, ia akan tertutup kan so maknanya kita boleh beli la kerang tu hehehe)
Tips yang simple dan boleh dipraktikkan bila kite beli ikan di pasar. Kekdah ini sangat membantu kenit memilih makanan laut yang segar dan bersih. Lagipun, harga sekarang dah mahal sangat jadi kita kena pastikan kualiti makanan yang kita pilih setanding dengan harga yang kita bayar.
Selamat memilih! (^_^)
sumber : yahoo.com
terimakasih tipsnyaa
ReplyDeletetips yang menarik kenit :)
ReplyDeleteJom follow blog Huda http://vitaminboutique.blogspot.com/
thanks for sharing the tips kenit!!! ^_^
ReplyDeleteinformative! :)
ReplyDeleteKadang2 saya keliru masa nak pilih ikan. Terima kasih untuk tips ni..! ^~^
ReplyDeleteNice tips... Biasa suami yg ke pasar.. Sy msk aje..
ReplyDeleteInfo yg bagus ni. Thanks sharing.. :)
ReplyDeletemenarik...
ReplyDeletemenarik tip nie.....
ReplyDeletethans kenit bg tips ni.Hahah selalu saya main amik je heheh
ReplyDeleteterima kasih berkongsi sis..
ReplyDeletekadang2 pun terbeli yang kurang segar,huhu
https://www.diyanarazim.com