Assalamualaikum!
Pn. Xiang sedang mengait topi untuk suaminya. (sumber : HAP/Quirky China News/REX) |
Mereka mungkin kelihatan normal dan sama seperti pasangan lain, namun wanita ini bukan saja mempunyai bakat mengait baju sendiri tapi beliau mengaitnya dengan rambutnya sendiri!
Guru pencen ini telah menghabiskan masa 11 tahun mengait baju cardigan dan topi dari helaian rambut yang dikumpul pada sikatnya sejak beliau berumur 34 tahun.
"Ramai yang suka akan rambut saya yang panjang, hitam bersinar jadi saya ingin menyimpannya walaupun helaian rambut yang jatuh atas lantai," kata Pn Xiang dari Chongqing.
Untuk membuat cardigan, beliau menggunakan 15 helai rambut sebagai satu lembar 'benang' dan 20 helai rambut untuk topi.
Beliau mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan sepenuhnya cardigan tersebut dan 3 tahun untuk topi. Langkah beliau tidak berhenti setakat itu sahaja apabila beliau bercadang untuk mengait namanya dengan warna kontra pada pergelangan baju cardigan tersebut.
Namun begitu, beliau mungkin terpaksa menunggu dan mengumpul rambut putih (uban) sehingga cukup bagi melengkapkan tugasnya.
P/S: what a unique, brilliant, weird, economic and ..... hairy cardigan!
sumber : dailymail.uk
jimat beli benang kait kan...
ReplyDeletebiar btl mcm2 ada ye sis
ReplyDeletekreatif..:)
ReplyDeletehahah pelik2 sungguh
ReplyDeleteUnik! 5 tahun baru siap cardigan tue. Mesti susah nak buat, kena betul-betul teliti. :)
ReplyDeletefuyooo!!bia betikk!
ReplyDeletewahh gigih..rambut sendiri kot.
ReplyDeletewah...hebat sungguh.
ReplyDeleteWow :O Creative
ReplyDeleteJom singgah sekejap awksweetgitu.blogspot.com :)
Huh.. mcm2 kreativiti org ni...
ReplyDeletecardigan tu nak pakai ke hiasan je?..
ReplyDeleteerk..panjang sgt ke rambut dia kak sampai boleh kait buat topi
ReplyDeleteHa..a.. Ada gak terbaca kt akhbar... Mmg kreatif lah... Pnjang tul.rmbut dia..
ReplyDelete