Assalamualaikum!
Kehadiran Yeo's dalam hidup aku sejak dari kecil memang tak dapat dinafikan lagi. Pendek kata, aku membesar dengan minuman Yeo's. Tiap kali rasa haus, masuk kedai buka peti sejuk minuman yang akan aku capai adalah minuman Yeo's sebab rasanya bukan saja sedap tapi sangat melegakan tekak.
Dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, minuman Yeo's tetap menjadi idaman walau dimana aku berada. Malah, keluarga aku juga sudah 'sebati' dengan produk Yeo's. Jadi, memang tidak ada masalah untuk aku menerima Yeo's dalam hidup aku.
Ingin selami kenanganku bersama Yeo's? Jom ... aku kongsikan (^_^)
Ingin selami kenanganku bersama Yeo's? Jom ... aku kongsikan (^_^)
Minuman soya Yeo's memang menjadi pilihan aku sejak dari bangku sekolah lagi. Kelebihan yang ada pada air soya Yeo's bukan hanya kerana rasanya yang sedap tetapi kebaikan anti-oksidan dan kaya dengan kalsium itu yang lebih memikat hatiku. Sebagai pelajar sekolah, aku juga sukakan minuman soya Yeo's kerana ia kaya dengan sumber protein. Kalau lepas bersukan, air soya Yeo's akan menjadi pilihanku untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga.
Minuman soya Yeo's juga sesuai diminum bila-bila masa dan dimana saja. Sambil duduk lepak bersama keluarga di restoran atau sedang menunggu tren, pasti air soya Yeo's ada menemaniku. Terasa kesegaran soya dalam setiap tegukan dan aku pasti nak lagi!
Minuman Yeo's memang sesuai sepanjang masa, termasuklah ketika di bulan Ramadhan. Aku takkan lepaskan peluang untuk menikmati air cincau Yeo's sebagai minuman berbuka puasa. Dan, pastinya kombinasi cincau Yeo's dan soya Yeo's cukup menambah kenikmatan dan kelazatan juadah berbuka puasa. Dan, bila tiba musim perayaan, air cincau dan soya Yeo's menjadi kesukaan tetamu yang berkunjung ke rumah. Hidangan lain dari yang lain menambah citarasa, senang disediakan dan melazatkan! Kalau ada air soya Yeo's dan air cincau Yeo's, memang tak pandang dah air lain.
Apakah kebaikan cincau? Banyak kebaikannya dan sudah tentulah dari sudut kesihatan, yang mana ia bertindak sebagai menurunkan suhu panas badan, melegakan perut dan mencegah gangguan sistem pencernaan. Ia mempunyai efek penyejuk dan rasanya yang kenyal dan seperti agar-agar mudah dinikmati oleh semua golongan dan peringkat umur.
Apa yang aku suka pasal Yeo's ni adalah kerana variasinya. Pelbagai pilihan di bawah satu jenama, dan Seri Kaya Yeo's adalah pilihan utama kalau makan dengan roti. Sapuan halus di atas roti sangat memikat mata. Rasanya yang lemak dan sederhana manis memikat selera dan keaslian serta rasanya yang tidak berubah menjadi idaman semua. Setiap pagi, mak akan sapukan roti dengan Seri Kaya Yeo's untuk aku bawa ke sekolah. Sarapan sihat seawal pagi sangat membantu aku menjadi seorang pelajar yang aktif dan sihat. Dan, ia bermula dengan sarapan pagi bersama Yeo's.
saya suka minum teh kundur dengan teh hijau. sedap. Semoga berjaya ya..
ReplyDeleteI like to drink Yeo's Soya and Cincau as well, but since lately I heard a lot about the negative effect from the canned Soya Bean, I stop buying it.
ReplyDeleteyeay sama.Saya pon penggemar yeosss.Sya paling suke teh bunga hhee
ReplyDeleteyeos memang pilihan hati sejak dulu...
ReplyDeletekilang yeos dekat jek..kat jalan tebrau tu..hehe..
ReplyDeletepaling suka soya yeos..akak pergi SBB ye..jumpe nanti ye kak :)
ReplyDeleteoh yess dear, fiza gi jugak ye? i'll see you there insyaAllah :)
Deletesemoga berjaya...
ReplyDeletesaya pula lebih gemarkan soya ESP dari Shaklee yang dijamin dari sumber Non GMO :)
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletesalam ziarah dari bunda...semoga berjaya..
salam
ReplyDeleteYeo's memang pilihan ramai..dari dulu lagi.
Nanti jumpa ya kat SBB
W'salam, insyaAllah kak Hanny kita jumpa sana (^_^)
Deletesemoga berjaya
ReplyDeletegood luck
ReplyDeleteowh.. ada program rupanya.. patut ramai blogger sebut pasal yeos ni..
ReplyDeleteYeos teh bunga mmg tetap kegemaran saya sejak azali lagi... good luck.. :)
ReplyDeletesoya cincau mmg best... ingat ms zaman kanak2 masa ia mula diperkenalkan time bulan puasa.. mmg paksa terus mak untuk beli,, hehe...
ReplyDeleteall the best kak
ReplyDeletegoodluck! dah G+1 entri ..
ReplyDeletehttp://www.cikgunaman.com/2014/02/gaya-hidup-sihat-ditemani-yeos.html
terima kasih cikgu (^_^)
Deletesuka teh bunga yeo's memang menyegarkan time panas nie.....
ReplyDeleteSebab awak pergi SBB 2014..... saya kasi gplus untuk entry nei....
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih bro! (^_^)...hou yeaaaa thank you for supporting me :)
Deletegood luck ye
ReplyDeletegud luck kak..
ReplyDeletetebraek entry kak..
shark x sempat nk join :(
dpt join #sbb2014 rasa ok dh :)
nak komen lagi sekali..tq share kak..fiza pun dah share untuk akak..all the best :)
ReplyDeleteproduk Yeos menjadi bualan dan kegemaran orang masa kini...Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+ pada entri ini.Good Luck yer.
ReplyDeleteGud luck kenit.. kalau la dekat rasa mcm nak join jer event tue.. =D
ReplyDelete