Assalamualaikum!
Gambar hiasan |
WAJIB difahami sebenar-benarnya untuk elak seksa kubur dan elak amalan jadi sia-sia – Isu ini bukan untuk lelaki sahaja, wanita juga perlu ambil perhatian!
Zaman serba maju ini, dengan kewujudan tandas berdiri bagi lelaki, timbul satu isu dimana, adakah anda menyucikan kemaluan anda selepas kencing? Bukankah ada kemungkinan sisa saki baki kencing yang keluar kemudian, akan terkena pada seluar atau pakaian dalam atau boxer? Adakah anda sudah beristinjak selepas kencing (samada dengan air atau tisu)? Adakah anda menjaga diri anda dari percikan kencing? Adakah anda telah melaksanakan perbuatan melawaskan kencing agar saki bakinya keluar habis?
Ada juga wanita yang tidak membuka bukaan kakinya dengan besar, boleh pulak mengepit kaki semasa kencing. Kemungkinan untuk air kencing tersebar atau terkena atau terpercik pada bahagian punggung atau paha adalah lebih tinggi, berbanding kencing dalam keadaan tidak mengepit, khususnya mereka yang berbadan besar. Lepas selesai, hanya basuh pada kemaluan, mengabaikan punggung dan paha yang mungkin terkena najis. Ini adalah satu kesalahan yang ramai abaikan kerana kelihatan remeh.
Kita akan menyelusuri perkara ini dengan huraian yang mendalam, kerana perkara ini wajar ditekankan kepada setiap mukallaf, khususnya LELAKI. Huraian yang akan saya bawakan adalah dengan hadis yang sebahagiannya hadir bersama senarai sanad penuh, agar anda boleh merasa/melihat situasi bagaimana keadaannya mempelajari tentang hadis dan usul hukum. Turut saya selitkan bersama ialah hujjah dan qalam ulama’ berkaitan soal toharah ini. Semoga mendatangkan manfaat.
KEBANYAKAN SEKSA KUBUR ADALAH DISEBABKAN KENCING
Hadis: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hammad, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Al A’masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw, baginda bersabda:
“Kebanyakan siksa kubur adalah kerana kencing.”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra. Hadis ini sahih]
Dalam hadis lain:
Rasulullah saw bersabda:
“Berlindunglah kalian dari air kencing kerana kebanyakan
azab kubur adalah daripadanya.”
[Riwayat Daraquthni di dalam Sunannya, hadis ini sahih]
Dua hadis ini menjadi bukti bahawa air kencing sebenarnya memberi impak yang besar kepada diri seseorang di alam barzakh. Dalil ini juga membuktikan bahawa ramai orang diseksa di dalam kubur adalah kebanyakannya disebabkan air kencing. Ini diperkuatkan dengan hadis:
Telah mengabarkan kepada kami Ahmad bin Sulaiman dia berkata; telah menceritakan kepada kami Ya’la dia berkata; telah menceritakan kepada kami Qudamah dari Jasrah dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Aisyah, dia berkata;
“Seorang wanita Yahudi menemuiku dan berkata “Azab kubur itu boleh terjadi kerana air kencing (yang tidak sempurna disucikan)”. Aku (Aisyah) pun berkata “Kamu berdusta”. Dia berkata “Benar, bahkan jika salah seorang kami siap untuk memotong kulit dan pakaian kami (jika terkena air kencing)”. Kemudian Rasulullah saw keluar hendak solat, baginda mendengar suara kami yang keras, maka baginda bertanya “Ada apakah ini?”. Lalu aku memberitahu apa yang dia katakan. Nabi saw bersabda “Dia (orang Yahudi itu) berkata benar”. Maka setelah itu, baginda tidaklah melaksanakan solat kecuali beliau mengucapkan di akhir solatnya “Ya Allah, pemelihara Jibril dan Mikail dan Israfil, lindungilah aku dari panasnya api neraka dan azab kubur”
[Riwayat an-Nasa’i di dalam kitab Sunannya, 13/794; juga diriwayatkan dalam Musnad Ahmad 13/1113, no. 23188]
Hadis ini membuktikan lagi bahawa antara azab kubur di alam barzakh nanti adalah disebabkan air kencing. Maka telah terang, jelas, lagi bersuluh, bahawa air kencing merupakan salah satu penyebab kita diazab di dalam kubur. Wajiblah anda mengetahui sebab-sebab dan cara menjaga diri dari najis air kencing.
MENGAPA AIR KENCING MENJADI PENYEBAB KITA DIAZAB?
Kerana ia NAJIS. Dan najis adalah penyebab solat tidak sah, penyebab diri kita tidak suci untuk beribadah. Tidak melindungi diri dari terkena percikan atau saki baki air kencing itu sendiri adalah di antara sebab yang akan mengakibatkan seseorang itu terkena azab kubur. Kerana melalaikan diri kita, sengaja mengabaikan najis yang terkena pada pakaian atau tubuh. Sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan ramai ahli hadis di bawah:
HADIS DI BAWAH SANGAT PENTING..!! Sila baca dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, Muhammad bin Hazm berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Mujahid dan Thawus dari Ibnu Abbas ra berkata:
“Rasulullah saw melalui dekat dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sedang diseksa, dan keduanya diseksa bukan kerana perkara besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba (menyebar fitnah)”. Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, baginda lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan tersebut. Para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” baginda menjawab “Semoga seksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah”.
[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wudhu’, Bab membersihkan kencing, no 216; juga diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, dan Ahmad]
Perbuatan mengelakkan diri dari terkena percikan atau saki baki kencing mungkin dianggap remeh, seperti mana sabda baginda dalam hadis di atas, bukan suatu perkara yang besar dan bukan suatu yang rumit. Perbuatan itu suatu yang mudah, tetapi kerana orang melihatnya mudah, orang mengambil sikap sambil lewa, meremehkan perbuatan mudah ini, lalu mengakibatkan mereka ditimpa azab di dalam kubur tanpa mereka sangka.
AKIBAT DI DUNIA, ATAS KELALAIAN DALAM MENJAGA NAJIS KENCING
Salah satu akibat utamanya ialah solat tidak sah. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu syarat sah solat ialah suci dari najis. Air kencing merupakan salah satu najis yang menyebabkan syarat sah solat tidak dipenuhi, lantas solat kita tidak dikira sah. Ini berdasarkan dalil:
Telah menceritakan kepada kami Waki’ berkata; telah menceritakan kepada kami Dawud Al Adawi dari ayahnya dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah saw bersabda;
“Jangan sampai salah seorang dari kalian solat sedang pada dirinya terdapat kotoran tahi dan air kencing”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra]
Akibat-akibat lain ialah, kemungkinan akan terkena penyakit, penyebab pakaian/tubuh berbau busuk, najis akan berpindah kepada benda lain yang dikhuatiri penyebab ibadah kita di masa akan datang tidak sah, najis akan berpindah apabila dimasukkan ke dalam mesin basuh yang tidak melalukan air dengan sekali lalu dalam memindahkan najis (rendaman mesin basuh tidak dikira air mengalir), dan banyak lagi.
Artikel berkaitan :
sumber : SINI
#pray4MH370
great piece of sharing kenit..
ReplyDeleteOkey noted kenit.. thanks 4 sharing..=D
ReplyDeletesatu perkongsian yang jelas mengenai perkara yang kita anggap remeh...
ReplyDeleteTQ utk info....
ReplyDeleteBaru la tau bende2 cmni...
Sungguh menarik perkongsian ini....
ReplyDeleteSubhanallah... semoga kita semua sentiasa dibwh perlindungan & kasih syng Allah swt.. aamiin. T kasih atas peringatan & perkongsian ini kenit.. :)
ReplyDelete