Breaking

Thursday, March 27, 2014

Birthday Girls Di Hari Meteorologi Sedunia


Assalamualaikum!

Tanggal 23hb Mac yang lepas merupakan hari istimewa bagi kenit dan anak-anak. Selain meraikan ulangtahun kelahiran kedua-dua my precious pearls, Hazwani & Hazmira, hari itu juga merupakan hari sambutan Hari Meteorologi Sedunia! What a beautiful coincidence! (^_^)


Beli kek yang cantik ni pada malam sebelum tu. Konon planning awal nak sambut birthday tepat jam 12 tghmalam la kan. Kita ni beria la berjaga malam sampai ke sudah menunggu nak sambut birthday anak-anak. Memula Pak Jelan kata nak lelap 5 minit je! Pas 5 minit ....5 minit .... 5 minit ...sambung sendiri.

Lebih kurang kul 10 anak-anak mata dah kuyu, mintak lelap kejap katanya. Takpela, kang kul 11.50mlm ibu kejutkan la ye. Alih-alih, sorang pun tak bangun bila kenit kejut! Ayah ngan anak-anak bantai tido sampai ke subuh! Grrrrrrr ....

Pagi 23hb tu la baru nak kelam kabut nak nyanyi lagu brithday, baca doa dan motong kek hehe. Disebabkan pada hari yang sama, kenit ada event kat Melaka, kenit bawa birthday girls ni sekali.


Ok, Mira memang terover jakun dan excited dapat naik bas hehehe

Lepas motong kek kat umah, kami bertiga bergegas ke pejabat kenit nak naik bas. Kali ni sambutan birthday kakak & adik sedikit unik sebab mereka sambut sekali dengan sambutan Hari Meteorologi Sedunia! hehe. Kebetulan, event ni dibuat di Melaka, so memang langkah kanan la! Dapat gi jenjalan dan balik kampung sekali!

Seronok diaorg dapat naik bas besar hehe. Kenit pulak seronok sebab dapat balik kampung naik bas free takyah bayar hahaha. Planning asal bertolak dari opis kul 9pagi, tapi kul 9 lebih baru tayar bas bergolek .... hurmm.




Lebih kurang kul 11.45 pagi, barulah kami sampai ke tempat yang dituju. Ingatkan Pejabat Meteorologi Melaka ni terletak dalam kawasan airport, rupanya kat ujung airport!


Inilah wajah baru Pejabat Meteorologi Melaka. Dulu, ia dipanggil stesen Meteorologi Melaka tapi infrastrukturnya telah dinaiktaraf pada tahun 2009. Awal tahun 2000, memang tak ramai kaum wanita yang bekerja di stesen meteorologi. Namun kini, kaum wanita mula memonopoli bidang kerja sains, dan kerjaya sebagai pembantu meteorologi tidak lagi hanya bergantung kepada kaum lelaki. 

Terbukti kaum wanita juga boleh melakukan kerja yang mencabar ini! hehe. Hey, ingat senang ke nak jadi pemerhati cuaca ni? Korang kena lulus cemerlang SPM subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris! Lepas diterima, korang kena jalani kursus asas 6 bulan dan belajar segala jenis kod cuaca dan pelajari jenis awan dan angin! Kalau ada basic sains ok le, tapi terkontang kanting jugak la nak memahamkannya!

Itu belum lagi korang belajar cara tulis coding weather untuk dihantar kepada tower dan pilot. Silap weather ko bagi, menjawabla ko dalam mahkamah nanti! Jangan main-main hooooo!


Masa ni, orang tak ramai lagi, kelihatan baru sedikit pengunjung yang hadir dan duduk di bawah khemah yang disediakan. Event bersama YB tu start kul 2.00 petang, so belah pagi ni event tuk kanak-kanak dulu la.



Kat atas ni tapak pencerapan cuaca dimana pencerap melakukan pencerapan. Keluasan tapak cerapan ini semuanya diukur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh WMO. Segala alatan cerapan cuaca diletakkan di tempatnya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh agensi cuaca antarabangsa. Tak boleh main letak je mana kita suka.

Antara alatan yang terdapat di tapak cerapan ini ialah, termometer kering & basah, tangki sejatan, odometer, tabung hujan dan lain-lain. Setiap hari, pencerap cuaca akan mengambil bacaan setiap dari alat ini dan hantar ke HQ.


Hari tu juga ada aktiviti untuk kanak-kanak, antaranya pertandingan melukis mewarna dan penyampai cuaca. Kakak masuk pertandingan mewarna, adik pulak jadi peserta 'bidang terjun' hahaha. Umur 5 tahun pun boleh masuk jugak hehehe. Walaupun kitaorg sampai lambat aritu, sempat jugak kakak adik habiskan mewarna tu.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mendapat goodie-bag dari pihak urusetia, antaranya kaler pensel Faber-Castel dan crayon Buncho. Okla tu kakak adik dapat sorang satu set, takyah nak berebut dah pasni.



Kat atas ni, antara peserta yang masuk pertandingan mewarna hari tu. Perghh! tengok je la set kaler yang diaorg bawa sendiri tu! Kata cikgu diaorg, kanak-kanak ni memang aktif memasuki mana-mana pertandingan mewarna dan mereka memang ada set kale rmereka sendiri. Fuh! patutlaaaaaaaa......




Untuk pertandingan penyampai cuaca, kategori ini disertai oleh peserta sekolah menengah. Terketor-ketor diaorg bercakap kat depan skrin tv tu hehe. Tapi, masa ni baru sesi latihan je hehe kiranya nak kasi ilangkan nervous bercakap depan orang la tu.


Raja bomoh tersesat mane ni???


Lebih kurang pukul 3pm, YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah sampai ke tapak event. Beliau memberikan ucapan pembukaan dan seterusnya menerangkan kepentingan peranan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam memberi khidmat untuk rakyat Malaysia.

Kemudian, beliau turut merasmikan sambutan Hari Meteorologi serta perasmian Pejabat Meteorologi Melaka.




Walaupun kakak tak menang dalam pertandingan mewarna hari tu, alhamdulillah diaorg happy sangat dapat join event tu. Kenit sengaja mendedahkan mereka dengan event sebegini, apatah lagi ia memang ada kena mengena dengan kerja kenit.

Walaupun mereka belum nak memahami apa itu iklim dan perubahan cuaca, at least mereka enjoy dan berminat menyertai aktiviti santai sebegini. Hopefully, next year mereka ada peluang untuk join lagi.


Disebabkan hari tu adalah hari istimewa buat my both precious pearls, kenit gigih bawa diaorg jumpa 2 orang penting di atas ni dan minta kebenaran untuk bergambar bersama anak-anak kenit sebagai kenang-kenangan. Memula tu malu siotttt! haha.

Mujur la dua-dua Datuk ni sporting habis hari tu heee.

#pray4MH370

11 comments:

  1. Assalamualaikum kenit... tengok kek angry bird tu, teringat sheila kes tahun lepas. hahhaa. bestnya sambut birthday girl.. meriahnya hari meteorologi... singgah sambil menabung ford sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sheila...

      apa kes tu dear? haha. Kek angry bird ni je yang bersaiz sederhana, yang lain sumer saiz gabak-gabak hehe.

      Delete
  2. seronoknya hari istimewa anak2 akak..ada juga kenangan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kebetulan sama ngan birthday diaorg, so ini antara caranya akak celebrate ngan diaorg :)

      Delete
  3. selamat hari lahir..moga jadi anak yg solehah.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn amiin yarabbal alamin ...terima kasih atas doa ini ye kak (^_^)

      Delete
  4. wah birthday mereka dua2 dekat2 ek? happy belated birthday to sayangs aunty... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. birthday mereka berdua memang jatuh pada tarikh yang sama dear hehe, sekali ngan birthday hari meteorologi sedunia ekekeke :D. Thank you aunty :)

      Delete
  5. teringin nak bawa anak g masuk pertandingan mewarna..blm ada peluang lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la 1st time kenit masukkan diaorg ni kak, kalau tak memang tak tahu nak masukkan kat mana hehe :D

      Delete
  6. Wahh... beruntungnya.. pasti bertambah2 meriah. Kami pun kat Melaka skrng ni hahaa..
    Oh.. happy belated birthday buat anak2 kenit.. 3x tesco sini.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.