Assalamualaikum!
Wan memang susah nak keluar gi jenjalan. Ajak la gi shopping ke, gi makan ke, gi bercuti ke memang dia tak minat. Tapi, cuti sekolah kali ni, kenit berkesempatan bawa Wan ngan anak-anak gi jenjalan dan shopping sekitar Melaka. Tak banyak tempat pun kami pi, tempat yang ada SALE, tu la yang kami terjah! hehe.
Wan kata nak cari kasut yang bertutup di depan. Selesa sikit kalau gi berjalan ke kenduri kahwin. So, kami pi la cari kat Mydin MITC, Ayer Keroh. Sampai-sampai je, masing-masing dah buat muka kelaparan, so kami singgah makan kat Restoran Upin & Ipin dulu.
Tulis sendiri apa nak makan |
Faham-faham je la, ni 1st time kot kami masuk restoran ni, ingatkan 'SOP' sumer kedai makan stendet, rupanya kali ni lain pulak ye hehe, Biasanya waiter akan datang bagi menu dan amik order dari pelanggan. Tapi, kat sini dia bagi menu, kertas order dan pensel kemudian kita sendiri decide apa kita nak makan, dan tulis kod makanan kat atas kertas order tu. Nak makan apa, nak minum apa tulis je kod kat situ.
Nampak cam best je kan :)
Memula Mira nak ayam goreng, sekali tak jadi pulak. Mungkin masih kenyang ngan ayam KFC atok belanja ari tu kot hehe. |
Hish! ape kakak buat mulut menjiuh gitu tu? |
Dah siap tulis order. |
Ok gak dia buat style gini. Kita tak silap order dan dia pun tak silap tulis order. Tapi, aritu ntah macam mana kakak mintak teh ais, kenit gi tulis kod untuk milo 'o pulak. Bila sampai kat meja, tersengih-sengih mintak waiter tu tambah ais dan susu hehehe.
Kat restoran ni bukan jual makanan aje, tapi juga ada jual merchandise Upin & Ipin. Macam2 ada kat sini, alat tulis, bantal, tabung, permainan dan macam-macam lagi. Kalau banyak duit, boleh shopping dan makan sekali kat sini.
Spaghetti carbonara ni for me. Sedap boleh tahan sauce carbonara dia. Pekat dan lengkap rasa bawang putih dia. Nice. |
Bihun soto ni untuk bonda kesayanganku. Mak kata, terasa bahan rempah dalam kuah soto ni. Habis la mak makan hehe. |
Set kombo ni untuk my cikenits. Kakak sorang je makan, tu pun tak habis. Mira dok sibuk jakun nak tengok kasut baru dok tergantung kat depan restoran ni..huh! |
Kiri : Air bandung cincau + soda. Kanan : Air bandung |
Spaghetti ibu 'disambar' kakak. Nampak sedap, makan sedap tambah ada sosej pulak tu, lagi hebat dia menghabiskan! |
Mak sedang menikmati air bandung cincau + soda. "Ehhhh, rasa macam bergas la nim". Yes mak, sebab ada campur air eksrem soda la mak hehe. |
Full house ari tu! |
Pilih mana yang berkenan di hati. |
Masing-masing dah pilih, berjalan ke kaunter untuk bayar. Sape bayar? Wan bayar .... pasal Wan kata memang nak belanja kakak adik hehe. Mekasih Wan! (^_^) |
Buku baru. Yang besar tuk kakak, yang kecil tuk adik. |
Amboi kakak, bersilang kaki sambil baca buku. Wan pulak, setia menunggu pekerja bawa saiz kasut yang sesuai. |
Kasut yang mak berkenan dah jumpa, tapi saiznya pulak takda. Last-last, tak jadi beli la kasut tu. Hurmm .... takpe mak nanti anim bawa mak gi cari kasut lagi.
#pray4MH370
Assalamualaikum kenit, aduhhh terliur sheila tengok spaghetti carbonara tu. heee bestnya jalan2 dengan keluarga.. singgah menabung ford sini ~~~
ReplyDeleteOH MY Garnier ! mknn tuuu.. fuhhhhh... mcm rasa kat tekak Zara.. nyum..nyum !
ReplyDeletebestnya restoran upin ipin tu kak..kat cne tak ada lagi cawangannya
ReplyDeletestyle order kat kertas tu banyak tempat dah praktikkan dear...wah seronok jalan2 yek... salam jumaat dear...
ReplyDeleteWahh seronok jenjalan.. bila saya tenguk air bandung tu, terus kecur... air feveret tu.. best.. :) :)
ReplyDelete