Breaking

Tuesday, March 04, 2014

Letak Iklan ChurpChurp Versi Baru


Assalamualaikum!

Pergh! lama dah rasanya orang tak request tuto kat kenit. Lama dah adik kita  ni mohon pertolongan kenit, tapi baru sekarang berkesempatan nak perabihkan entri tuto ni. Maaf ye dik, kenit pun dok study mendalah ni sebab memula tu memey tak faham sangat! hehe.

Frankly speaking, 'silibus' ChurpChurp yang baru ni agak mengelirukan sikit sebab layoutnya dah lain, jenis rewards pun dah banyak dan perkongsiannya agak lain sikit. Kalau korang perasan, kenit memang tak letak dah iklan ChurpChurp ni di blog, sebab rasanya takda sapa nak klik kot iklan2 tu. Sebab tu incomenya tak lebih dari RM10 sejak dari mula lagi hehehehe. Takpela, mana tau satu hari nanti terbuka hati kenit nak letak balik kan :)




Kalau ikutkan tuto kenit di {SINI} dulu, memang banyak bezanya dengan ChurpChurp yang sekarang ni. Jadi, kenit ada buat 'research' sikit la (amboiii research la sangattt! hehe) dan harapnya tuto yang kenit kongsikan ini dapat difahami dan diikuti dengan mudah oleh adik  +Iffah Mahfuzah dan blogger lain yang ada iklan ChurpChurp.

Ready?....

Get set .....

GOOOOOOO!....(^_^)

CHURPCHURP

1. Log in to ChurpChurp di my.churpchurp.com. Nak log in guna akaun twitter pun boleh. Kalau belum ada akaun, sila sign up dulu k.

2. Sekarang, inilah rupa layout ChurpChurp yang terbaru boleh kita perhatikan (di bawah)





Menyumpah Mengucap panjang tengok iklan-iklan dia tadi hehe. Kalau korang perhatikan kat atas tu ada 4 jenis REWARDS yang boleh kita pilih untuk kita kongsikan di media-media sosial samada di FB, TWITTER, INSTAGRAM dan lain-lain.

Mari kita fahamkan setiap maksud REWARDS tersebut.

SOCIAL SEEDING

Iklan jenis SOCIAL SEEDING ni adalah kempen untuk TWITTER bagi Churpers yang terpilih. So, kalau korang ada akaun TWITTER, bolehlah sharekan iklan ni dekat TWITTER milik korang.

1. Kenal pasti jenis REWARDS yang korang nak pilih (yang ada tulis SOCIAL SEEDING di sebelah kiri).

2. Kemudian, klik SUBMIT DRAFT untuk langkah seterusnya.


3. Seterusnya, korang akan dibantu dengan 3 langkah mudah iaitu :

  • Fahami kehendak iklan tersebut. 



  • Reka sendiri slogan dan kata-kata menarik untuk anda kongsikan bersama iklan anda tu. Boleh juga guna terus kata slogan yang disediakan seperti di bawah (kotak merah). Kemudian klik 'Submit Draft'




  • Notifikasi tentang iklan yang anda kongsikan akan dimaklumkan di halaman facebook anda. Yang ni, kenit tak berapa faham fungsi dia hehe.




SNAP SHARE

Iklan jenis SNAP SHARE ni berkaitan dengan perkongsian di INSTAGRAM. Kalau korang ada Instagram dan suka tangkap macam-macam gambar boleh lah masukkan dalam Instagram tu.

1. Klik Share Now.



2. Sama seperti SOCIAL SEEDING, ada 3 langkah mudah untuk sharekan gambar di Instagram anda. Fahami dulu kehendak iklan yang anda pilih. Macam untuk kempen La Vie de Bohemni, anda hanya perlu amik gambar mengikut tema yang dikehendaki, dan sharekan di Instagram.



CONTOH UNTUK KEMPEN
DI INSTAGRAM

3. Tulis la ayat-ayat power untuk mempromosikan kempen korang ni, dan sertakan sekali kata kunci  #ASFLVDB (kalau ada)  di bahagian caption gambar. 


Satu yang kenit tak berapa faham, adalah bagaimana gambar tersebut boleh meningkatkan income dalam akaun churpchurp anda. Tapi, gambar yang memenuhi syarat yang dinyatakan sahaja yang akan diberikan kredit bila kempen tersebut tamat.


SOCIAL SHARE

Kempen sebegini sesuai untuk pengguna FACEBOOK, INSTAGRAM & TWITTER. Anda boleh pilih platform mana anda nak kongsikan iklan anda ni. Macam biasa, klik SHARE NOW 

1. Fahami kehendak iklan. Klik SHARE NOW




2. Pilih mana-mana jenis mesej yang anda suka dan klik kat LINK untuk copy mesej tersebut. Bila anda klik, automatik ia copy sendiri, tak perlu buat right click.




3. Step 3, klik pada social media platforms dan anda akan diberi pilihan untuk mengongsikan iklan anda di platform yang disediakan.





4. Ok, sekarang ni ada 3 platform yang boleh digunakan. Kenit amik contoh untuk kongsikan di Facebook la ye. KLIK kat dalam kotak 'f' tu, korang akan dibawa ke halaman utama Facebook korang.

Boleh pilih nak kongsikan di mana.

5. Pergi kat update status, korang pastekan LINK yang korang automatik copy tadi kat ruangan update status. Lihat GAMBAR 1 di bawah.


GAMBAR 1

6. Kemudian, klik 'Kirim' dan selesai! Iklan korang dah pun terpampang di halaman facebook korang dan orang lain boleh tengok dan klik iklan tersebut. 

LETAK IKLAN CHURP-CHURP DI BLOG

Iklan tadi yang korang kongsikan di Facebook korang, korang klik kat tajuknya, copy paste url link dan masukkan dalam kod seperti yang kenit tunjukkan di {SINI}. Bab ni, jalan kerjanya sama macam tuto yang dulu.

Kalau korang perasan, kempen SOCIAL SHARE ni lebih kurang sama dengan jenis kempen yang kita selalu guna dalam CHURPCHURP versi lama kan. Lebih mudah kalau guna SOCIAL SHARE, tapi kalau korang terlajak advance praktikkan di Instagram dan Twitter kalau ada. 

So, itu jelah ilmu ciput yang dapat kenit kongsikan bersama adik +Iffah Mahfuzah kita. Harap Iffah faham ye. By the way, sapa yang tak kenal adik Iffah lagi moh le terjah dan berkenalan dengan beliau di {SINI}. Semoga korang faham apa yang kenit kongsikan ni. Kalau tak faham mohon ampun dan maaf dari ujung tudung sampai ujung jari ye hehe (^_^)



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.