Breaking

Monday, March 31, 2014

Yang Paling Dirindui...


Assalamualaikum!

Melaka panassss! panasss! panasss! Dalam seminggu kami duduk di kampung, rasanya cuma dua hari je dapat gangguan astro dek kerana hujan. Hari lain memang panas, kering, membahang, hangat ... segalanya la! Mandi air paip pun panassss. 

Tapi, tak boleh nak dibandingkan kepanasan yang membahang tu dengan kerinduan kami pada Atok, Wan, rumah, astro, pokok bunga, ayam-ayam Wan, kebun Atok, basikal dan aktiviti siram pokok bunga heeeee.

Jujur aku rinduuu!



Antara benda aku suka tengok pagi-pagi ialah pokok bunga Wan.  Walaupun Wan tanam bunga biasa-biasa aje, tapi still aku tak boleh lepaskan pandanganku dari 'mereka' semua. 'Sejuk' mata bila memandang bunga-bunga ni ...






Atas ni pokok limau kasturi. Antara keje aku tiap kali balik kampung ialah petik buah limau kasturi yang dah besar dan sedang elok. Wan memang takkan buat keje ni, mana larat nak handle ayam lagi, dapur lagi, rumah lagi. Kalau lama aku tak balik, memang duk situ je la limau tu kat atas pokok hehe. 


Hari tu, ada extra work Wan suruh buat. Nampak ubi 'gajah' atas ni? Walaupun namanya ubi kayu, tapi yang ni memang takleh makan dah sebab isinya memang kayu sungguh! hehe. Tiap kali balik kampung jugak, keje aku mencantas ranting pucuk ubi di atasnya. Tiap kali cantas, ia akan tumbuh balik. 

Hari tu, Wan kata cantas sampai ke akarnya! Ohhh baik bos! tapi aku hanya boleh cantas takat ranting-rantingnye je, bab kerat batang pokok ngan tarik ubinya keluar itu aku serah tugas pada Wan hahaha. Rasanya ubi ni lagi besar dari lengan aku, kalau aku tarik mau tercabut lengan aku ni kang muehehe.


Oohhh ni ramai dah tahu ni, aku ada post kat instagram ngan SINI. Ayam telur segar dari reban. Hari2 mesti ada hasil, means hari2 ayam-ayam Wan bikin 'projek' muahahaha. Tapi takpe, aku gak yang untung kan dapat makan telur ayam kampung hehehe.

Tau ape lagi yang aku rindu? .....


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sambal telur yang mak masak.....

Sotong goreng berempah yang mak masak .....

Kangkung goreng belacan yang mak masak .....

DAN..... 

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
MAK ....

Ader rupa cam mak Eton tak? Mak kata, "(kelopak) mata mak ni 'jatuh' la nim...tu yang mata tu cam sepet je". Mak tetap cute, mak tau tak!

Mak Eton kiter macam tidur dalam iman je, siap tersenyum plak tu hehehe. Minah sebelah tu galak ketawa!

Masa ni kami gi kenduri arwah umah maklang Kiah, adik abah yang no. 3. lepas makan-makan, duduk berehat kejap kat kerusi dan terus berselfie hehe. Dah amik gambo tu, aku tunjukkan kat mak

"Mak nah gambo kiter mak"

"Adoiii, tembamnya muka mak ni nim, terkeluor-terkeluor pipi mak"

" Ilek la mak, sok anim dah tua pun mesti tembam chubby cam mak gak kan". Ni pun rasa pipi dah ader terkeluor gak ni" hahaha.

Aduhhh! mak Eton ni suke nau
katup mata camtu tau.


Love you mak ....


 #pray4MH370


7 comments:

  1. alahai... entry ni buatkn saya juga merindui mak saya... huhu....

    ReplyDelete
  2. seronok nau kalau balik kampung...

    ReplyDelete
  3. Bestkan duduk kg..ustazah ingat lagi kita sembang kat surau di saloma hari tu

    ReplyDelete
  4. sesekali balik kekampung memang best...hilang stress..

    ReplyDelete
  5. Bestnya sesekali blk kg.. mcm2 benda boleh buat.. =D

    ReplyDelete
  6. Sotong goreng rempah tu mmg menyelerakan.. feveret juga tu.. bunga2 pun cantik sbb saya mmg suka pokok & bunga2.. tp bukan mat bunga tau hahaa.. Nice sharing Kenit.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.