Breaking

Wednesday, April 30, 2014

Wednesday, April 30, 2014

Stand Firm Stay Firm Online Photography Contest


Assalamualaikum!

Sejak sekian lama, sumbangan kaum wanita dalam pelbagai bidang baik dari segi kekeluargaan mahu pun professional tidak boleh dinafikan lagi. Peredaran masa dan peluang yang terbentang luas telah mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat bahawa kaum wanita yang dahulunya di anggap lemah kini mampu bersaing dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Walaupun tugas membesarkan keluarga tidak pernah lenyap dari kamus hidup seorang wanita, namun begitu wanita sanggup mengambil peluang yang ada dan mampu membuktikan mereka juga boleh menyumbang sesuatu untuk masyarakat dan negara.




Apa itu Stand Firm Stay Firm Photography Contest?
  • Stand Firm Stay Firm Photography Contest adalah kontes online yang dianjurkan oleh Shizens untuk menghargai dan mengiktiraf kebolehan wanita masa kini. Kempen yang berlangsung dari 2 April hingga 30 April 2014 ini bertujuan mempamerkan kecantikan luaran dan kekuatan dalaman yang dimiliki oleh wanita sebagai suatu perangsang untuk mereka berdiri teguh dalam masyarakat kita.
  • Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori :



Korang boleh menghantar gambar sebanyak mana yang korang suka mengikut kategori di atas, dan yang paling penting gambar korang mestilah ada ciri-ciri penunjukkan emosi yang kuat, tentang wanita, manusia dan ketabahan.

Kenit juga tak ketinggalan menyertai kempen ini, ianya sangat mudah! Disebabkan kenit takda kamera canggih, jadi kenit sertai kontes ini melalui akaun instagram! Hanya hantarkan gambar korang dan letakkan #standfirmstayfirm di bahagian caption.

Lagi satu, korang juga boleh hantarkan gambar korang melalui borang di SINI



Mom: "This is how we do selfie with style". 
Daughter : "mommy, you are truly my inspiration"


Amboiiii! 'melampau' muncung tu .... sila abaikan ye. 
Yang penting emos-iiiiiiii (bahahaha)




Mom said, "No matter how hard your life is, never forget to smile even with your eyes closed". I love your mother...till my last breath.


Sorang senyum dengan mata terpejam.
Sorang senyum dengan mata celik
Yang penting senyummmmmmmm
(muehehehe)!~


Kenit letak dua gambar (setakat ni hehe), satu melalui akaun instagram @wanimira dan satu lagi kenit upload dan letak didalam borang di website. Nak menarik, letakkan caption atau kata-kata mutiara yang sesuai. 

Sudi2lah kiranya korang dapat luangkan sedikit waktu untuk vote gambar-gambar kenit ni di SINI. Cari mana-mana antara dua gambar ni yang korang jumpa dan klik vote! Kalau sayang, vote for me ok (hehe) (^_^).

So, mudah tak?? terrrrrrsangatlah mudah dan senang! Jadi sahutlah dan sokonglah kempen ini beramai-ramai dan kongsikan kekuatan dan sisi feminin anda bersama Shizens. Mana tahu, gambar korang yang akan terpilih nanti! (^_^)



Untuk ketahui lebih lanjut, korang boleh layari :

Website 

Facebook 



#pray4MH370



Wednesday, April 30, 2014

Berguna Jugak iPad Ni


Assalamualaikum!

Sejak iPad ni berada dalam tangan hari tu, hari pertama je masing-masing excited nak godek-godek nak explore apa yang patut. Masuk hari kedua, aahhh letak tepi dulu la, jap-jap lagi godek pulak hehe.



Inilah kali pertama aku pegang produk Apple, selalunya makan buah apple je hehe. 

Agak mencabar jugak nak setting bagai kat iPad ni ye huhu. Kami laki bini tak tahu mende tentang setting kat iPad sampaikan Pak Jelan terpaksa buat study sikit kat tenet huhu.
Wednesday, April 30, 2014

Dari Hati Ke Hati


Assalamualaikum!





Rasanya dah sampai masa aku bercakap face-to-face dengan kakak. Bukan masalah besar pun, tapi kalau dibiarkan takut akan jadi masalah besar pada dia bila dah besar dan bekerja nanti.

Takda benda lain yang aku nak selain nak tengok dia hidup penuh kesederhanaan dan pandai mengurus diri. 

Tu pun kalau aku masih ada masa lagi ...

So, nak tak nak i have to have a heart-to-heart conversation between mother-daugther you know. Amboii nampak sangat aku ni kemaruk nak ber-speaking hehe.

Tuesday, April 29, 2014

Tuesday, April 29, 2014

Berapa Duit Belanja Sekolah Yang Sesuai Untuk Anak Kita?


Assalamualaikum!

Memula kakak kenal apa itu duit, yang dia tahu duit adalah duit syiling. Duit kertas langsung tak laku kat dia masa tu. 



Kalau kita bagi duit kertas biru seringgit tu, dia buat dekkkk je! Tapi kalau kita bagi dia duit syiling duo posen lajuuuuu je dia datang amik hehe.


Time sekolah tadika, dia tak berapa 'berahi' pegang duit. Kalau pegang pun, dia bawa main lambung-lambung pastu hilang ntah ke mana!


Kalau duit syiling dilambung-lambungnya, kalau duit kertas ditepuk-tepuk macam tepuk kad
>.<



Tuesday, April 29, 2014

Hati Seorang 'Bekas' Pengantin



Assalamualaikum!




Andai aku ditakdirkan berkahwin pada usia sekarang (30 tahun), mungkin aku akan jadi lebih stress dari Cikgu Izzuddin dari masa aku kahwin umur 22 tahun.

Monday, April 28, 2014

Monday, April 28, 2014

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan.



Assalamualaikum!


Jepun merupakan sebuah negara paling berisiko di dunia! Mana taknya, dengan ribuan gunung berapi yang aktif setiap tahun, serta insiden gempa bumi yang tidak putus-putus melanda rakyat negara itu, telah meragut lebih seribu nyawa setiap tahun.


Namun, ironinya negara Jepun sangat dicemburui oleh negara-negara membangun lain bukan kerana gunung berapinya yang 'ganas' tetapi kerana rakyat Jepun mempunyai sikap cekal yang tinggi, tahap displin yang baik serta tidak mudah berputus asa.

Saturday, April 26, 2014

Saturday, April 26, 2014

Tips Dapat Banyak Komen Macam Blog Denaihati


Assalamualaikum!



Sebelum aku mempunyai blog sendiri, aku gemar singgah ke blog orang lain dan baca entri mereka. Aku dapati ramai yang meninggalkan komen setiap kali blogger ini berceloteh. Walaupun, kadang-kadang hanya entri 5 baris ayat, tapi dapat komen sampai berpuluh-puluh!

Friday, April 25, 2014

Friday, April 25, 2014

Bila Anak Nak Pergi Lawatan Ikut Sekolah


Assalamualaikum!

Ingat lagi aku time kakak umur 5 tahun, beria-ia nak aku sign surat kebenaran lawatan ikut sekolah. Lawatan kemana aku pun dah lupa hehe. Punyala merayu siap convincekan aku lagi tempat tu best ada itu ada ini, padahal kaki dia pun tak jejak situ lagi hehe.

Bagi ibubapa yang berat hati nak lepaskan anak kecil mereka mengikuti lawatan sekolah tanpa kita ikut sekali, pengalaman sebegini mungkin sedikit sebanyak akan menyebabkan korang berbelah bagi ... nak bagi pergi ke taknak?
Friday, April 25, 2014

Tak Wajib Pakai Telekung Dalam Solat.


Assalamualaikum!


sumber : google


Ramai muslimat sudah maklum bahawa pemakaian telekung dalam solat BUKAN PAKAIAN WAJIB. Yang diwajibkan dalam solat adalah memakai pakaian yang baik dan menutup aurat dengan sempurna.

Apa itu pakaian yang baik?
  • Pakaian yang bersih
  • Suci dari najis
  • Bukan pakaian makruh & haram (eg. gambar tengkorak, salib, syaitan)
  • Tidak ketat dan menampakkan bentuk badan 
  • Tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit 
  • Menjaga aurat sepenuhnya bagi lelaki dan perempuan
  • Berwangi-wangian

Thursday, April 24, 2014

Thursday, April 24, 2014

Kepok Lekor Untuk Mek Anim


Assalamualaikum!



Siapa Mek Anim? haha aku la tu ....

Aku order kelmarin, barang sampai semalam. Siap delivery kat opis lagi hehe. 

Bukan senang nak dapat yang ori. Tambah kebanyakan yang aku beli kat KL ni semuanya banyak bahan tambahan. Bila gigit rasa gebu semacam je patutla tak sodap!
Thursday, April 24, 2014

Siapa Patut Ucap Salam Dulu?



Assalamualaikum!


Mungkin anda pernah mengeluh perilaku atau sikap teman dan sahabat anda yang tidak mengucapkan salam kepada anda.

Anda berjumpa dengannya, namun dia tidak mengucapkan salam, sehingga muncul kecurigaan dlm diri anda, "mengapa dia tidak mengucapkan salam kat aku? dia marah kat aku ka? dia benci aku ka? dia memboikot aku ka? aku ada masalah dgn dia ka?"

Wednesday, April 23, 2014

Wednesday, April 23, 2014

I'm The Kuey Tiow Ghost!


Assalamualaikum!

How is everyone today? Feeling good? (^_^)

What did you eat for your dinner last night? 

Was it something you like or not so? Have you ever ate the same category of food in the same week? 

I have, in fact I do it regularly hehe. I just can't resist when it comes to the food I like. I would repeat the same food EVERYDAY if I have the chance and money lol. 



My kueytiow kungfu

Tuesday, April 22, 2014

Tuesday, April 22, 2014

Nasib Berhidung Mancung!


Assalamualaikum!

Tengah dok sibuk modify gambo header blog aku .....

Akak cleaner : gambar sape ni dik?

Aku : saye la kak ...naper?
Tuesday, April 22, 2014

Trial Pack Ephyra Dah Sampai!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, trial pack EPHYRA yang ditunggu-tunggu dah pun sampai semalam. 

Excited nak shake shake dan minum EPHYRA setiap hari seperti sebelum ni hehe.

Monday, April 21, 2014

Monday, April 21, 2014

Shopping Bundle


Assalamualaikum!

Dalam family, Pak Jelan adalah seorang 'kaki bundle' tegar! Dari zaman bujang sampai la dah ber-anak dua dia tetap dengan 'fesyen' bundlenya. 

Kalau masuk dalam kedai baju branded atau yang jual baju-baju baru, memang suuuuuuusah nak tengok dia membeli barang sehelai dua baju atau seluar. Tengok je la baju yang dia pakai malam tu, tu baju bundle tu!


Monday, April 21, 2014

Hadiah Yang Tertangguh


Assalamualaikum!

Ada antara hadiah-hadiah ni yang dah lama ada dalam simpanan, tapi aku je yang tangguh nak update. 

Ada juga yang aku baru je dapat dari GA yang dah lama habis. 


Thursday, April 17, 2014

Thursday, April 17, 2014

Semalam Di Majlis Penyampaian Hadiah Yeos80DaysDrinkToCashContest.


Assalamualaikum!

Semalam yang indah ....

Ecececeh! dah menang indah la ye dak, cuba kalau tak menang ekekeke.

Rutin semalam macam biasa, pagi hantar anak-anak gi sekolah. Anak tanya kenapa ibu pakai lawa sangat.

Eh mana ada ... ni baju keje ni. Lagipun ibu ada keje luar sikit arini hehe.

Dah hantar anak, kami terus patah balik ke KL ikut hiway. Takut sesat hehe. 



Wednesday, April 16, 2014

Wednesday, April 16, 2014

Money Is Art - Bahagian 2


Assalamualaikum!~

Dalam dunia seni, tiada yang mustahil untuk dilakukan. Untuk anda yang memahami kehalusan seni melalui cebisan helaian wang kertas, mungkin 'pengorbanan' kecil ini tidak menjadi masalah buat anda. 

Cuma,mujurlah bukan semua orang berseni ni suka menggunakan wang kertas sebenar dalam menghasilkan seni kolaj mereka kan hehe.


Tuesday, April 15, 2014

Tuesday, April 15, 2014

Tak Rugi Ikut Petua Orang Dulu-dulu!


Assalamualaikum!




Tak percaya aku! Memula memang tak percaya, tapi bila aku terrrrrrrtengok view count sebanyak itu! agak terangkat jugak la kening ni haha. Tapi .... betoi ka banyak macam tu?
Tuesday, April 15, 2014

Kejor Yop Kejor!

Assalamualaikum!

Ini masuk kali kedua kami kejor kete tu haha. Kali pertama dulu aku tak citer dalam blog, tapi kali ni aku kongsikan pasal aku dah janji ngan Pak Jelan aku nak letak gambo dia posing ngan tin minuman tu haha.

Petang semalam, lepas amik kakak dari sekolah agama lebih kurang kul 5.40pm gitu, kami siap sedia nak masuk Federal dah ni. Sebelum tu, kami dah nampak dah kelibat kereta tu dari stesen minyak Petron kat Jalan Gasing lagi hehe.

"Tu tu tu! kete Redbull ada tu"

"Apa lagi yop, moh le kejor" hahaha

sumber : google

Monday, April 14, 2014

Monday, April 14, 2014

Bila Tak Lalu Makan Nasi


Assalamualaikum!

Aku suka sangat mengunyah. Sedap mengunyah ni rupanya hehe. Tu pasal la pipi tu kembung semacam je kan ekeke. Tapi, dah lama rasanya aku tak mengunyah kat opis ni, bekas jajan pun dah lama kosong.

Tengahari ni, tetiba aku tak idea nak makan apa. Rasa tekak ni macam tak berselera dengan nasi dan lauk pauk. Padahal aku ni boleh dikatakan tekak lauk kampung yang tegar! haha. Ntah kenapa aku rasa macam .... taknak makan!
Monday, April 14, 2014

Sibuk Shooting!


Assalamualaikum!

Hari Ahad tak sempat nak update apa2 kat blog kesayanganku ni. Sibuk ngan kenduri dan shooting! Penat dik non! Hari Sabtu tu je la aku sempat update REVIEW EPHYRA seperti yang telah dijanjikan. Dah baca lum? Kalau belum, baik korang pi baca sekarang hehe.

Pengalaman kali pertama menjalani penggambaran memang takkan ku lupakan. Harap-harap kalau sempat aku jadi nenek dan tengok cucu-cucu aku sok, bolehlah aku tunjukkan hasil kerjaku pada mereka kan ekekeke.


Haihh...


Saturday, April 12, 2014

Saturday, April 12, 2014

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Assalamualaikum!


Alhamdulillah berakhir sudah cabaran 30 hari kenit bersama produk minuman EPHYRA. Jujur kenit katakan, kenit sebenarnya tidak pernah mencuba sebarang produk kecantikan & kesihatan sebelum ini kerana kenit mempunyai kondisi kulit yang sensitif. Kalau salah cuba produk, pasti akan timbul lebih banyak masalah pada kulit nanti. 

Pertama sekali, kenit ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada team Denaihati & team EPHYRA yang menjadikan impian kenit suatu realiti. Di majlis perjumpaan blogger  SBB2014 yang lalu, kenit berpeluang membawa pulang sekotak EPHYRA hasil penyertaan entri kenit dalam kontes EPHYRA PILIHANKU. Dalam kotak EPHYRA ni mengandungi 30 sachet untuk diminum selama 30 hari. 



Cabaran bermula di SINI, dan selama 30 hari kenit minum dengan konsisten dan penuh displin, seperti minum setiap hari pada waktu pagi sebelum makan dan banyakkan minum air masak. Perubahan yang dialami selama 30 hari ini adalah dari pengalaman kenit sendiri.

Apabila pengasas EPHYRA menghubungi kenit minggu lepas, beliau sempat bertanyakan perkembangan diri kenit bersama EPHYRA. Maka, inilah hasil yang dapat kenit kongsikan bersama korang tentang keberkesanan EPHYRA pada diri kenit.

Antara masalah yang kenit hadapi :-
  • kulit berminyak, jerawat dan kesan jerawat, masalah resdung, cepat lapar, kurang bertenaga dan mudah mengantuk serta rambut gugur. 



SEBELUM

A) Kulit muka berminyak menjadikan kulit 'berkilat' walaupun duduk dalam suhu sejuk (aircond). 

B) Kesan jerawat tegar memang susah nak hilangkan! Bila tumbuh jerawat baru lagi kacau jiwa ni! 

C) Kenit dah lama ada masalah resdung, cuma mungkin orang tak perasan. Hidung kenit sangat sensitif terhadap habuk dan hama. Kerap kali kenit mengalami hidung tersumbat di tengah malam sehingga menganggu tidur kenit. Dan, bila pagi menjelang hidung akan menjadi gatal dan kenit akan mudah bersin. Sehinggakan dalam solat, bila hidung terkena sejadah kenit pasti akan bersin! 

D) Tugas sebagai wanita berkerjaya dan menjadi ibu merupakan dua tugas yang sangat mencabar! Dengan tugas di pejabat, ditambah dengan menguruskan anak-anak dan keperluan mereka, menjadikan kenit mudah penat dan tak bertenaga sebelum ni. Kenit tak mengambil apa-apa supplemen sebelum ni. 

E) Kenit memang kuat makan! Sarapan pagi, lunch dan kudap-kudapan memang tak lepas dari tangan. Bekerja dalam suasana sejuk air-cond memang boleh membuatkan kenit cepat lapar dan akhirnya kena juga makan sesuatu untuk mengisi perut yang kosong. 

F) Sebelum ni, kenit memang mengalami masalah keguguran rambut yang agak teruk. Sehinggakan kenit terpaksa potong rambut pendek untuk mengelakkan rambut gugur lebih banyak. 




SELEPAS

A) Kenit minum EPHYRA setiap hari secara konsisten selama 30 hari menjadikan kulit muka kenit menjadi kurang berminyak dan lebih bermaya dari sebelumnya. Wajah tak lagi 'berkilat' tapi yang bestnya kulit yang dulunya kesat dan kasar, kini dah jadi halus dan lembap.

B) Terutama di bahagian yang teruk terjejas, kesan jerawat lama semakin menyusut dan jerawat baru cepat kecut! Seperti yang disyorkan, kenit banyakkan minum air masak dan ini membantu proses penyembuhan dan penghasilan sel-sel baru kulit.

C) Alhamdulillah, kenit mula perasan kenit tak lagi bangun pagi dengan hidung tersumbat, kurang sangat dah bersin dan tidak lagi bersin dalam solat.

D) Kenit rasa semacam ada tenaga extra dalam badan! Kenit tidak penat walau sehari suntuk melakukan kerja dan tidak tidur langsung di siang harinya. Perubahan ini kenit perasan ketika pulang ke kampung, kenit boleh berjaga sehingga pukul 3 pagi walhal, kenit tak tidur langsung siangnya! Dan keesokannya paginya, kenit tetap mampu bangun awal untuk solat Subuh tanpa rasa sakit-sakit badan atau mengantuk.

E) Alhamdulillah, kenit cepat rasa kenyang. Tak perlu standby makanan lebih, kadang-kadang makanan sarapan pagi kenit simpan untuk lunch sebab minum EPHYRA pun dah rasa kenyang! Cun kan! (^_^)

F) Alhamdulillah, rambut kenit dah kurang gugur, dan paling penting rambut yang jatuh ke lantai dah takda lagi! yeayyy!





Istimewanya EPHYRA di mata kenit :-
  • Tersedia dalam paket comel yang berkualiti dan terpelihara kesuciannya!

  • EPHYRA disahkan HALAL oleh JAKIM dan SELAMAT digunakan oleh KKM. Status halal produk memang sangat penting sebab sebagai orang Islam kita wajib mencari yang halal. Jadi, kenit tak perlu rasa ragu dan sangsi dengan EPHYRA! (^_^)



  • Mudah dibawa kemana saja, boleh selit-selit dalam beg atau letakkan dalam bekas kecil untuk kegunaan di pejabat.


  • Kandungan selamat dan tidak memberikan kesan sampingan kepada diri kenit. Hanya perubahan positif dialami sepanjang mengambil minuman EPHYRA ni. 



  • Hanya perlu tuangkan serbuk EPHYRA ke dalam shaker yang disediakan dan sedia untuk menggoncang. Shake! shake! shake!


  • Rasa oren sensasi dengan kombinasi 9 bahan semulajadi yang membantu meningkatkan kesihatan dari dalam. Truly speaking, kenit even cakap ngan Pn Amiza dalam phone hari tu, kenit rasa macam tak puas minum sekali sehari. Rasa macam nak minum EPHYRA sambil cicah biskut pulak! LOL.

Kena tunjuk muka serius,
sebab kat ofis kan
ekekekeke :D

Alhamdulillah kerana EPHYRA telah mengubah kehidupan dan tahap keyakinan kenit sedikit demi sedikit. Sebelum ni, kenit susah nak percaya akan mana-mana keberkesanan produk terutama berkaitan kesihatan dan kecantikan kerana bimbang tiada kesan positif ke atas kulit. 




Overall, kenit sangat berpuas hati dengan kesan yang diperolehi dari EPHYRA. Jika diberi peluang dan rezeki lebih, kenit nak mencuba minum EPHYRA 2 kali sehari (pagi & malam) pula lepas ni.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi:

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Friday, April 11, 2014

Friday, April 11, 2014

Ukuran Kejayaan Seseorang Blogger.


Assalamualaikum!

Servis terbaik setakat ini yang aku terima! BUKAN SEMUA blogger yang suka melengah-lengahkan masa dalam bab pos hadiah ni, tapi SIFAT SUKA BERTANGGUH ni memang boleh menyusahkan semua pihak.

Kelmarin aku terpilih sebagai pengomen ke 20 di entri blog Denaihati.com, jadi hadiahnya adalah sebuah buku dari Denaihati. So, macam biasa aku hantarkan butiran melalui inbox di Facebook blogger +Hisyamudin Fadzil untuk urusan hadiah, dan hari ni ...


Friday, April 11, 2014

Tanggungjawab Anda Sebagai Sponsor GA


Assalamualaikum!

Kalau ikutkan nafsu dan amarah, nak aje aku letak tajuk 'Aku Bukan Peminta Sedekah!'. Tapi, bila difikirkan balik, aku kena rasional dan bersifat umum agar entri ini kena pada semua 'batang hidung' blogger yang rajin buat Giveaway

Bukan niat nak cari gaduh tapi sekadar aku nak cuba BERTOLERANSI dengan semua orang dan nak menerangkan beberapa perkara yang aku dok perhati je selama ni! 

Thursday, April 10, 2014

Thursday, April 10, 2014

Menang iPad Dari Yeo's Malaysia!


Assalamualaikum!



Sapa yang ada pergi perjumpaan blogger SBB2014 hari tu, pasti dah tahu kan wakil Yeo's ada buat pengumuman tentang kontes minum Yeo's dan menang wang tunai yang bermula pada 13bh Mac - 31 Mei 2014.
Thursday, April 10, 2014

Jangan Cakap TAK BOLEH!


Assalamualaikum!

Dulu aku pun biasa cakap 'tak boleh buat'. Dan, akhirnya tabiat tu terbiasa dalam diri ini. Bila orang offer buat tu, offer buat ni aku tak berani nak mencuba apatah lagi nak cakap 'ya, saya boleh buat!'. Mungkin sebab aku tak yakin dengan diri sendiri ....??

Now bila dah ada anak kecil baru aku sedar, perangai 'TAK BOLEH' aku tu tak berapa nak molek dan tak bagus untuk dijadikan contoh untuk anak-anak. Baru aku sedar, sebenarnya selagi kita tak beri peluang pada diri sendiri untuk CUBA buat, selagi tu kita tak tahu samada kita MAMPU buat atau tidak. Umur dah 30 tahun baru nak sedar ke Pn Hanim??? LOL. 

Takpela, better late than never!

Wednesday, April 09, 2014

Wednesday, April 09, 2014

Adik Beradik Tak Mahu Mengalah


Assalamualaikum!

Situasi tak mahu mengalah memang biasa berlaku, baik dalam hubungan suami isteri, adik beradik, ipar duai mahupun sahabat. Kadang-kadang boleh gaduh besar, boleh bermasam muka sampai berhari-hari! Ada juga kes sampai putus kasih, putus hubungan! Semuanya sebab apa? sebab tak mahu beralah. Sebab apa? Sebab EGO

Tuesday, April 08, 2014

Tuesday, April 08, 2014

Cek Pertama Dari Nuffnang


Assalamualaikum!

Happpyyyy! happy sebab cek Nuffnang dah sampai hehe. Sebelum ni, aku dapat cek rebat dari Takaful aje, kali ni bertambah sikit pendapatan buat keluarga. Kengkadang tu ada gak rasa 'menggeletik' nak tekan Cash Out bila capai RM51.00 tu kan, tapi aku kuatkan iman jugak nak nyimpan lama sikit hehe.


Tuesday, April 08, 2014

Atok In My Eyes


Assalamualaikum!

When was the last time Atok hugged me? I think I was 12 years old then. But, i can't recall what was the occassion about. Atok is a conservative type of father. He doesnt really show his love for his children in front of them, you know ... the old-grumpy-nagging kind of style. To be true, he is not a huggable person, and he never 'encouraged' that among his children.

Even though Atok is a strict person, he is undeniably a loving father and a loving husband. He never laid his hands on me or my sister without reasonable ... or even my mother. One time, I remembered when he scolded and had a little 'wrestling' with my brother for his misbehaviour while he was in his 20's. He wouldn't do that if my brother would have listened to him. Boy ... he was 'naughty' that time. Big time illegal street racer! lol. 

Sunday, April 06, 2014

Sunday, April 06, 2014

Bebel Ayah VS Bebel Ibu.


Assalamualaikum!


Wahai anak-anak sekalian, korang suka kene bebel tak? kalau korang diberi pilihan mana satu yang korang lebih suka? Ayah membebel atau mak membebel? Atau pun korang mempunyai ibubapa yang sporting melampau tak pernah membebel sepanjang hayat?? Impossible kot tapi possible jugak kan :D.

Memang ada BEZA besar antara bebelan ayah dengan bebelan mak. Aku sendiri pernah laluinya dulu, dan kini aku juga berada dalam situasi begitu dengan anak-anak. Kalau ikutkan pengalaman aku sebelum kahwin dulu, time masih study, yang banyak membebel ialah Atok! Yessss, Atok la paling banyak bercakap dalam umah ni hehehe. 'Pedih' telinga kalau dengar Atok 'bercakap'. Sampai masing-masing dah tua ni pun, kalau dengar Atok membebel memang 'berasap' telinga dibuatnya heeeee.


sumber : google

Saturday, April 05, 2014

Saturday, April 05, 2014

5 ENTRI PALING POPULAR DENAIHATI.COM

Assalamualaikum!

Sejauh mana korang pembaca setia blog Denaihati.com? Satu benda yang sangat pasti, kini dengan rasminya aku adalah pembaca setia blog Denaihati.com!

Tak pernah lagi aku membelek entri-entri dari mana-mana blog 'sejauh' 2 tahun! haha. Bila peluang diberi, takkan nak lepaskannya dak? Dalam proses membelek-belek tu, aku sempat menerjah beberapa entri lama yang paling popular di kalangan pembacanya.  

Entri-entri ini adalah yang paling popular di blog Denaihati.com. Jumlah sebaran pun sangat mengagumkan aku, sebab entri-entri di blog sendiri ni pun tak tercapai lagi angka tu.

Jadi, korang nak tau entri mana yang paling popular tu? Jom kita buat countdown sedikit ye hehe.

5 ENTRI PALING POPULAR DENAIHATI.COM!





Entri yang turut diselitkan video boleh dijadikan pengajaran buat hamba-hamba Allah yang masih merokok. Peringatan dah diberi dan fatwa dah dikeluarkan. Mungkin ada baiknya, kita melihat kembali dimana silap kita dan cuba mengubahnya agar generasi baru yang kita bakal kita lahirkan ini bukan generasi yang rosak akhlak dan pemikirannya. Wallahualam.
En




Pakej eQurban yang dipromosikan oleh team Denaihati ini sangat menarik, dimana eQurban Resources sebuah syarikat peneraju qurban dan aqiqah di Kemboja menyediakan package Aqiqah Ramadan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM250 untuk satu bahagian lembu dan RM550 untuk seekor kambing. Pesanan Aqiqah Ramadan boleh buat secara online di eQurban.com





Haaaaa time ni isu saman aes memang hot kot! hehe. Menangis jugakla kalau kena sama aes ni! Jadi, perkongsian info oleh Denaihati.com tentang bagaimana kita nak semak saman aes secara online sedikit sebanyak membantu pengguna jalanranya. Paling leceh dan paling tak suka kalau kena saman ni! So, elakkan diri anda dari disaman! hehe.



gambar hiasan

Time bulan puasa, memang inilah yang dicari-cari kan? Antara entri yang paling popular di blog Denaihati.com dan kedua paling banyak disebarkan adalah senarai buffet ramadhan di hotel dan restoran sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Bagi yang suka berbuka puasa di luar, atau nak cuba menikmati sesuatu yang lain dari biasa, entri ni sangat sesuai untuk dijadikan rujukan. Buktinya, jumlah sebaran yang menjangkau 4.8k! Perghh!


Tibalah masanya mengumumkan pemenang bagi entri paling popular Denaihati.com bagi tahun 2012-2014. Entri paling popular selama 2 tahun ini ialah ……….





Sudah semestinya, makluman waktu imsak dan berbuka puasa ini adalah yang paling popular dan paling banyak disebarkan! Makluman waktu yang lengkap bagi setiap negeri turut dikongsikan sebagai rujukan buat muslimin dan muslimat sepanjang bulan Ramadhan tahun 2012.

Itulah senarai 5 entri paling popular di Denaihati.com.  Dengan ini berakhirlah sudah anugerah entri paling popular. Jangan lupa terjah kelima-lima entri paling popular ini ya!

Sekian, kenit cinonet melaporkan dari Genting Highland (ekekeke)

#pray4MH370


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.