BAGAIMANA UNTUK MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?
Ulama menggariskan panduan untuk kita, khususnya bagi lelaki untuk membersihkan saki baki kencing dan panduan mengelak dari terkena percikan kencing. Lelaki lebih frequent mengidap penyakit kencing tidak lawas berbanding wanita. Jadi lelaki kena beri lebih perhatian terhadap perkara ini.
1) Mengurut kemaluan selepas kencing
Dari Isa bin Yazdad Al Yamani dari ayahnya ia berkata; Rasulullah saw bersabda: “Jika salah seorang dari kalian kencing, hendaklah mengurut kemaluannya tiga kali”
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/65; hadis ini lemah menurut jumhur ulama, namun jika perbuatan ini berkesan, ulama membenarkan ia diamalkan tanpa mensandarkan sunnah pada baginda Nabi]
2) Berdehem selepas kencing
Menurut Imam Nawawi di dalam kitab Majmu’ Sharh Muhazzab:
“Beberapa ulama di kalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa): Sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”
3) Kencing duduk
Ulama menghukumkan kencing berdiri sebagai makruh. Namun tidaklah berdosa jika kencing berdiri, asalkan dijaga diri dari terkena najis air kencing. Cuma perbuatan kencing berdiri adalah ditegah kerana baginda pernah melarangnya khuatir terkena air percikan kencing. Salah satu dalil:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij dari Abdul Karim bin Abu Umayyah dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Umar ra ia berkata;
“Ketika aku kencing dengan berdiri, Rasulullah saw melihatku, maka beliau pun menegurku “Wahai Umar, janganlah engkau kencing dengan berdiri”.
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/60]
Dalil lain:
Telah mengabarkan kepada kami Hannad bin As Sariy dari Abu Mu’awiyah dari Al ‘Amasy dari Zaid bin Wahab dari Abdurrahman bin Hasanah dia berkata;
“Rasulullah saw pernah menemui kami, dan di tangan beliau ada sesuatu yang mirip perisai dari kulit. Beliau lalu meletakkannya dan duduk di belakangnya, kemudian buang air kecil ke arah perisai tersebut. Sebahagian orang berkata “Lihatlah, beliau buang air kecil seperti perempuan! (cara duduk, orang Arab lelaki dahulu suka kencing berdiri)”. Ketika Rasulullah saw mendengar ucapan tersebut, baginda berkata “Apakah kalian tidak tahu apa yang menimpa Bani Israil? Apabila seorang dari mereka terkena air kencing, mereka menggunting kain yang terkena kencing tadi, lalu temannya melarang mereka melakukan demikian, sehingga temannya itu disiksa di kuburnya”
[Riwayat an-Nasa’i di dalam Sunannya, 1/26; juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Majah di dalam Sahih dan Sunan mereka dengan sanad berbeza]
Dalil ini menunjukkan baginda mementingkan kencing secara duduk, dan amat mementingkan penjagaan pakaian daripada terkena air kencing, sehingga teman Bani Israil itu diseksa di dalam kubur kerana melarang mereka yang menjaga pakaian mereka.
Meskipun ada dalil yang menunjukkan baginda pernah kencing berdiri, namun ia hanya dalam situasi-situasi tertentu dan baginda tidak melazimi perbuatan tersebut. Berdasarkan hadis, baginda pernah kencing berdiri kerana di situ adalah tempat pembuangan sampah dan tempat tinggi, baginda khuatir pakaian baginda kotor ketika duduk.
4) Istinja’ kemaluan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian (termasuk pakaian dalam) – Lelaki dan wanita sila ambil perhatian
Wajib istinja’ untuk menyucikan kemaluan daripada najis. Jika masih ada najis kencing pada kemaluan, kemudian kita terus pakai pakaian kita, ada kemungkinan najis itu akan terkena pada pakaian tersebut, lalu menyebabkan solat tidak sah. Sebaik-baik istinja’ ialah dengan air. Masalah kini bagi lelaki yang kencing di mangkuk berdiri, lepas kencing terus zip seluar. Tidak basuh kemaluan. Ini antara penyebab kita mendapat azab kubur.
5) Sabar sekejap selepas kencing
Sebagaimana kata Imam Nawawi pada no 2 tadi. Perkara ini penting bagi wanita kerana jarang wanita mengidap penyakit kencing tidak lawas, namun ramai wanita tidak sabar menunggu sebentar biar semua titisan kencing habis keluar. Sikap seperti ini memungkinkan titisan yang keluar lambat itu akan kena pada pakaian dalam, walaupun setelah dibasuh.
6) Jangan kencing di dalam takungan air yang tenang (yang tidak mengalir)
Telah menceritakan kepada kami ‘Affan telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Dawud bin Abdullah Al Audi dari Humaid bin Abdurrahman Al Himyari dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah saw bersabda;
“Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian kencing di air yang tenang kemudian bersuci darinya (mandi junub atau berwudhu)”
[Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, kitab 6 (Sisa Musnad Sahabat yang Banyak Meriwayatkan Hadis), Musnad Abu Hurairah ra; juga diriwayatkan oleh an-Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi, Muslim dan Bukhari]
Ini harus dielakkan, bimbang kita terlupa kita pernah kencing di situ, lepas tu kita bersuci pula dari takungan air itu, akan jadi masalah pada status mandi/wudhu kita.
SOAL PERCIKAN KENCING YANG DIMAAFKAN
Percikan yang dimaksudkan di sini ialah lantunan titisan air kencing yang memancur pada tanah/mangkuk tandas/etc yang tersebar/melantun kepada benda lain seperti pakaian atau tubuh kita.
Menurut pendapat ulama Mazhab Syafie, tidak ada najis yang dimaafkan kecuali najis-najis berikut:
“Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata yang sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.”
Tidak perlu diteliti sehingga ke tahap diperiksa dan dibelek-belek di kawasan yang disyaki ini. Ini akan lebih menyusahkan. Sedangkan syara’ tidak membebankan sehingga ke tangga tersebut.
[Rujuk Kitab Fiqhul Islami Wa Adillatuhu Al-Juz’ Al- Awwal (Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid 1) susunan Dr Wahbah Zuhaili, Dalam Bab Kadar Najis Yang Dimaafkan: Mazhab Syafi’e]
Kaedah fiqh menyatakan “Keraguan tidak dapat dihilangkan/dihapuskan dengan syak”, maksudnya, selagi hati hanya berasa was-was adanya percikan kencing pada pakaian/tubuh kita yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, maka ia masih dikira ragu, dan tidak perlu berbuat apa-apa terhadap perkara was-was seperti ini dan dimaafkan untuk melakukan ibadah. Namun sunat keluar dari was-was tersebut dengan membasuh bahagian yang dirasakan terkena najis.
BAB KENCING BAYI
SUMBER : GOOGLE |
Ramai yang tidak tahu membezakan najis bayi yang mana dianggap ringan (mukhaffafah) dan mana yang pertengahan (mutawassitah). Jadi, ada yang tersilap faham atau ambil ringan bab najis bayi. Asalkan bayi, semua nak ambil mudah dan sambil lewa.
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Abul Ahwash dari Simak bin Harb dari Qabus bin Abdul Mukhariq dari Lubabah binti Al Harits ia berkata; Hasan bin Ali kencing di pangkuan Rasulullah saw, maka aku berkata
“Ya Rasulullah, berikan bajumu kepadaku, dan pakailah baju yang lainnya”. Maka baginda bersabda: “Kencing bayi lelaki cukup diperciki air dan kencing bayi perempuan hendaklah dicuci”
[Riwayat Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/123; riwayat yang sama dengan sanad berbeza di dalam Sunan Abu Daud, 1/136, riwayat yang sama dengan sanad berbeza di dalam Sunan Tirmidzi, 3/429]
Najis mukhaffafah ialah najis ringan iaitu kencing kanak-kanak LELAKI yang belum sampai usianya 2 tahun dan belum makan sesuatu selain dari susu ibu. Beza percik dan cuci di dalam hadis di atas ialah, percik ialah dengan melalukan renjisan air padanya, manakala cuci ialah melalukan air mengalir dengan membasuhnya sehingga hilang bau, warna, dan rasa (fizikalnya) daripada tempat terkena najis itu.
Rujuk lagi satu hadis:
Dari Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mihshan
“Ummu Qais telah mengabarkan kepadaku bahawa dia pernah datang kepada Rasulullah saw dengan membawa bayi lelakinya yang belum makan makanan. Ummu Qais kemudian mengabarkan kepadaku bayinya kencing pada pangkuan Rasulullah saw lalu baginda meminta air seraya memercikkan air pada bajunya, dan beliau tidak mencucinya dengan sebenar-benarnya mencuci”
[Riwayat Bukhari di dalam kitab Sahihnya, bahagian kitab Thaharah, bab 202]
Imam an-Nawawi rahimahullahu taala berkata dalam kitab beliau, al-Majmu’ (2/589): Untuk menyucikan tempat yang terkena kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan (yakni kanak-kanak lelaki yang hanya minum susu ibu), memadailah dengan direnjiskan, iaitu dengan dibasahkan tempat tersebut dengan air sekalipun air tidak turun atau tidak mengalir daripada tempat najis itu. Manakala untuk menyucikan tempat yang terkena air kencing kanak-kanak perempuan pula, tidaklah memadai melainkan dengan membasuhnya.
NAJIS AIR WADI
Air wadi adalah air berwarna putih kental atau pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan, kebiasaannya keluar setelah habisnya kencing. Antara dalil berkaitan air wadi ialah dari Saidatina Aisyah berkata:
“Wadi keluar setelah berkencing. Oleh kerananya, hendaklah seseorang itu mencuci kemaluannya, lalu berwuduk (untuk bersolat) dan tidak perlu mandi.”
[Riwayat Ibnu Munzir]
Masalah kini, ramai orang tak perasan apabila air wadi ni keluar, kerana kadangkala ia keluar sejurus lepas kencing, maka anda selamatlah sikit. Tapi kadangkala ia keluar beberapa minit selepas kencing, kita pula tak perasan, dan sebelum beribadah, tidak pula check pakaian dalam kita samada ada kesan air wadi atau tidak. Ini mendatangkan masalah yang sangat besar.
KESIMPULAN
SENTIASA lah berhati-hati, ambil cakna, ambil berat, dan memerhati apa yang berlaku pada kemaluan kita, kerana dari kerana kemaluan kitalah wujudnya banyak azab kubur. Sama-sama kita baiki diri untuk mengelak azab kubur ini, sekaligus mengubah perangai dan sikap diri setiap kali kita melaksanakan "hajat". InsyaAllah.
Artikel berkaitan :
AIR KENCING PENYEBAB AZAB KUBUR DAN PEROSAK IBADAH - Part 1
sumber : SINI
#pray4MH370
Nice info kenit...
ReplyDeleteramai dikalangan muslim ambil mudah perkara ini ; mungkin juga ramai yg tak faham dan tak mahu belajar..terima kasih dgn peneranagan di sini.
ReplyDeletekalau ada masa mohon like review sy di fbpage
https://www.facebook.com/mbherbs/photos/a.424193451049358.1073741846.172523436216362/424372661031437/?type=3&theater
t.kasih
Thanks 4 sharing kenit.. mmg info yang sangat berguna..=D
ReplyDeletegud sharing. sy dapat ilmy yg baru hari ni. tq tq
ReplyDeleteIn shaa Allah... akan ttp menjadi amalan utk kebaikan... aamiin..
ReplyDeleteNice sharing...selalu beringat untuk diri sendiri...
ReplyDelete