Assalamualaikum!
Wahai anak-anak sekalian, korang suka kene bebel tak? kalau korang diberi pilihan mana satu yang korang lebih suka? Ayah membebel atau mak membebel? Atau pun korang mempunyai ibubapa yang sporting melampau tak pernah membebel sepanjang hayat?? Impossible kot tapi possible jugak kan :D.
Memang ada BEZA besar antara bebelan ayah dengan bebelan mak. Aku sendiri pernah laluinya dulu, dan kini aku juga berada dalam situasi begitu dengan anak-anak. Kalau ikutkan pengalaman aku sebelum kahwin dulu, time masih study, yang banyak membebel ialah Atok! Yessss, Atok la paling banyak bercakap dalam umah ni hehehe. 'Pedih' telinga kalau dengar Atok 'bercakap'. Sampai masing-masing dah tua ni pun, kalau dengar Atok membebel memang 'berasap' telinga dibuatnya heeeee.
sumber : google |
Kalau Atok nampak aku buat benda tak betul, macam tak usik buku sekolah memang siap la aku aritu! Tapi, setiap yang dibebelnya tu memang patut kena kat aku. Dan, kalau difikirkan balik, bebelan Atok tu la yang menjadikan aku seperti aku hari ini. Nak kata perfect tu tak la, tapi cabaran menjadi anak muda masa tu memang mampu menggugat keimanan seorang wanita. Abah pulak bukan style yang suka pukul anak. Garangnya hanya di mulut, sebab tu kalau Atok membebel memang kaw2 punya dia bagi hehe.
Wan pulak bukan tergolong dalam golongan suka membebel. Tak macam Atok, Wan ni jenis tak banyak bercakap sangat. Kalau Wan rasa perangai anak-anak dia teruk sangat je baru dia ulang apa Atok cakap hehe.
Kalau takat tak lipat kain tu, Wan just cakap, "Nim kang lipat kain tu".
Tapi, kalau kena ngan Atok, "Nim, ni kain ni ko nak buat ape? jeruk ke? bila nak lipat ni? Jangan malas Nim, ko tak mula sekarang bila lagi nak buat?" (hehe).
Kalau takat tak lipat kain tu, Wan just cakap, "Nim kang lipat kain tu".
Tapi, kalau kena ngan Atok, "Nim, ni kain ni ko nak buat ape? jeruk ke? bila nak lipat ni? Jangan malas Nim, ko tak mula sekarang bila lagi nak buat?" (hehe).
Tapi, lain pula situasinya ngan apa yang aku sedang alami sekarang. Bila dah kahwin dan beranak dua ni, dalam family, akulah yang paling banyak membebel! Rasa tak puas kalau aku tak luahkan isihati barang sehari dengan anak-anak ekekeke. Barangkali, aku 'terkenan' dari Atok dulu huhu. Pak Jelan pulak jenis 'penenang', aku rasa anak-anak lebih suka dengar Pak Jelan bercakap dari aku yang bercakap hehe. Tapi, setenang air di kali jangan sangka tiada ombak tsunami (hehe), cuba-cubalah buat ayahnya marah, lagi hebat bebelan ayahnya nanti.
Ada benda yang kita boleh bebelkan, ada benda perlu dielakkan bila kita memberi kata nasihat/bebelan pada anak-anak. Antaranya :
Bagi aku, membebel bukanlah sesuatu yang negatif dalam komunikasi antara keluarga. Ianya bergantung bagaimana kita menyampaikannya dan atas dasar apa kita membebel. Tak dinafikan ada pasangan/anak yang tak suka pasangannya/ibubapanya membebel, tapi ketahuilah kalau korang selami betul2 setiap kata-kata nasihat dan bebelan orang terhadap kita tu bertujuan untuk kebaikan kita sendiri.
Ada benda yang kita boleh bebelkan, ada benda perlu dielakkan bila kita memberi kata nasihat/bebelan pada anak-anak. Antaranya :
- Elakkan membanding-bandingkan antara adik beradik - sangat MERBAHAYA kepada emosi anak yang sedang dibebelkan. Dia akan rasa rendah diri dan mula yakin bahawa dia banyak buat salah lebih dari adik beradiknya yang lain.
- Elakkan membandingkan zaman kita dulu dengan zaman sekarang - "mak dulu tak buat macam ni", kata2 sebegini perlu dielakkan sebab sangat tak adil kita menjadikan masa silam kita sebagai rujukan buat anak-anak. Cabaran masa sekarang tak sama dengan yang dulu, jadi gunakan pendekatan lain yang lebih elok.
- Elakkan membanding-banding anak sendiri dengan anak orang lain - jangan diamalkan sebegini terutama bila kita cakap, "mak tengok Ain tu takda pergi tuisyen tapi elok je markah dia dapat!". Anak akan menjadi lebih rendah keyakinannya dan merasakan maknya tak sayang dia sebab maknya sibuk puji anak orang dari anak sendiri. Elakkan ye!
- Elakkan (komunikasi) bebelan satu hala - Jangan syok sendiri membebel kat anak-anak/pasangan tanpa kita dengar ada feedback atau pandangan mereka tentang kata nasihat kita. Kenalpasti masalah mereka dan cuba atasinya bersama.
Bagi aku, membebel bukanlah sesuatu yang negatif dalam komunikasi antara keluarga. Ianya bergantung bagaimana kita menyampaikannya dan atas dasar apa kita membebel. Tak dinafikan ada pasangan/anak yang tak suka pasangannya/ibubapanya membebel, tapi ketahuilah kalau korang selami betul2 setiap kata-kata nasihat dan bebelan orang terhadap kita tu bertujuan untuk kebaikan kita sendiri.
Sangat lumrah kalau mak-mak membebel. Dan, bukan semua mak-mak suka membebel tak tentu pasal. Cuma, kadang-kadang itulah saja komunikasi paling berkesan mak boleh gunakan untuk menyedarkan anak-anaknya akan kesalahan yang dia telah buat. Aku sendiri bukan suka sangat nak membebel doplohpatjam, sebab aku ni bukan jenis yang banyak bercakap pun (perasan aku la). Tapi, kalau dah masuk kali ke-3 bercakap pun masih tak faham atau tak ikut, memang panjanglah 'ceritanya' nanti.
#pray4MH370
Cuba elak juga tetapi bila anak ada buat hal terbebel juga la
ReplyDeletehaha kalau sha lah kan,memang mak lah yang paling banyak membebel,ayah diam je tak cakap apa2. hee
ReplyDeleteBetul tu.. Elakkan perbndingan..sbb kita sndiri pun x suka dibndingkan .
ReplyDeleteHohohoho...alamak...macam saye pun dah macam 'tersuke' membebel pulak sejak dua menjak ni.....hohoho
ReplyDeleteApapun...thanks sis utk tips tu...kena simpan kemas2 dan buat amal..
Atok tu atok pompuankan? Konpius jap..hehehe
oik, mak-mak aje membebel,, bapak tengok aje ke? isk isk isk
ReplyDeleteitulah pasal.
ReplyDeleteBebelan ayah ok sikit.. klu mak, mmg perit telinga dengar hahaa.. tapi tu dulu, bila difikirkan balik mmg semuanya berpunca dari kesalahan sendiri.. tujuan mereka berdua sama sahaja. Utk kebaikan kita...
ReplyDeletebetul tu..banding2x kn ank mmg x patut, nilai self estem ank tu nnti drop
ReplyDeleteAyah bebel lagi sakit telinga dari mak...huhu
ReplyDelete