Breaking

Tuesday, April 29, 2014

Berapa Duit Belanja Sekolah Yang Sesuai Untuk Anak Kita?


Assalamualaikum!

Memula kakak kenal apa itu duit, yang dia tahu duit adalah duit syiling. Duit kertas langsung tak laku kat dia masa tu. 



Kalau kita bagi duit kertas biru seringgit tu, dia buat dekkkk je! Tapi kalau kita bagi dia duit syiling duo posen lajuuuuu je dia datang amik hehe.


Time sekolah tadika, dia tak berapa 'berahi' pegang duit. Kalau pegang pun, dia bawa main lambung-lambung pastu hilang ntah ke mana!


Kalau duit syiling dilambung-lambungnya, kalau duit kertas ditepuk-tepuk macam tepuk kad
>.<





Tapi, sekarang kakak dah pandai tengok nombor. 
Kakak dah pandai mengira. 
Kakak dah pandai campur tolak.
Kakak dah pandai beza nombor besar dan nombor kecil.

Sekarang, kakak dah darjah satu kena guna banyak duit. Dulu kakak takda duit belanja, apa yang Mak Ida (pengasuh nursery) masak, kakak makan. 

Ibu tak risau ... ayah tak kalut.

Tapi, sekarang kakak dah masuk sekolah rendah. Hari-hari mau belanja. Hari-hari mau beli itu ini. Hari-hari ibu penin hehehe.



Perbincangan kami laki bini di awal tahun persekolahan, kita bagi RM2 untuk sekolah pagi RM2 untuk sekolah agama petang. 

Tapi, seringkali ayahnya tidak patuh syariah dalam soal ni (buahahaha). 

Kesian .... katanya.


"hani tau dak, abg menitik air mata tengok kakak berjalan pergi ke bookshop sekolah. Biarlah abg bagi lebih sikit, kita dah la jarang nak bawa dia ke kedai buku. Biarlah dia beli apa dia nak, seronok tengok dia senyum bila dapat beli kat bookshop tu"
~ayah~



Susah berbincang dengan orang lemah semangat ni hehe. Kalau ada 10 orang ayah macam abg ni, mau tutup kedai bookshop tu sebab dia dah boleh buka syarikat! >.<

So, nak tak nak kakak senyum lebar tiap kali ayahnya bagi RM5! 

Lima hengget???? 

Puas dah blebel ke ayah blebel ke anak pasal duit belanja ni. Yang anak, kita suruh berjimat cermat, beli makanan sahaja bukan pensel atau pemadam stoberri atau dompet kertas atau pembaris mudah patah! 

Hari-hari takda lain, 'surah' yang sama juga ibu ulang sampai dah boleh hafal setiap baris ayat. 

Badan kurus kelingking tu jugak, makannya tidak ... lain yang disuruh beli lain yang sampai ke tangan.

Yang ayah, dah tahu anak tu suka beli benda macam-macam janganlah dibagi duit lagi BESOR dari sebelumnya. Lima hengget tu besor giler kotttt! Nak kesiankan anak agok-agok la pakwe weh.



Kalau dengan ibu, kakak hanya dapat merasa RM2 pagi & RM2 petang je la. Itupun hari Isnin lebihkan RM1 pasal nak bayar duit kelas. 

Bukan kedekut kat anak, tapi sebelum kita bagi dia pegang duit besar, kita kena ajar dulu bagaimana nak belanja secara berhemah!

Tak mula dari kecik, sok dah besor punah!

#pray4MH370


31 comments:

  1. Assalamualaikum kenit. walahii bapak baik hatinya.. hehehe zaman kita dulu dapat 50sen pun dah lebih daripada cukup. nape tak bagi kakak bekalan je? kan lebih jimat. hehe singgah menabung inti sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila ...

      dah bagi motivasi suruh bawak bekal, tapi taknak katanya takut terlupa nak makan hehe :D

      Delete
  2. btl tu kak budak2 keci tak boleh pegang duit byk kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ayat bapak2 kita zmana2 dulu ka Asha hehe :D

      Delete
  3. ajar kakak simpan duit kenit, jangan belanja semua... lepas tu ajar dia, kalau simpan duit kalau dia nak beli apa2 boleh pakai duit tu separuh... ^_^... ajar tentang self-reward...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear, that's what i've been dealing with her. We started yesterday, let see kalau dia boleh tahan 'nafsu' beli barang untuk 30 hari seterusnya muehehehe :D

      Delete
  4. memang setuju tapi saya terpaksa bagi rm6 utk pagi dan petang sebab sek rendah pd waktu petang... bekal jarang dpt bawak kecuali benda yang ringan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala kita kak, sekolah pagi dan petang tapi disebabkan kakak dah makan nasi kat transit, tu yang berani bagi RM2 je tu hehe :D

      Serba salah gak kadang2 ....

      Delete
  5. Mmg kena ajar & bimbing anak2 ni.. klu tak, kita yg susah nnti. Biar berhalus sikit dgn duit ni, nnti dia org faham juga.. in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah itulah yang sedang diusahakan abg khir. Secara halus dan secara tegas ikut pada keadaan.

      Harap2 usaha berjaya :)

      Delete
  6. akk pun bagi 2 pagi 2 ptg... takut nak bagi bebayk...ntah ahape2 yg dibelinya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak, yang paling geram tu dibelinya pensel la, pen la makannya tidak :(

      Delete
  7. biar belajar susah baru kita pandai hargai RM kan?

    tapi sekarang ni kat kantin sekolah pun makanan mahal2..sian kalau anak2 x ckup dengan duit yg kita bg unless ada bekalan utk diaorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni makanan kat sekolah tu boleh tahan lagi la. Tapi, kena pantau juga kalau2 harga naik tak masuk akal kan kak :)

      Delete
  8. Ajar dia menabung sama... Hehe :)

    ReplyDelete
  9. susah gak klo budak2 dah terbiasa di bagi wang byk. ambik cth, anak buah yumida. bapak diorg tegas bab2 duit ni. nenek diorg yg pemurah sgt. hari2 si cucu, anak buah yumida mintak duit. bukannya sikit. kengkadang dia bg rm10 utk 3 orang. sorg dpt rm3 lebih. bila dah terbiasa, benda tu jd kebiasaan. bila x dibagi menangis. tu belum campur duit belanja sekolah diorg. yg td tu duit utk beli mainan kotak. hampir setiap petang. fuh..pengsan klo budak ni duduk dgn yumida. yg ni anak buah yumida, sebelah hb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang akak nak elakkan, takut dia terbiasa dengan wang saku sebanyak tu.

      Delete
  10. Rm3 untuk kelas pagi je....harga barang mahal sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan ,,, tapi mujurlah kantin sekolah masih jual makanan murah untuk kanak2.

      Delete
  11. Memang nak kena pantauanak2 ni.takutmereka beli yang bukan bukan pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, duit bagi suruh beli makanan tapi lain pulak yang dibelinya.

      Delete
  12. Setuju dgn cara kenit didik anak.. kalau dari kecik kita dh mewahkan depa takut nnti dah besar depa tak akan tahu erti susah kan.. keep it up dear.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farah, kenit buat mana yang termammu. It may sound kejam at first, tapi harap dia faham niat kita :)

      Delete
  13. Tahun 2014 ~ RM5. Lagi 10 tahun, rasanya amaunnya akan 2 kali ganda.

    ReplyDelete
  14. Dulu sy masa sekolah menengah mak bg cukup2 je...RM1.00 utk tambang bas pergi balik. Lagi RM1.50 utk makanan....RM1.00 makan....50 sen utk minum...nasib baik dulu jaga kelab usahawan jual barang dpt elaun.

    Tp adik sy mak sy bg RM5.00, RM5.00 tu juga dia bawa balik. Tak guna pun. Alasannya tak tau nak bli apa kat sekolah. Makan kat rumah lg bgus..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah bagus perancangan perbelanjaan jia dan adik. Sebab tu mak jia tak risau kalau bagi RM5 pun. Memang makan kat rumah lebih baik dari luar :)

      Delete
  15. mama dulu masa sek rendah makan free, sebab ayah mama guru besar kat situ.. hihih.. so, makan sampai kenyang, bila sek menangah, seminggu RM 10, anak-anak skrg, mama ajar bawa bekal dan RM 1 untuk dia beli apa-apa.. hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruntung mak yang dapat siapkan bekal dari rumah. Kenit buat juga kat anak bekal nasi goreng kegemaran dia, tapi tiap kali bawa balik bekas ada 'isi', bila ditanya napa tak makan ..... jawabnya LUPA! hahaha.

      Delete
  16. Assalam,
    Singgah siini. Sepuluh tahun lalu mamawana bagi anak lima ringgit sorg. 2.50 utk sekolah kebangsaan. 2.50 utk sekolah agama. Walau tengahari depa balik rumah lauk tghari dah siap atas meja.. skrg anak2 dah masuk U.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.