Assalamualaikum!
Aku suka sangat mengunyah. Sedap mengunyah ni rupanya hehe. Tu pasal la pipi tu kembung semacam je kan ekeke. Tapi, dah lama rasanya aku tak mengunyah kat opis ni, bekas jajan pun dah lama kosong.
Tengahari ni, tetiba aku tak idea nak makan apa. Rasa tekak ni macam tak berselera dengan nasi dan lauk pauk. Padahal aku ni boleh dikatakan tekak lauk kampung yang tegar! haha. Ntah kenapa aku rasa macam .... taknak makan!
Last-last, Kak Tun ajak aku gi beli maruku. Maruku! kat mana?? Kak Tun kata 'kat situ' sedap. Wah! ni kalau Kak Tun dah kata sedap dan sanggup drive tengahari 'buta' macam ni, harus lah sedap maruku tu kan ekekekeke.
So, kitaorg pergi la kat satu kedai ni. Ingatkan maruku macam orang jual kat tepi jalan tu. Rupanya dok dalam kedai. Ooohhhhh......
Rambang mata aku ngan Kak Tun hehe. Masuk-masuk je kedai, kiri kanan penuh kerepek dan maruku. Semuanya dah siap dibungkus dalam paket mengikut kandungan tertentu.
Pelanggan just masuk amik bakul, dan pilihla kerepek or maruku mana yang berkenan. Fuh!
Kak Tun ni sempat plak dia men tepon! |
Yang paling bestnya, harga memang berpatutan. Kak Tun kata, kedai ni memang dah terkenal lama dah. Kalau time nak raya, orang sanggup beratur sampai ke luar kedai nu!
Perghh! aku caya aku caya! .....
Pek 3kg |
Nak peket kecik? nak peket besar? semuanya ada di sini. Nak simpan stok untuk 6 bulan pun boleh hehehe.
Pek paling besar dalam kedai |
Memula aku tak caya kedai camni orang ramai boleh datang dan beli. Tapi, masa kitaorg nak balik ada lagi orang lain yang datang masuk ke kedai tu. Aku sendiri pun tak tahu macam mana kedai tu boleh wujud sebab papan tanda syarikat langsung takda! haha.
Kak Tun cakap, mungkin pelanggan tahu sebab ada orang rekomen dari mulut ke mulut, sebab tu kedai ni manyak laku!
Amboi Kak Tun kalau boleh satu kedai nak diborongnya! ekekeke |
"Boleh doh ni buak stok tuk 3 bule" |
Macam yang aku cakap tadi kan, kedai maruku ni memang takda papan tanda atau logo syarikat kat luar kedai dia. So, kalau baru 1st time datang sini konpom memang akan sesat!.
Jadi, next time aku nak datang aku camkan aje kedai ni (gambar atas). Deret kedai ni, No. 5 tu lah kedai maruku tu hehe.
Inilah jajanku! Nak bagi Pak Jelan dan anak-anak menerai. Kot-kot kalau diaorg suka boleh beli lagi pasni. Dah takyah susah-susah nak tempuh bazar time Ramadhan nanti.
Penuh balik balang jajan iuollssss! ihik!
Alamat :
Haja Haliq Sdn Bhd
No. 5 Jalan 18/17
Taman Kanagapuram
46000 Petaling Jaya
Tel : 03-77829118
Fax : 03-77829457
#pray4MH370
raya nanti dah boleh shopping sekut raya kat sini kan kenit...akak selalu beli dari kilang..harga murah skit
ReplyDeleteYe kak, takyah gi jejauh dah :)
Deletepatutlah kenit ni slim...
ReplyDeleteHaha ingatkan kenit tuk belanja you dear :D
Deletepergh macam2 kerepek ada kat situ....
ReplyDeleteMacam2 ado hehe :)
DeleteWah, pelbagai kerepek ada yer. Boleh la gi beli utk mengunyah sambil tgk tv :)
ReplyDeleteMengunyah maruku & kerepek sambil berblogging pun layan gak.. :D :D
ReplyDeleteTerima kasih sudi bertandang blog kakak.
ReplyDeleteDah follow sini juga #835.
Ini kalau sekali pergi mesti akan dtg lagi ni. Banyak betul!
jajan nie stok wajib ada kat ofis farah.. ubat time mengantuk nie..hehehe.. =D
ReplyDeletewow, banyaknya, betul-betul kenyang tak payah makan nasi ni..
ReplyDeletep/s : mama curik-curik2 online ni kenit.. hihi terjah mana sempat je.. oh ya, klik nuffnang sekali..
salam.. dtg membalas kunjungan... sedapppnyerr... paling suke kerepek pedas
ReplyDeleteWah... Byknye kepek... Best ni wat jajan mngunyah...
ReplyDeleteKat jln klang lama kan...
ReplyDelete